Isnin, Januari 23

Pemerhati

Seman memerhatikan gadis itu memberikan lebihan ayam pada seekor kucing comot. Seman kagum dengan keperibadian perempuan itu. Seman juga memerhatikan muka lelaki yang bersama perempuan itu sudah berubah. Riaknya seperti marah. Tanda protes tidak bersetuju dengan tindakan perempuan itu.

"Sifat penyayang perempuan itu sesuai tuk di jadikan isteri. Pasti ia mampu menjaga anak dan suaminya dengan baik." hati Seman berbisik.

Seman memerhatikan pakaian yang di pakainya. Semuanya dari bundle. Seman memerhati pula pakaian wanita itu. Persisnya dari jenama yang mahal-mahal.

Gulp!

Seman menelan air liurnya.

"Aku tidak sesuai di padankan dengan perempuan itu. Bagai pipit dengan enggang. Masakan mahu bersama. Aku hanya mampu menjadi pemerhati kepada mereka yang cantik dan dan kaya dengan sifat-sifat murni. Aku tidak mampu memiliki mereka." Seman bermonolog dengan dirinya.

"Aku harus mencari yang sama layaknya dengan diri aku. Yang boleh terima siapa aku dan menghargai apa yang aku ada." Seman mula mengeluh. Mengenang nasib dirinya.

Seman memerhatikan perempuan itu berlalu pergi di hadapanya dan dia terpandangkan akan Muthu.

"Hoi Muthu! Kau asal lambat sangat hah! Berapa jam kau nak suruh aku duduk kat kedai ni." Seman meluahkan perasaan marahnya pada Muthu yang baru duduk di hadapannya.

"Sorry la kawan. Saya tolong amma saya tadi. Itu sebab lambat. Sorry ya kawan. Aku belanja kau makan hari ni." Muthu memberikan alasannya pada Seman.

Seman hanya mampu mengelengkan kepala.

"Dik! Tolong ambil order!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger