Khamis, Disember 27

Bangang

Bangang manusia ni bangang.

Kalau kau hendakkan kopi
Carilah di ladang kopi.

Kenapa kau ke ladang popi
Cari kopi ke cari popi?

Bangang manusia ni bangang.

Sabtu, Disember 22

John Black punya angkara.

Aku bangun awal hari ni. Sangat awal berbanding waktu kerja malam yang lepas-lepas. Aku rasa ni semua berpunca dari perasaan keterujaan nak balik kampung yang melampau.

Aku mulakan rutin selepas bangun tido seperti biasa. Bukak Burung Biru, baca isu semasa. Lepas tu akan bukak lak Smurf's Village. Cuma Ninja Royale dah 3 hari aku tak boleh main. Aku dah emel kat admin game. Jawapan yang dia bagi aku dah buat sebelum aku emel dia lagi. Hari yang bosan tanpa Ninja Royale.

Selepas tu aku bergegas ke kedai berhampiran. Lepas aku pesan apa yang aku nak, aku bukak beg duit cuma ada RM 2. Babi. Memang babi. Baki aku sarapan pagi tadi ada kat seluar lain.

Dengan muka tenang aku cakap, 'Bang. Sori. Duit tak cukup. Saya pi bank jap."

Sekarang aku tengah makan mekciken. Aku dah melantak puas nanti baru aku datang bagi duit ye Bang.

Jumaat, Disember 21

Mimpi

Aku terjaga dari lena dan terus termenung. Aku bermimpikan seseorang yang tak patut aku mimpikan. Dan juga mimpikan seorang kenalan Cina yang katanya di dalam mimpi sekarang berada di Macau. Kongsi gelap ke beliau?

Oh ya. Aku masih di tempat tidur. Bukan dalam timbunan batu. Kaum Mayan dah salah buat spekulasi. Dan ramai orang percaya. Sibuk mencari perlindungan di sana sini.

Aku dan segelintir kawan bukan cuba mencetus spekulasi. Mengiyakan pun tidak sama sekali. Kami mungkin bukan orang yang pandai dalam agama. Dan juga ramalan. Kami percaya pada 6 Rukun Iman. Kelima itu pasti. Pastinya hari Jumaat. Tanda-tanda besar belum lagi kelihatan. Kenapa mesti percaya pada ramalan kaum purba yang tidak beragama?

Niatku bukan nak mempeburukkan agamaku yang suci ini. Tidak sama sekali aku mempercayai mereka selain dari Quran dan Hadis. Niatku hanya ingin melihat extremis-extremis tegar yang hanya pandai share semua benda tanpa berfikir sejenak. Pada mereka yang suka mengkritik, aku suka pada kamu.

Jangan sesekali kamu lupa untuk membaca. Surah pertama yang turun menyuruh kita membaca. Bacalah segala yang ada di dunia ini. Jadikan Quran dan Hadis sebagai pegangan dan rujukan.

'Orang yang kaya dengan harta akan terus menjaga hartanya sepanjang hayatnya. Orang yang berilmu akan di jaga oleh ilmunya sepanjang hayatnya.'

Rabu, Disember 12

12.12.12

Hari ini aku berjaya menjadikan ia hari paling bermakna dalam hidup aku. Aku beli sebijik jam beb. Sebijik jam tu! Gila ah. Last time aku beli jam aku rasa masa tu era jam Boy London. Maknanya hampir atau lebih 10 tahun aku tak pernah beli jam. Rembat jam adik aku nak bajet hensem kejap tu selalu sangat.

Tik tok tik tok

Selasa, Disember 11

Deman

Aku pergi kedai. Aku mintak Air Cap Badak, ActiFast. Tiba-tiba.... 

Mataku terpandang akan Choki-choki. Tanganku mengigil. Badanku menjadi sejuk.

'Kak kira ni sekali.'

Ahad, November 25

Minggu malas

Minggu ni betul aku sangat malas. Kerja pun macam cibai je aku buat. Padahal malam karang aku nak menghadap lagi. PUNDEK!

Dalam malas, aku mengajak leader aku menyembang. Baru orang lain tak boleh kata aku malas. Macam-macam di perkatakan. Bermula dengan artifak peninggalan Rasullah, ke politik, ke topik mengorat di fesbuk, perkenalan in real world,  berjumpa mak bapak, hinggalah ke penyakit talesmia.

Aku rasa paling lama tadi, aku menyembang topik 'Perkenalan di restui mak bapak.' Aku rasa tak ramai lelaki yang betul gentleman yang akan berjumpa mak bapak perempuan di awal perkenalan. Aku salah seorang. Gilalah! Aku ada darah gemuruh kot. Comfirm mengeletar tangan. Tu belum nak campur penyakit gagap lagi.

Bila di fikirkan balik memang molek. Mana ada mak bapak nak berkenan kalau anak dia kawan dengan penyamun. Mesti nak ada kerja tetap. Kalau gomen, lebih-lebih la lagi.

Sepertinya agak metarial. Tapi itu la hakikat dunia.   

Selasa, November 20

Gila

Ke mana sahaja aku pergi
Di mana sahaja aku berada

Aku

Pasti lihat mereka yang persis kau
Yang buatkan gila aku bertambah

Aku berharap aku imun pada gila ini
Imun pada mereka selain KAU.

Lembah ini

Lembah ini menyesakkan.
Sudah banyak kali aku terjatuh.

Aku bangun
Dan masih terjatuh.

Bila ia datang
Aku perlu keluar dari lembah ini
Aku perlu keluar jauhnya beratus batu.

Aku perlu buang semua udara dari lembah ini
Yang begitu banyak di paru-paru aku.

Agar

Aku boleh kembali ke lembah ini
Meneruskan perjuangan aku.

Meraikan

Perjalanan ini demi meraikan kawan.
Perjalanan ini demi membuang kekusutan.

Demi kawan yang bakal mendirikan masjid tidak lama lagi.
Membuang juga kekusutan pergi.

Selasa, November 13

Tikus in memories 2003-2012

Berita sedih aku dapat hari ni betul mengejutkan. Dari mamai terus segar mata aku. Semoga kau bersemadi dengan aman di sana.

Isnin, November 12

Pendekar

Tersebut la kisah yang tak pernah di tulis, di catat, mahupun di rekod oleh ahli sejarah. Hanya penduduk kampung asal yang mengetahui kisah ini.

Kisah ini berlaku pada suatu zaman. Entah zaman apa tak pasti. Tak di khabarkan tepat oleh nenek moyang mereka. Adalah 2 orang pendekar yang sangat gagah ketika itu. Nak kata rapat, tak kot. Seorang bernama Kon dan seorang lagi bernama Gah.

Kon menjawat jawatan agak penting. Tiada siapa boleh sangkal. Kon antara anak kampung terawal mempunyai diploma. Kon juga penyokong setia pasukan Red Devil. Gah pula hanya menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawal. Gah hanya punya SPM pangkat 2. Menurut cerita, Gah dapat tawaran melanjutkan pelajaran. Cuma Gah sayang nak meninggalkan kampung.

Walaupun Kon dan Gah tidak berapa rapat. Tiap kali ada pertandingan futsal pasti mereka akan di dalam pasukan yang sama. Itu belum pertandingan-pertandingan sukan lain. Belum lagi bersama mengintai anak dara mandi di sungai.

Hinggalah suatu hari, Kon secara tak sengaja (ramai mengatakan Kon hanya hendak bergurau) mengomen status fesbuk Gah. Gah terus mengantar pesanan ringkas mengatakan perasan tidak puas hatinya. Maka berlakulah pergaduhan di pesanan ringkas. Kampung menjadi sunyi sepi, terasa akan aura pergaduhan mereka.

Gah menyimpan dendam. Kon masih bersahaja. Tidak punya rasa bersalah walau sekelumit. Yang menghairankan penduduk kampung, mereka masih boleh makan semeja waktu lunch break di tempat kerja. Seperti tiada apa. Tiada pekerja berani makan semeja dengan mereka melainkan kawan-kawan rapat Kon dan Gah. Dengar kata mereka juga handal.

Atas nasihat kawan-kawan, Gah beralah dan bersemuka dengan Kon. Tujuan untuk mendapatkan kepastian. Maka terbitlah aura yang sangat hebat tika mereka bersemuka. Kawasan kampung menjadi sunyi walhal waktu rehat dan menjemput anak di sekolah sudah hampir waktunya.

Maka berlakulah pertempuran batin sesama mereka. Peluh memercik di kedua-dua pihak. Urat di dahi juga timbul. Sangat hebat pertempuran ini.

Maka berjabat tanganlah mereka bila Kon menghuraikan apa yang tersimpul dan sudah tidak tahan berdiri di tengah panas. Lalu di ajaknya Gah ke kedai makan berhampiran. Waktu makan katanya.
Penduduk kampung kebingungan. Bingung melihat telatah 2 pendekar itu. Dan mereka melakukan rutin biasa setelah pasti tiada apa yang perlu di risaukan lagi.

Begitulah ceritanya. Dan cerita itu akan di ulang pada anak kampung yang bergaduh sesama mereka.

Jumaat, November 9

Terapi

Hari aku bergantung pada mood aku. Adakala OK adakala KO. Aku paling tak suka dari OK menjadi KO. Aku memang tak reti nak sorok ekpresi muka aku masa tu. Aku selalu sangat berharap mood aku barai saat aku kat rumah.

Aku punya terapi andai mood aku KO.

1. Muzik. Aku akan dengar semua lagu yang ada kat dalam handphone aku. Kalau tak cukup, aku bukak yang ada kat dalam laptop. Dari mp3 ke video aku layan.

2. Tidur. Aku paling suka yang ni. Lagi best dari dengar lagu. Bangun dari tidur macam tiada apa yang berlaku. Kalau sebelum tidur muka kelat, bangun tidur dah boleh senyum sampai telinga.

3. Kembali pada Nya. Yang ni betul-betul buat jiwa tenang.

Khamis, November 8

Pasar malam hari khamis.

Waktu aku sekolah dulu, bila hari Khamis semacam ada satu keramaian. Semua akan berkumpul di satu tempat, iaitu Pasar Malam Taman Indah. Pasar malam ni tersangat la beso. Sampaikan kalau nak dekat raya, kau tak payah nak pergi ke Railway (dulu TKK dah wujud cuma Gerbang Malam tak wujud lagi) semata nak beli Levis Siam. Jam Boy London yang simpan dalam peti ais tukar kaler pun ada kat sini. Apa kau nak, semua ada kat sini.

Kat sini jugak kau akan berjumpa dengan group kampung lain yang satu kelas dengan kau dekat sekolah. Tiada istilah pergaduhan merebut kawasan tika ini. Yang kerap, "Kau kacau awek aku! Nah amek kau!" atau "Siapa suruh lu kawan dengan adik gua?!"

Bila dah ramai, faham-faham je la. Gadis memang banyak. Memang betul fakta yang mengatakan perempuan lagi ramai dari lelaki. Nak-nak musim cuti sekolah dengan cuti sem. Bayangkan gadis dari Tanjung, Ulu Kinta, semua Batu yang ada, Taman Perpaduan dan sekutunya hingga ke Bercham. Nikmat ke pasar malam hari Khamis memang satu memori yang indah.

Itu dulu. Sekarang ni tempat tu dah di majukan. Dah dinaikkan kawasan perumahan dan lot-lot kedai. Hanya tinggal kenangan pada penduduk lama di situ.

Selasa, November 6

Alpa

Bila kau ada buku yang patut dulu dulu kau dah habiskan baca tapi masih tak habis lagi sampai sekarang, bukan bermakna buku tu membosankan. Kau punya banyak lagi buku nak di baca selain buku itu.

Hidup juga begitu.

Banyak perkara kau kena hadapi membuatkan kau kadangkala terlupa akan orang di sekeliling kau. Bukan melupakan terus. Bila ada kelapangan kau pasti akan berjumpa mereka seperti kau ada kelapangan hendak membaca buku.

Tahun 2012

Kebelakangan ni, aku boleh di katakan kerap ke Selatan. Bukan tak nak ke Utara. Di Selatan penuh dengan teman rapat aku. Mengunjungi teman lebih elok dari kau berjalan seorang diri di tempat asing. Aku punya impian nak mengunjungi 2 negeri di Utara. Aku belum pernah sampai ke Perlis. Manakan tahu aku boleh termasuk selatan Thai. Aku berharap aku dapat ke sana sebelum tahun ni melabuhkan tirainya.

Dan bila aku sudah melengkapi perjalanan aku di Utara dan Selatan, baru aku boleh berkira-kira hendak melawat Pantai Timur pula.

Jumaat, Oktober 26

Selamat Hari Raya Korban 1433

Saat ramai menikmat ketupat di pagi hari, aku masih tercari kedai tuk bersarapan dan hanya maggi peneman pagi. Saat ramai leka menghidangkan daging pada keluarga, aku ingin lena di buai mimpi ke syurga.

Selamat Hari Raya Korban dari beta pada semua.

Isnin, Oktober 15

Kelemahan

Kelemahan aku yang nyata bila membeli buku, aku tak pernah tahu akan nama penulis dan nama penerbit. Aku membeli dengan melihat tajuk dan membaca sedikit dari buku itu dan juga dari ulasan orang ramai.

Isnin, Oktober 8

Jalan-jalan Melaka.


Perjalanan aku ke Melaka sebenarnya tanpa niat. Aku pernah berkata ada seorang kenalan yang aku mungkin akan ke sana dalam bulan 11 atau 12. Memandangkan tempat aku berkerja mengurangkan produknya maka ramai yang terpaksa bercuti. Aku salah seorang.

Setelah janji di meterai. Aku memulakan perjalanan. Menaiki bas. Seperti biasa.

Pukul 8.30 pagi. Aku kira dalam pukul 4.30 petang sampai la. Sepanjang perjalanan aku berkira-kira di mana bas akan berhenti. Aku kelaparan. Aku tak makan pagi tadi. Tak sempat. Ketika melalui Ipoh, aku rasa sayu. Ini kali kedua aku melalui Ipoh tanpa berhenti di Ipoh. Aku harap mereka yang aku sayangi di sini semuanya sihat hendaknya,

Lepas melalui Ipoh aku tertidur. Aku terjaga tika bas berhenti. Eh! Ni bukan R&R atau Perhentian. Aku kelaparan. Aku nak makan. Aku ambil 2 ketul ayam cincang dan nasi. RM4. WTF! Aku mencarut sambil makan. Aku mencarut kat kedai makan tu. Aku mencarut kat driver bas. Pundek dan Babi carutan aku hingga aku tertidur kembali. Terjaga di KL. Bas menurunkan penumpang di Hentian Duta, KL Sentral dan Pudu Raya. OMG! Tinggal aku seorang nak ke Melaka. Lain semua dah turun. Aku ingat aku tersalah naik bas dan bila aku bertanya pada driver bas, katanya bas ni memang ke Melaka. Aku sambung tidur.

Terjaga sekali lagi bila bas berhenti di Perhentian. Ok, aku tak tahu kat mana. Aku turun beli pau kacang merah dan tembikai. Sambil hisap rokok lepaskan beban dunia. Kawan aku menelefon bertanya aku di mana. Aku katakan padanya yang aku tak pasti aku di mana dan aku memberitahunya kelak andai aku jumpa mana-mana susur keluar. Dan dalam 15 minit kemudian terpampang la papan tanda "Sempadan Negeri Melaka." Aku memberitahunya dan menikmati pemandangan di luar. Ada orang kata perjalanan dari KL ke Johor adalah perjalanan yang membosankan. Hanya penuh kelapa sawit. Aku rasa orang tu salah. Tak lah bosan aku rasa. Banyak gak hijau di sana sini aku lihat.

Aku tiba di Melaka Sentral hampir pukul 5 petang. Perjalanan yang sangat memenatkan. Kenalanku datang mengambilku dan di bawanya pusing Bandar Melaka sebelum pulang ke rumah.

Bandar Melaka seperti Georgetown. Bandar Warisan Dunia yang di iktiraf oleh UNESCO. Jangan tanya aku bila di iktiraf. Aku tak buat kajian apa-apa tentang Melaka sebelum datang ke Melaka. Hanya berbekalkan pelajaran Kajian Tempatan dan Sejarah yang aku pelajari di sekolah dulu menemani aku. Di sini aku dapat membezakan di mana bangunan warisan dengan yang bukan warisan. Di cat dengan kaler merah dan menurut kenalanku, cat itu di bawa khas dari Belanda tiap-tiap tahun. Tidak seperti di Georgetown yang baru beberapa tahun di iktiraf UNESCO. Tiada kaler khas pada bangunan di Georgetown dan semuanya kelihatan sama.

Malam tu kenalanku mengajak merasa asam pedas. Katanya hanya itu masakan orang Melaka yang sedap. Dia bertanya inginkan biasa atau 'kaw'? Aku mulanya inginkan yang 'kaw' tapi akur pada pilihannya yang suruh rasa yang biasa dahulu. Sebelum ke kedai pilihannya. Aku di bawa dahulu ke perkampungan Portugis. Macam mana ye nak aku gambarkan mereka ini. Ada yang gelap seperti Indian dan ada yang cerah seperti Melayu. Sekali pandang macam Indian, dua kali pandang dah macam Melayu. Aku tak dapat bezakan. Kenalanku kata dapat di bezakan. Pundek! Dia dah menetap lama. Bolehlah.

Setelah berpusing seperti penjenayah ingin merompak rumah di perkampungan Portugis, kenalan ku membawa ke kedai pilihannya. Orang tidaklah ramai tapi menurutnya adakala kedai tersangat la penuh. Ikan pari di pilih. Yang biasa sudah buatkan aku berpeluh. Aku tak boleh bayang yang 'kaw'. Tak makan la aku.

Setelah makan, di bawanya aku ke Bandar Melaka sekali lagi. Berhenti di Kota A Famosa. Malam. Tiada apa yang nampak. Bergambar jauh sekali. Di bawanya aku ke Dataran Pahlawan. Hanya padang kecil. Aku tak pasti apa yang menarik. Katanya Perhimpunan bersih pernah di adakan di sini. Kemudian di bawanya aku ke Pulau Melaka. Pulau yang di hubungkan dengan jambatan. Terdapat Masjid Selat di sana. Memandangkan aku berseluar pendek. Aku hanya mampu melihat dari luar. Dari Masjid Selat, kami melepak di jambatan yang menghubungkan Melaka dengan Pulau Melaka. Sambil melihat orang memancing. Kami bersembang tentang kisah-kisah lama. Sampai di rumah hampir pukul 3. Memandangkan aku sangat letih, aku terus tidur.

Aku bangun agak lewat. Pukul 12 aku rasa. Kali ini kenalanku mengajak melepak di Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Pengunjung agak ramai. Mungkin hari cuti. Esok pun cuti lagi. Tiada yang menarik bagi aku. Aku rasa semua kompleks membeli belah sama sahaja. Setelah penat berjalan kenalanku mengajak ke rumah keluarga angkatnya. Pakcik itu agak peramah. Aku bukanlah jenis peramah. Orang Negeri Sembilan yang berkahwin dengan orang Melaka. Dari apa yang di sembangkan, aku boleh nampak yang dia rindukan kampung halaman. Bermacam adat Negeri Sembilan di ceritakannya. Dan juga sedikit gaya percakapan Melaka. Katanya memang begitu. Kasar pada orang luar tapi tidak pada orang tempatan. Hawau, lahabau, musibat dan juga penyapu kontot. Sial katanya wajib di katakan oleh orang Melaka. Perkerjaannya aku rasa hanya perkerjaan kampung. Menjala ikan, menjaring ikan, memikat burung, memelihara ayam, dan adakala turun memancing. Aku yang tak minat pada semua tu hanya mendengar sahaja. Kami pulang ke rumah setelah matahari melabuhkan sinarnya.

Menyusuri Bandaraya Melaka, aku seperti kembali ke zaman silam. Melihat keagungan mereka yang terdahulu.Aku bangga bahasa aku pernah menjadi lingua franca. Aku bangga pada Hang Tuah dan saudaranya. Aku bangga pada Tun Perak. Aku bangga pada Kesultanan Melayu Melaka yang mengembalikan corak pentadbiran Khalifah Ar Rasyiddin. Aku benar-benar terhibur di sini.

Aku kembali ke utara bila aku rasakan aku sudah terlama berada di sini. Dan aku juga semakin penat bila aku merentas zaman. Kepenatan yang aku rasa sangat puas. Puas seperti berada di puncak gunung melihat alam ciptaanNya. Terima kasih Melaka. Negeri Bersejarah, memang pada namanya.

Rabu, Oktober 3

Back to nature

Lama tak ke sungai. Aku rasa kali terakhir aku ke sungai awal tahun ni. Jika nak di bandingkan antara laut dengan sungai, aku akan pilih sungai lagi. Sejuk dan menyegarkan.

Aku ke Sungai Sedim kali ni. Sangat best. Aku hampir lemas. Mati je aku nampak saat itu. Arusnya lagi deras dari sungai kat Kampar. Intake pun tak deras. Aku semakin tak berani melompat dari tempat tinggi. Aku pun dah cukup tinggi, pandang ke bawah terasa lagi tinggi. Dan mungkin faktor usia yang buatkan aku hanya duduk di batu sambil melihat para gadis comel. Hahaha.

Hujan petang tu mengingatkan aku saat berbarbeku awal tahun ni bersama kawan TAD. Sangat tak best bila nak makan hujan. Nak tak nak kena berlari mengemas barang-barang. Selepas semua menyalin pakaian, seorang rakan mengajak ke Ulu Legong tuk menikmati kolam air panas pula. Aku tertidur dan sedar sudah sampai. Kata kawan ku jarak dari Sungai Sedim ke Ulu Legong dalam 58km.

Bayaran masuk Rm 6. Kami antara kelompok pertama sampai waktu itu. Kata mereka akan ramai pada waktu malam dan dinihari. Terdapat 3 tahap kepanasan. Di tahap pertama, aku mampu berenang, tiruk dan kuak lentang. Di tahap kedua, aku sangat pada mereka yang boleh berjalan dan berenang dalam kolam tu. Aku hanya mampu duduk setengah badan. Itu pun dah berpeluh. Di tahap ketiga tiada yang nak mandi. Mungkin malam tu tiada orang yang hebat.

Kami berada di sana sampai pukul 11 lebih sebelum kembali pulang. Aku macam biasa, kembali tidur. Sampai di rumah hampir pukul 2. Dan aku berjalan pulang berkaki ayam. Seliparku hilang di bawa arus.

Jumaat, September 28

Manusia. Kadang terlupa. Bukan sengaja. Tidak sempurna.

Maafkan aku.

Jumaat, September 7

dunia sendiri

Semenjak dua menjak ni aku sibuk dalam dunia aku. Aku tak ambil port kat dunia luar. Jangan tanyakan aku hal semasa. Sumpah aku tak tau apa-apa. Kerja, untuk melengkapi hawa nafsu dunia. Membaca dan main games tika waktu cuti, melengkapi nafsu yang membuak dalam diri aku.

Kadang-kadang rasa macam senang sangat hidup ni. Aku rasa. Kadang-kadang tersangat palat. Aku terasa.

Ahad, September 2

Merdeka 2012

Tak merancang ingin ke Kuala Lumpur pun asalnya. Farid mengajak sebab ingin hantar kereta ke rumah makciknya sambil ke rumah gadisnya di Teluk Intan. Ok. Aku tahu jalan Teluk Intan dan sebab itu Farid ajak aku.

Bagi aku Merdeka di mana-mana sama saja. Artis, bunga api, rempit, sorakan orang ramai. Tak pernah berubah dari aku kecil sampai aku besar sekarang. Perjuangan orang dahulu di sambut dengan gembira oleh orang sekarang. Agak-agak kalau Maharaja Lela, Tok Gajah, Tun Perak, Hang Tuah hidup balik, mesti mati la tu jugak. Terkejut dengan budaya orang sekarang.

Aku lagi terkejut bila ada orang seperti menganggap aku baru pertama kali ke ibu kota. Mereka mempersoalkan sama ada aku mampu pulang atau tidak. Seperti aku akan terkandas di sana. F! Aku bukan baru pertama kali ke sana. Dan aku punya ramai kawan kawan kat sana. Bukan aku nak cakap besar. Ini realiti. Dari budak sekolah, ke kawan kolej, ke budak outdoor, ke kenalan internet yang pernah aku jumpa. Banyak di sana. Orang kampung tak payah cakap. Ramai. Saudara mara, lagikan. Aku tak mati kat sana kalau aku pergi sehelai sepinggang. Ini juga bukan cakap besar. Aku cuma terkecil hati di persoalkan begitu. Dari habis sekolah sampai sekarang aku tetap ke ibu kota. Mungkin aku tak menetap di sana seperti mereka, aku juga mungkin tak tahu selok belok jalan di sana. Tapi kalau awam tu, bolehlah sampai mana nak di tuju. Betul dah tua aku ni sampai benda kecil boleh terkecil hati.

