di saat aku terasa sangat celaru dan serabut memikirkan masalah dunia yg menyakitkan kepala lutut. aku menerima satu mesej berbunyi "Salam. Isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Petang semalam". oh god. tidak ku sangka. membuatkan aku teringat zaman sekolah dulu. mamat yg agak poyo + suka tergedik depan perempuan dah ada 2 orang anak. tahniah pada anda Ahmad Idzwan. dah sepasang kamu dapat. tahniah sekali lagi.
Mari menemani aku kembali ke zaman sekolah melihat telatah lucu meraka.
Jumaat, Ogos 20
Khamis, Ogos 19
mengimbas kembali membuatkan aku tersenyum keriangan. di saat aku masih mentah dan mengikut kepala sendiri. kini aku sedar, andai dulu aku boleh mengawal emosi aku pasti aku takkan tersenyum hari ini. dan sekarang perlu ke aku menurut emosi aku atau mengawal emosi aku? ,mungkinkah bisa aku akan tersenyum di masa hadapan ataupun aku menyesalinya seumur hidup aku? andai doraemon itu wujud sudah pasti aku punya mesin cahaya masa tuk ke mana sahaja tapi doraemon itu tidak wujud. aku tidak perlukan semua itu. aku punya diri aku, semangat aku. kuatkan ia agar aku dapat bertahan sebelum tidurku.
hari ini mau makan apa?
hari ini mau makan apa?
Rabu, Ogos 18
hari ini puasa ke 8
hari ini aku rasa sungguh palat sekali. berkali2 palat dari semalam. kesabaran ada hadnya. andai kesabaran itu hilang aku tak pasti apa akan berlaku. adakah aku akan kembali duduk di rumah membuang masa sambil melayan leteran ibu.
peluh keluar sudah berkilo. cacian dan makian sudah berkati. puasa aku berkurangan pahalanya. kepala terbayangkan laici kotak besar. mesti enak di kala panas2 begini.
apa itu cinta? apa itu sayang? apa itu kasih? bagaimana nak membuktikan mereka? perlukah ia ditunjuk? perlukah ia diberi selalu? ajarkan aku yg bodoh ini agar aku mengerti.

Langgan:
Ulasan (Atom)