Berbalik pada Merdeka. Aku, Farid dan Kimi menikmati bunga api di KLCC. Aku rasa tak segempak waktu aku tengok bunga api awal tahun baru yang lepas. Bezanya cuma orang yang terlalu ramai dan banyak pelancong. Cuma tahun ni aku tak nak berfikir. Aku mahukan ketenangan. Kebebasan. Oh ya, aku juga rindukan seseorang.

Khamis, Ogos 16

kegembiraan 2

Kalau hari yang lepas aku menikmati kegembiraan di kawasan stesen bas. Hari ni aku melihat ia di pusat membeli belah pula. Sekadar coretan pendek sambil melihat gadis-gadis comel.
Suasana tidaklah riang sangat. Masih terasa penat berpuasa. Masih jauh lagi tuk rasai bahang Aidil Fitri walaupun lagu-lagu sudah di dendangkan. Tetapi sudah ramai yang keluar membeli pakaian luar dan dalam. Oh ya. Hujung bulankan. Pasti gaji sudah masuk. Masa tuk membelanjakan ia
Aku duduk di atas, leka memerhatikan mereka. Ada memilih seluar. Ada yang mengayakan baju sambil berpusing, sepertinya menari dengan buah hati. Ada yang mencuba kasut dan ada juga tampak selesa memperagakan selipar, macam model selipar lak awak ni.
Sales atau jualan murah. Jangan di pertikaikan. Di negara ini boleh di katakan tiap bulan pasti ada. Boleh darurat andai tiba satu bulan tiada jualan murah di mana-mana. Masa ni semua kaum pasti ada. 1M gitu. Tu belum campur warga asing. Agaknya 1W atau 1D pula akan keluar. Melalut jauh lak aku. Kita tinggalkan ideologi tu dan jom temankan aku melihat ekspresi dan reaksi orang membeli.
Aku berikan contoh. Mat, kawan aku. Kepuasan terpancar di muka beliau beli membeli seluar jeans berjenama. Aku terpaksa sambar sunglasses dari seorang mamat tuk menahan sinaran kepuasan Mat.
Aku berharap aku dapat melihat seorang budak kecil memainkan peranannya tuk mendapatkan apa yang di hendakinya. Nampaknya misi gagal. Ingin ke pusat membeli belah yang lain sambil mencari tempat tuk berbuka.
Kepuasan melihat kegembiraan orang, memenuhkan ruang kosong pada tangki-tangki kegembiraan dalam diri aku.

tiada tajuk

Bila hati mula ingin jatuh cinta. Tiada harapan yang aku berikan. Aku seperti biasa, tiada menunjukkan sedikit perasaan dan memang tidak berperasaan.

Sabtu, Ogos 4

1st Ramadhan


Aku bangun lewat. Aku dah janji dengan Kyo nak ambil dia kat Medan Gopeng. Salah dia jugak kenapa dia kata sampai tengah hari. Aku bangun la, tengah hari (=
Lepas mandi aku terus ke rumah Kyo. Banyak yang di bicarakan. Lama dah tak jumpa. Datang lak Bo. Mamat ni pun sama. Lama tak jumpa dia. Selatan, pantai timur, utara bertemu di Tanjong Rambutan. Macam best kan.
Kyo ajak jalan-jalan sementara tunggu pukul 5. Kami ke Jusco. Terus ke bowling berjumpa Aswad, Heri dan On. Lepak situ memang tak best. Dentam dentum bunyi pin berterabur. Maka berjalan la kami mencuci mata. Hari Sabtu tapi lengang. Agak tak menarik. Tak ramai lak gadis hari ni. Bosan.
Mat Juan call mengingatkan pukul 5. Sampai rumah beliau pukul 5 dia tak sampai lagi. Mangkok la beruang comel ni. Sampai je beliau kami terus ke Bazaar Stadium. Orang agak ramai. Jualan menghampakan. Banyak yang sama. Aku jumpa lepat labu. Kegemaran di bulan puasa. Selepas ke Bazaar Stadium kami ke Bazaar Bercham Raya lak. Masa banyak lagi. Balik awal tak boleh makan lagi. Orang sangat ramai. Best. Jumpa ramai kenalan. Aku beli bubur chacha dengan bubur pulut hitam je kat situ.
Balik ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu. Perut agak mendidih. Tak sabar nak makan.
Aku tertidur lepas makan agak banyak. Kyo call banyak kali suruh melepak. Dalam malas aku paksa mandikan diri.
Di kedai saat aku beli rokok aku terjumpa Hafazi. Katanya ramai lepak depan burger Amir Akob. Aku ke sana sebentar dan melepak sekejap dengan Azrol, Wan Abu dan Amir Akob. Kemudian datang Ejai. Mamat ni lama aku tak jumpa. Serius seronok dapat jumpa dia. Kemudian aku meminta diri tuk ke Tanjong Rambutan.
Kyo agak bising bila aku tiba lewat. Sementara tunggu Bo aku layan HBO.
Kerana terlalu bosan menunggu Bo, maka kami pun ke kedai makan dulu. Baru aku perasan minyak motor dah lebih dari takuk E. Kyo tanya, 'Cukup ke ni?' Aku jawap, 'Redha je. Karang habis kat mana-mana nanti aku tolak la.' Konfiden gila.
Bo call waktu kami baru nak gerak. Katanya dah sampai depan simpang. Aku terus balik rumah dan pesan kat Kyo nanti suruh Bo pick up aku kat rumah.
Malang memang tidak berbau. Motor kehabisan minyak ketika aku baru masuk simpang taman. Aku tergelak keseorangan. Syukur ada mamat mana tolong tolak sampai Petronas.
Aku cerita kat dorang waktu kat dalam kereta. Dorang gelak kat aku. Apakan daya. Sampai kat Abe semua baru nak makan. Pitot datang membebel. Katanya lama sangat dia tunggu. Haram seorang tak datang lagi.
Rutin biasa di kampung. Bermain dota dengan kawan-kawan. Sampai pukul 3 pagi. Dan semua balik sebab ada yang kerja pagi. Aku melepak dengan Panjang dan Kyo sebelum pulang ke rumah. Panjang mengingatkan 31hb ni dan bulan 2 tahun depan. Siapa sangka?
Dah sampai pun. Aku nak tidur. Kejap lagi dah nak kena bangun sahur lak.

Rabu, Ogos 1

kegembiraan

Melihat orang-orang di sekeliling gembira membuatkan aku terasa gembira. Bukan orang yang rapat dengan aku. Orang yang aku tidak pernah aku kenali. Bermacam ragam dapat aku lihat. Ber'sms' sambil tersenyum. Bercakap di telefon dengan riangnya. Dan ada juga sekumpulan yang bercerita entah apa, juga dalam keriangan. Aku terhibur. Sangat terhibur. Dunia masih ada kegembiraan. Terima kasih pada Dia.

Jumaat, Julai 27

kebangsatan

Kebangsatan berlaku pabila kau nak cepat tapi kau terlambat.
Kebangsatan berlaku pabila kau berjanji masa dengan orang tapi kau terlewat 8 jam.
Kebangsatan berlaku pabila kau berjanji dengan orang tapi kau tak tunaikan janji kau tu.

Apa kena mengena kebangsatan itu dengan aku hari ni?

Hari ni aku dah berjanji dengan kawan aku. Masa yang aku jangka dapat tepati, aku mungkari ia.
Pakop!!!

Peniaga itu berjanji dengan aku yang aku akan sampai tepat pada masanya. Pakop kat kepala kau! Aku bukan lewat 2 3 minit, aku lewat 2 jam. Kalau aku atas sebab perniagaan pasti aku dah rugi begitu banyak kertas ciptaan kapitalis. Pakop!!!

Kebangsatan menguasai diri. Tidak mampu tersenyum. Tidak punya nafsu memandang gadis comel.

Ahad, Jun 10

hikayat warna

Tersebutlah sebuah hikayat akan kisahnya seorang pemuda di suatu zaman. Hidupnya biasalah sahaja. Mengerjakan hanyalah sebidang tanah milik keluarganya. Adalah Merah nama di berikan emaknya.

Rutin harian hanyalah di kebun. Menebas di sana dan sini. Bila musim buah berkunjung tiba, hasilnya di bawa ke Pasar Rakyat. Bergaullah beliau di sana. Pembesar, bangsawan mahu pun rakyat biasa adil di layannya. Namanya menjadi sebutan jelata.

 Hinggalah di suatu pagi. Ternampaklah dia akan seorang gadis. Berdebar hati, rasa tertawan melihat si gadis yang sungguh rupawan. Elok rupanya dan pakainya. Ramahnya melayan sekalian jelata. Mebuat sekeliling tersenyum dan tertawa.

 "Golongan bangsawan." fikirnya.

 Sejak dari pertemuan itu. Hatinya sudah di tawan. Bermimiplah beliau saban malam. Berkejaran, berlarian di pantai dan taman. Ingin bertanya nama, di lihatnya pakainya, Sepertinya bagai enggang dengan pipit. Masakan boleh terbang bersama. Tiap pagi akan ke pasarlah beliau. Mengharap dapat melihat gadis idaman. Dan bergembiralah beliau di kebun andai dapat bersua dan bermuram durjalah andai tidak dapat bersua.

 Bertanyalah beliau pada Pak Hitan, si penjual ikan sungai. Ingin mengetahui akan si perihal si gadis rupawan. Tertawa mengeluar air mata Pak Hitam mendengarnya.

 "Gadis rupawan siapa tidak kepingin." ujar Pak Hitam.

 Seri Ungu namanya akan si gadis itu. Anak kepada bangsawan namanya Seri Puteh. Tersohor akan namanya di pelusuk negeri. Kapal dan sampan hasil dagangannya.

 "Lupakan Seri Ungu wahai Merah." pesan Pak Hitam. "Masakan bisa kamu milikinya. Sudah berpunya dan akan berkahwin. Carilah kamu akan orang lain wahai Merah." tambah Pak Hitam.

 "Masakan bisa Merah melupakannya Pak Hitam. Siang dan malam sentiasa di hati. Tidak adakah caranya Pak Hitam? Merah sangat menyukainya." dia meluahkan segalanya.

 "Rakyat biasa yang rupawan memilih bangsawan inikan pula bangsawan, Merah. Ada yang tidak memilih. Ingin mencarinya sukar. Kamu seorang yang rajin Merah. Pasti ada yang sudi menerima kamu. Andai Seri Ungu takdirmu. Ia akan tetap milikmu Merah. Andai dia buka milikmu. Doakan kebahagiannya. Itu lagi bagus dari kamu tersimpang Merah." Pak Hitam berkata.

 Kembalilah beliau ke asalnya. Mebanting tulang dan berkeringat. Pesanan Pak Hitam di turutinya bulat. Dan hadirlah beliau ke majlis Seri Ungu. Di bawakannya hadiah dan di doakannya agar mereka bahagia.

Khamis, Mei 31

tempat ini

Disini aku, aku berdiri. Menghirup udara malam. Segar. Segala memori dan nostalgia mendatangi aku. Menceritakan kembali kepada aku tentang tempat ini. Aku sukakan tempat ini. Indah. Di kelilingi kehijauan. Aku rindukan tempat ini. Selamat pulang.

Rabu, April 18

April

Apa ada dengan bulan April ni?

Macam-macam ada. Aku cuti seminggu di awal bulan April. Aku berjumpa opah setelah hampir setahun tak jumpa beliau. Serius rindu gila kat dia. Dia nampak berisi dari setahun yang lepas. Aku kembali bertemu Atok Cu aku. Hampir 15 tahun tak jumpa beliau. Kerinduan pada arwah atok aku terubat walaupun sedikit cuma. Aku berharap aku dapat bermimpikan beliau dan bersembang dengan beliau. Ya. Muka Atok Cu aku persis arwah abangnya.

Di bulan April ini, aku juga mengalami kemalangan pertama di Kampar. Tak la teruk. Hidup lagi kan. Cuma ibu tak henti membebel dalam kereta sampai ke rumah.

Di bulan April ini juga Mak aku dah 49 tahun hidup. Ayah bertanya apakah maknanya 49 itu. Kami diam sambil aku ber'fesbuk' di BB adik aku lalu dia berkata, "Itu tandanya umur dah semakin singkat. Bila-bila masa boleh di panggil." Aku tersenyum. Bukan bermakna aku dah sedia semua itu, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Di bulan April ini, kisah-kisah lama mengamit aku. Aku tersenyum saban hari. Salahkah aku? Betulkah aku? Aku sendiri tidak pasti. Jalan ini yang aku pilih, jalan ini yang aku kena lalui. Onak duri, gelap, terang, liku, semua itu akan mewarnakan jalan aku selagi nafas masih di dada.

Di bulan April ini, aku mengharapakan kegembiraan itu selalu ada di sisi aku, keluarga aku, kawan-kawan rapat aku dan juga siapa-siapa yang merasakan mereka perlukan kegembiraan itu.

AMIN.

Sabtu, Mac 24

pening

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

"Tolong aku Mael. Kepala aku macam nak pecah ni. Aku tak boleh nak tahan dah." kata Man pada Mael.

"Kau tu degil sangat. Aku dah pesan banyak kali tapi kau degil." endah tak endah Mael berkata.

"Please Mael. Im begging you. Aku dah tak tahan ni. Tolong aku Mael. Tolong." rayu Man.

"Kejap aku nak fikir. Ermmmm." Mael mula berfikir.

"Kau jangan la kejam dengan aku Mael. Aku kan kawan kau." Man masih lagi merayu-rayu.

"Yela-yela. Aku pergi beli panadol sekarang. Kau ni betul la menyusahkan aku. Aku dah ingatkan banyak kali suruh stand by panadol tapi kau tak jugak beli-beli. Dah sakit macam ni aku jugak la kena beli. Aku luku gak kepala kau tu biar tambah sakit lagi. HUH!" Mael mula merepek.

"Hihihi. Nasi lauk ayam dengan nescafe o ais sekali ye Mael. Nah RM10" Man menambah pesanan.

"Kau ni kan!"

Rabu, Mac 14

ragam

"Kau nak tau Ra, semalam aku nak pergi makan kat satu foodcourt tu. Nak rasa la western food. Aku punya la syok pilih menu. Tanya itu, tanya ini. Kau tau apa jadi lepas tu Ra." aju Ya pada Ra.

"Apa jadi lepas tu Ya?" tanya Ra.

"Dia jawap semua dah habis." jawap Ya.

"WHAT!" Ra terkejut.

"Aku punya angin satu badan. Aku maki-maki orang tu. Tanya nak meniaga ke tak? Dah la buat muka taik waktu cakap tu. Cuba dia cakap semua dah habis waktu aku pilih tu. Tak lah aku nak angin sangat." Ya meluahkan apa yang terpendam pada Ra.

"Sabarlah Ya." Ra memujuk Ya.

"Aku geram sangat kalau teringat semalam." ujar Ya yang masih lagi tidak berpuas hati.

"Manusia punya pelbagai ragam. Ragam rencah dalam kehidupan kita Ya. Sabar ye Ya." Ra menasihati sambil memujuk Ya.

"Ragam yang buat aku rasa nak campak-campak mereka ke dinding." Ya berkata sambil memandang ke arah pelangi.

Sabtu, Mac 10

kertas

Aku memandang ke luar. Malam ini agak terang. Di penuhi bintang-bintang dan sinaran cahaya bulan penuh. Sangat indah. Dan keindahan ini masih tidak mampu menenangkan hatiku yang gundah.

Aku keluarkan sebatang rokok dan membakarnya.

Fuhhhh!

Asap rokok membelah gelap malam. Nikmatnya, bila dalam tekanan dapat menghisap sebatang rokok. Ada kepuasan.

Dunia semakin sukar. Untuk pergi ke universiti, kita perlukan sekeping kertas yang menyatakan kita layak memasuki universiti itu. Kita bertuah bila kita dapat jurusan yang kita hendaki, kurang bertuah bila tidak dapat jurusan yang di hendaki tapi kita tetap ambil ia. Walaupun kita tidak berminat. Bila sudah habis belajar, kita mencari pekerjaan. Mereka memilih dengan melihat apa yang ada pada kertas dan berapa keping kertas yang kita milki. Sesudah dapat kerja, tiap bulan kita perlukan lagi kertas. Kertas-kertas bernilai untuk kita bayarkan segala macam hutang.

Kertas-kertas itu buatkan aku rungsing. Sangat rungsing sampai menganggu tidur, makan dan berak aku.

Ingin sahaja aku masuk kembali ke dalam perut ibu dan berkata, "Dunia ni kejam bu, saya tak nak keluar."

Rabu, Mac 7

LAGU

Andai ada jodoh. Maka, aku berserah padaMu. Hanya Kamu mengetahui, aku hanya merancang.

Jumaat, Mac 2

membaca

Ayah seorang yang sangat tegas. Garang lak tu. Aku dah puas merasa penangan ayah. Ya, aku sangat nakal kecil dahulu. Cuma, ayah tak pernah bagi penampar. Aku bersyukur.

Aku ingat lagi, masa tu darjah satu. Baru balik sekolah. Penat.

Ayah keluar dari bilik.

"Abang, ayah nak kamu baca ni sampai habis." Ayah mengarah sambil berikan akhbar kat aku. "Selagi tak habis tak boleh makan malam."

OMG! Masa tu aku rasa nak nangis. Aku cuba buat muka simpati. Ayah seperti biasa, tanpa ada sedikit belas, makan tanpa pedulikan aku. Betul punya tiada perasaan.

Aku terkulat-kulat mengeja, menyebut tiap patah perkataan. Air mata mula menitis.

Ibu datang dan berkata, "Dah la tu. Tak tahu tak payah baca. Jom makan. Ibu temankan abang. Sudah-sudah la tu nangis. Orang lelaki mana boleh nangis." Ibu terus menerus memujuk aku.

Dari sejak peristiwa itu, aku terus gila membaca. Aku membaca apa sahaja. Terima kasih ayah. Walaupun waktu tu ayah sangat kejam macam Zionis.

Ahad, Februari 26

Sabtu, Februari 25

Adnan Sempit 2


Bagi aku cerita ni OK la. Kalau tak sebab orang yang belanja, bertuah aku nak tengok. Tunggu download je la. Bukan tak nak support filem Melayu, cuma, aku seorang yang memilih. Banyak scene menarik yang buat aku tergelak. Yang buat aku nak pekakkan telinga pun ada bila ayat terlalu gedik. Dah macam Bini-Biniku Gengster lak. Terima kasih, pada yang sudi belanja aku.

Isnin, Februari 20

laporan rombongan kelab dam aji ke selatan

16/02/2012

Balik kerja malam terus ke Medan Suri. Dah umpama rutin kerja malam. Balik je, mesti singgah makan nasi lemak. Bolehlah. Sedap tapi mahal. Hari ni kekurangan ahli. Muka tetap seperti Mie dan Mat tak dapat menceburkan diri. Mie dah balik Alor Setar semalam. Mat pula kena jadi tour guide, tunjuk jalan ke rumah orang. Aku cadang nak gerak terus lepas makan, memandangkan sweater tertinggal. Aku terpaksa batalkan niat aku. Kembali ke rumah dan lepak tunggu sampai pukul 9.
Chip hantar aku ke stesen bas, memandangkan dia, Farid dan Angah nak bermain badminton di Tapak Pesta. Nasib aku agak baik, aku terus dapat tiket bas. Aktiviti tidur di mulakan sebaik aku duduk di tempat aku. Terjaga aku bila bas berhenti di kawasan rehat. Aku tak pasti di mana aku berada. Lepas ke tandas dan menghabiskan rokok sebatang, aku kembali tidur. Terjaga kembali bila bas memasuki Stesen KL Sentral. Aku bersyukur. Aku tak perlu ke sana sini lagi. walaupun aku tak nak tergesa-gesa, jalan aku di permudahkan. Aku terus beli tiket ke Nilai. Menunggu agak membosankan. Terbayang keretapi laju di Jepun yang agak tepat sampai mengikut masa. Dari Nilai aku terus ke KLIA menunggu sepupu mengambil aku. Perjalanan ke KLIA cukup membuatkan memori aku berpatah balik ke tahun 2009. Aku tergelak kecil bila aku tersedar. Memori yang takkan aku lupakan sama sekali. Di KLIA aku berpusing sana dan sini sementara sepupu aku sampai. Aku rasa dunia aku bukan di sini. Andai di stesen bas, boleh aku katakan, aku boleh ke mana sahaja menaiki bas, bergantung pada kerajinan dan kemalasan aku sahaja. Di lapangan terbang, gayanya seperti aku tidak bisa ke sana dan sini walaupun pada tika itu aku sangat rajin. Sedikit cemburu aku rasakan. Aku matikan cemburu aku di situ bila sepupu aku sampai. Tiba di rumah beliau, Mak Lang agak terkejut. Anak saudaranya yang seorang ni memang begini. Datang tak pernah nak bagi tahu. Selepas bertanya khabar dan bergosip, aku tidur menghilangkan segala lelah. Terjaga bila adik sepupu aku memanggil makan. Pak Lang yang baru balik kerja agak terkejut bila aku ada di rumahnya. Selepas makan, kami bersembang panjang sambil hisap rokok berbatang-batang. Banyak perkara kami bualkan dan aku rasa aku paling senang berbual dengan beliau berbanding dengan adik-adik emak aku yang lain. Aku kembali sambung tidur bila Pak Lang mengundurkan diri tuk beradu. Kerja pagi katanya.

17/02/2012

Bangun pagi terasa nyaman. Mungkin suasana kampung. Lepas mandi, Mak Lang menjamukan aku cucur untuk hidangan sarapan. Aku berulang kali meminta maaf sebab tidak dapat lepak lama di rumah beliau. Datangku bersebab bukan tiada sebab. Aku kembali ke IKTBN Sepang semula. Tujuan utama aku ke selatan. Datang mengambil sijil. Aku terjumpa muka yang aku kenali dahulu. Aku kirakan sepatutnya mereka dah tamat belajar. Mungkin mereka menyambung lagi. Selepas mengambil sijil aku ke Nilai. Dan terus ke Serdang. Berjumpa Din Pisang. Aku terkejut dengan penampilan beliau. Aku tidak percaya ini, itu yang aku katakan pada Din. Din, kawan yang dah lama sangat aku tak melepak dan aku sangat serik melepak dengan dia bila dia betul-betul kenalkan aku erti lepak sebenar. Tak terdaya aku masa tu untuk terus melepak. Sekarang dia dah pun berkahwin dan punya 2 orang anak. Aku hanya sempat berjumpa anak sulungnya. Agak segan aku nak masuk rumah orang dah berkahwin. Bininya pun aku tak berapa kenal. Din bawa aku ke Jusco Cheras Selatan. Melepak di sana sementara menunggu Amir habis kerja. Banyak benda yang kami bualkan. Dari zaman nakal sampai ke sekarang. Benda-benda yang aku tak ingat pun aku teringat kembali. Aku gembira. Sangat-sangat gembira bila bersama orang-orang yang rapat dengan aku. Walaupun agak sukar berjumpa mereka, bila berjumpa, kepuasan itu ada. Bila Amir sampai, Amir seperti aku. Terkejut dengan penampilan Din. Aku tergelak. Siapa sangka, itu kerja tuhan. Aku dan Amir ke Downtown Mines bila bini Din dah habis kerjanya dan mereka pulang ke rumah. Downtown Mines, gelap gelita. Apa pun tak nampak dan Amir mencadangkan ke Uptown Kota Damansara. Aku macam biasa, mengikut saja. Sampai di sana, badan aku tak berapa sedap. Tak ada nafsu tengok barang. Cuma Amir yang bernafsu. Mencari selipar selepas seliparnya hilang di curi di masjid. Aku tidur lewat. Dalam pukul 5 baru tidur selepas membuat sedikit penilaian atas permintaan Amir. Oh ya, aku juga banyak membuang masa melayan muka buku dan komik Jepun.

18/02/2012

Bangun pukul 12 lebih. Rasa macam dah lama tak bangun lewat, dan memandangkan hari mendung, rasa macam pagi lagi. Amir mengajak makan nasi kukus terbaik di situ. Memang terbaik la. Aku pasti rindukan ia. Lepas makan, selepas tiada hala tuju, kami kembali ke rumah dan terus terbongkang sampai ke petang. Bangun petang, agak kelaparan sebenarnya. Amir, aku dan kawan serumah Amir, Ujang ke The Curve. Kami ke booth Fixi. Aku tertarik akan buku Sperma Cinta, bukan sebab tajuknya yang kelucahan, ceritannya yang aku baca sedikit telah membuatkan aku tersenyum kambing seorang diri. Kami ke IKEA, dan Amir tunjukkan cafe yang tak punya kerusi. Mesti tempat ni yang Iera pernah ceritakan pada aku dulu lalu aku memanaskan hati beliau dengan meng'sms' beliau dan beliau panas dengan aku. Kami ke bahagian makanan western. Ya Allah! Panjangnya barisan. Aku rasa Sarip atau Beratur punya barisan pun tak macam ni. Amir sempat berkata, "Masih ramai yang cantik kat dunia ni". Aku mengiyakan dan berkata pula, "Kita hanya mampu menjadi pemerhati mereka yang cantik dan sukar tuk milikinya". Selepas makan, Amir menjadi tour guide aku di dalam IKEA. Menarik, hanya itu mampu katakan bila melihat dekorasi bilik tidur, ruang tamu, dan dapur. Untuk milikinya, aku terbayangkan rumah yang aku duduki sekarang. Hanya tinggal angan-angan. Selepas penat berpusing, Amir menghantar aku ke Plaza Rakyat. Dan aku masih bernasib baik, tiket bas di capai dan terus ke platform menghisap rokok. Perjalanan hampir 5 jam. Mata sedikit tidak mengantuk. Aku memerhatikan ke luar. Gelap dan hujan. Bas berhenti di R & R Gunung Semanggol. Aku turun dan menghisap rokok sebatang dan cuba cari mood tuk tidur. Masih tidak boleh. Alhamdulillah. Hujan di Penang sudah berhenti. Dan sekarang aku sudah selamat tiba di rumah. Kengantukan datang. Aku perlu berkerja pagi ni.

ARGHHHHHHHHHH!!!

Selasa, Februari 7

kanak-kanak pra matang

Lain yang di kata lain pula yang di terima. Haishhh... Tak faham aku. Nak kata budak, terang-terang bangka walaupun ketinggian memang tak layak nak minta polis bantuan. Tak nak bersembang dengan aku? Ada aku kisah. Tak luak la bro kalau lu takde. Lu bukan best pon. Sembang gah sana sini. Lu hebat. Lu gagah. Baru gua pancing pakai ayat bunga, lu dah melatah macam kena tokak buaya. Kalau gua pancing lu pakai ayat budak-budak gua, gua rasa lu mesti tak nak hidup kat dunia ni lagi. Hidup sekali je bro. Lu rasa lu tak boleh kena bahan, lu jangan nak bahan orang. Lu duduk sana hutan dalam-dalam, kasi kawan sama itu binatang-binatang.

Isnin, Februari 6

pokok

Aku melihat pokok. Ada yang besar, ada yang tinggi, ada yang kecil. Bermacam jenis pokok ada kat dunia ni. Ada apa dengan pokok?

Cikgu cakap, "Pokok membekalkan kita oksigen."

Ibu pernah pesan, "Jangan berteduh bawah pokok waktu hujan." Aku tertanya-tanya kenapa. Ibu hanya senyum padaku.

Cikgu memberi jawapan, "Waktu hujan, kilat akan memanah benda yang paling tinggi kat kawasan tu." Oh begitu rupanya. Baru aku tahu.

Aku suka tengok ayah menanam pokok. Ayah jarang bagi tahu pokok apa yang dia tanam. Opah cakap, "Tangan ayah kamu kalau tanam apa mesti jadi." Dulu aku tak percaya.

Bila dah besar sikit, aku dapat makan limau barli, cempedak, rambutan, kelapa, jambu madu, jambu air, mangga, delima, durian belanda. Semua ambil kat tepi rumah. Hasil tangan ayah. Ayah pernah tanam pokok durian, pokok tu ayah dah tebang. Ayah kata, "Bukan tak nak tengok pokok ni besar, cuma ruang tak cukup dan bila berbuah nanti akan rosakkan atap genting rumah kita." Aku mengerti.

Sekarang ayah suka tanam pokok perhiasan. Pokok limau barli, pokok cempedak, pokok mangga, pokok jambu madu, pokok jambu air semua ayah dah tebang tuk besarkan rumah. Aku rasa mungkin juga ayah tebang sebab anak-anak dia malas nak menyapu daun-daun kering kat laman.

Aku tak pasti tangan aku sama atau tak macam tangan ayah. Tangan yang memberi kehidupan.

Aku rindukan semua itu. Dan aku selalu rindukan mereka. Dan aku juga akan selalu ingat, kerana pokok, tangan aku patah dan menyebabkan aku tak layak meminta askar, bomba, polis hatta polis bantuan sekalipun.

Jumaat, Februari 3

hantu

Kebelakangan ini, aku perhatikan begitu banyak cerita-cerita misteri yang di sogokkan pada masyarakat. Kebanyakkan dari siaran berbayar. Aku tak faham misteri yang cuba di sampaikan oleh mereka. Kenapa begitu banyak 'hantu'? Adakah zaman ini zaman 'hantu'? Dari zaman sebelum merdeka, kita sudah di sogokkan dengan cerita 'hantu' dari mulut ke mulut, hinggakan zaman yang moden ini masih lagi ada 'hantu'. Bukan lagi bawaan mulut ke mulut, sudah bertukar pula kepada penceritaan sebenar. Aku tak faham. Sangat tak faham. Kenapa mereka tak ungkaikan misteri yang boleh mencabar akal tuk berfikir. Kenapa misteri itu mesti 'hantu'? Mereka mengangkat 'hantu' ke tahap yang tinggi. Pasti 'hantu-hantu' berbangga. Lelucon apakah yang aku sedang lihat ini...

Khamis, Januari 26

pelarian

Melarikan diri? Yeah! Hanya itu yang aku nampak. Bagaimana aku nak larikan diri andai tiada langsung tempat aku tuk melarikan diri. Ke bandar? Ke kampung? Ke hutan? Ke lautan atau ke sungai? Tiada tempat yang sudi menerima pelarian seperti aku. Arghhhh! Life it so rude! I cant hold it anymore. FUCK! I need some courage to stand in this fucking world. I still need breath happiness air from this fucking world. I dont wont be sadness person anymore. Im begging to you, WORLD.

im sick

Aku semakin sakit tiap hari.
Ya!
Semakin sakit tiap hari.

Sudah puas aku berubat.
Pelbagai terapi aku cuba.

Masih sama.
Tiada perubahan dalam diri aku.

Hanya ada,
Sakit itu semakin, semakin sakit.

Aku bukanlah pelari.
Yang akan berlari,
Ke sana,
Ke mari.
Dan terduduk bila kepenatan.

Aku tidak sama sekali akan meluahkannya.
Pada teman,
Pada keluarga,
Mahupun objek tidak bernyawa.

Aku bukan sombong.
Aku tidak reti mengungkapkannya pada mereka.
Aku tidak reti memulakannya pada mereka.
Aku tidak ingin mereka bersimpati pada aku.
Sombongkah aku?

Aku sakit.

Aku cuba mendengar muzik.
Ianya masih sama.

Sakit.

Aku cuba meluahkannya pada kertas.
Masih sama.

Sakit.

Aku mendengar muzik dan menulis di atas kertas.
Ia tetap sakit.
Sangat sakit.

Harus bagaimana lagi aku lakukan?

Isnin, Januari 23

Pemerhati

Seman memerhatikan gadis itu memberikan lebihan ayam pada seekor kucing comot. Seman kagum dengan keperibadian perempuan itu. Seman juga memerhatikan muka lelaki yang bersama perempuan itu sudah berubah. Riaknya seperti marah. Tanda protes tidak bersetuju dengan tindakan perempuan itu.

"Sifat penyayang perempuan itu sesuai tuk di jadikan isteri. Pasti ia mampu menjaga anak dan suaminya dengan baik." hati Seman berbisik.

Seman memerhatikan pakaian yang di pakainya. Semuanya dari bundle. Seman memerhati pula pakaian wanita itu. Persisnya dari jenama yang mahal-mahal.

Gulp!

Seman menelan air liurnya.

"Aku tidak sesuai di padankan dengan perempuan itu. Bagai pipit dengan enggang. Masakan mahu bersama. Aku hanya mampu menjadi pemerhati kepada mereka yang cantik dan dan kaya dengan sifat-sifat murni. Aku tidak mampu memiliki mereka." Seman bermonolog dengan dirinya.

"Aku harus mencari yang sama layaknya dengan diri aku. Yang boleh terima siapa aku dan menghargai apa yang aku ada." Seman mula mengeluh. Mengenang nasib dirinya.

Seman memerhatikan perempuan itu berlalu pergi di hadapanya dan dia terpandangkan akan Muthu.

"Hoi Muthu! Kau asal lambat sangat hah! Berapa jam kau nak suruh aku duduk kat kedai ni." Seman meluahkan perasaan marahnya pada Muthu yang baru duduk di hadapannya.

"Sorry la kawan. Saya tolong amma saya tadi. Itu sebab lambat. Sorry ya kawan. Aku belanja kau makan hari ni." Muthu memberikan alasannya pada Seman.

Seman hanya mampu mengelengkan kepala.

"Dik! Tolong ambil order!"

Sabtu, Januari 21

aku suka alam


Menonton Journey 2 : Mysterious Island membuat aku terpana. Aku kagum dengan keindahan pemandangan alam dalam cerita itu. Dari sampai ke Mystery Island sampai la cerita tu habis. Aku hanya boleh katakan, aku kagum! Aku terus menolak jalan cerita. Ia betul-betul menaikkan semangat aku tuk kembali memasuki hutan. Kembali melihat alam. Kembali melihat kehijauan.

Aku ada karangkan waktu aku melepak kat pantai Queenbays, aku pun tak tau ia sajak ke, puisi ke, syair ke, madah ke, apa-apa la, sebelum aku menonton Journey 2 : Mysterious Island. Aku rasa ia sesuai tuk aku letakkan di sini.

Mengelamun aku sendirian.
Menghirup udara segar pantai.
Menikmati bayu malam.
Ombak menghempas pantai.
Menggamitkan aku dalam suasana malam.
Aku, menikmati yang di berikanNya pada semua makhlukNya.
Aku terpesona akan keindahan malam ini.
Walaupun aku tidak di temani sang bulan.
Sang bintang yang bertebaran di angkasa mengkhayalkan aku.
Aku terpesona.
Aku menikmatinya.
Aku menggemarinya.
Masih terselit keindahan di waktu malam yang sepi ini.
Terima kasih aku ucapkan.

Jumaat, Januari 20

aku merepek

Kita sering melihat orang melakukan tindakan bodoh bila terlalu di himpit dengan masalah. Mereka sanggup mencederekan diri mereka, ada juga sampai yang sanggup membunuh diri. Aku tak faham dengan mereka. Apa yang mereka dapat? Mereka tak fikirkah tindakan yang mereka ambil tu bakal menyusahkan ramai orang. Polis akan mengambil kes dan membuat siasatan. Keluarga akan kecewa dengan sikap mereka yang terlalu emosional. Tetangga akan mencemuh keluarga mereka mengatakan si keluarga tidak pandai mendidik anak. Dan aku paling kasihan kat mereka yang masih lagi bujang. Dah mesti masuk neraka. Dah la anak pun tiada lagi. Siapalah yang nak mendoakan kesejahteraan mereka? Keluarga? Mereka pasti akan mati juga. Kesian mereka, itu yang aku boleh katakan.
Aku rasa melarikan diri adalah sebaiknya yang yang paling teruk dari mencederakan diri atau membunuh diri. Melarikan diri pun bukan elok sangat. Lambat laun masalah itu akan jadi lagi besar. Tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Pasti ada banyak jawapan yang akan terungkai. Tiap jawapan punya risiko. Tiada jalan yang tak berisiko. Berani melalui jalan itu atau berhenti memerhati jalan-jalan itu semua atas diri mereka sendiri.
Aku bukanlah ingin mendabik dada mengatakan bahawa aku tak punya masalah. Tiap yang bernama manusia pasti akan ada masalah. Itu semua dah tertulis. Aku sendiri selalu berhenti berehat di persimpangan jalan. Memikir baik buruk jalan yang aku nak pilih. Aku pernah kecewa dengan jalan yang aku pilih. Tapi apa boleh aku lakukan? Menangis? Itu bukan aku. Ketawa? Aku tiada sebab tuk ketawa gembira. Aku hanya mampu tersenyum dan berkata,

"Ini jalan yang aku pilih maka aku kena laluinya."

Masa yang lepas tak boleh di kembalikan. Aku kena terus berjalan. Terus, terus dan terus berjalan. Dan bila sampai satu ketika, aku sendiri akan berkata,

"Cukuplah sampai di sini aku berjalan. Aku sudah penat dan aku ingin berehat selamanya di sini."

Isnin, Januari 9

kata-kataku lagi

Bukanlah niat ku tuk memutuskan segalanya
Hati ini masih sakit
Masih belum sembuh

Sudah puas aku berusaha
Kampungku bukan sekadar tuk ku bersua kawan-kawan lama
Hanya kata-kata bebaur was-was ku dapat

Aku hampa tiap kali di kampung
Kawan-kawan mencalitkan kegembiraan padaku yang sentiasa kosong

Kau sendiri sudah menceritakannya
Aku percaya pada mimpi itu
Qada' dan Qadar itu ada

Bukan aku tidak suka melihat kau gembira
Sedangkan kau adalah cahaya kegembiraan
Kau berhak dapatkannya
Mungkin bukan dari aku

Selalu aku doakan kau agar punya ketetapan hati
Dalam segala hal
Hati aku pula yang goyah

Aku tidak punya kata-kata tuk kau
Aku masih belum sembuh
Ku cuma mahu kau gembira
Biarkan aku sembuh sendiri

Sabtu, Januari 7

rentetan10 tahun perjalanan

Aku ingat dulu-dulu waktu aku sekolah. Aku impikan wantia yang cantik macam Avril, Christina, Britney, Elyana dan mungkin sikit-sikit aku sukakan Siti Nurhaliza. Oh ye, aku kena fight dengan Azrol kalau nak ngorat Elyana. Azrol peminat no 1 Elyana.
Habis je sekolah baru la terbukak sikit minda, itu pun lepas hari-hari kena gasak dengan Ryoq. Tu belum yang lain lagi. Kalau tak tahan dah lama aku duduk dalam Tanjong. Aku mula mengenal alam selepas hampir 3 tahun aku kenal Ryoq. Hari-hari dia bercerita tentang pengembaraan dia. Aku tertarik. Dan sememangnya sekarang aku rindukan saat itu. 1st camping aku, Teluk Segadas Pangkor. Pergi dalam 8 orang je. 3 hari 2 malam. Sangat menarik. Tak silap aku tahun 2002 masa tu. 1st trip gunung aku tahun 2003, aku ke Cameron Highland. Naik Gunung Brinchang dengan Gunung Irau. Takde pengalaman + tak bersukan langsung = aku seperti tak nak naik gunung lagi! Dan hakikatnya aku mencintai alam selepas aku dapat ketenangan melihat kehijauan. Dan last trip gunung aku tahun 2008 ke Gunung Yong Belar. Pergi 4 orang. Macam orang gila. Yan call pagi-pagi buta ajak naik. Jumpa Ryoq kat puncak. Dan lepas je balik aku dan Amir ke rumah Husin menaiki motor. Pengalaman paling best. Naik kematu pungkoq aku.
Di alam percintaan, nampaknya aku bukan Lelaki Malaya Terakhir. Semua cerita yang aku ukir, tiada yang happy ending. Aku sering di tinggalkan dan kadang-kadang aku buat sampai aku di tinggalkan. Walaupun aku ni batu, kayu, tiang dan apa saja bentuk yang pegun. aku bukan tidak kasih atau sayang. Aku lagi sakit daripada mereka. Aku tiada hak tuk berkata "Apa hal aku tak layak? Aku makan nasi, kau pun makan nasi. Takkan nak banding-banding gred beras lak!". Daripada aku, keluarga harus di utamakan. Sakit, sakit aku. Hidup kena teruskan juga. Dah la anak dagang. Menonggeng sampai tak kerja bukan ada ibu kat sisi nak cakap "Abang, makan jom". Sorry ye bu, orang tak dapat cerita apa yang terjadi. Biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza.
Dalam berkawan, banyak kawan aku. Dari 3 buah sekolah menengah ke kawan-kawan CC ke budak-budak gunung ke MBLOG ke IKBN dan juga sampai ke IKTBN. Bertuah rasanya. Dalam tak reti sangat bergaul aku punya ramai kawan. Terima kasih Tuhan. Pada Mu aku berserah segalanya.
Terima kasih pada TAD, budak-budak Whiznet, Radak Adventure Team, S.O.S, MBLOG, keluarga, kekasih-kekasih lama, kamu semua mewarnai rentetan 10 tahun perjalanan aku ini.

Isnin, Januari 2

Powered By Blogger