Jumaat, Oktober 26

Selamat Hari Raya Korban 1433

Saat ramai menikmat ketupat di pagi hari, aku masih tercari kedai tuk bersarapan dan hanya maggi peneman pagi. Saat ramai leka menghidangkan daging pada keluarga, aku ingin lena di buai mimpi ke syurga.

Selamat Hari Raya Korban dari beta pada semua.

Isnin, Oktober 15

Kelemahan

Kelemahan aku yang nyata bila membeli buku, aku tak pernah tahu akan nama penulis dan nama penerbit. Aku membeli dengan melihat tajuk dan membaca sedikit dari buku itu dan juga dari ulasan orang ramai.

Isnin, Oktober 8

Jalan-jalan Melaka.


Perjalanan aku ke Melaka sebenarnya tanpa niat. Aku pernah berkata ada seorang kenalan yang aku mungkin akan ke sana dalam bulan 11 atau 12. Memandangkan tempat aku berkerja mengurangkan produknya maka ramai yang terpaksa bercuti. Aku salah seorang.

Setelah janji di meterai. Aku memulakan perjalanan. Menaiki bas. Seperti biasa.

Pukul 8.30 pagi. Aku kira dalam pukul 4.30 petang sampai la. Sepanjang perjalanan aku berkira-kira di mana bas akan berhenti. Aku kelaparan. Aku tak makan pagi tadi. Tak sempat. Ketika melalui Ipoh, aku rasa sayu. Ini kali kedua aku melalui Ipoh tanpa berhenti di Ipoh. Aku harap mereka yang aku sayangi di sini semuanya sihat hendaknya,

Lepas melalui Ipoh aku tertidur. Aku terjaga tika bas berhenti. Eh! Ni bukan R&R atau Perhentian. Aku kelaparan. Aku nak makan. Aku ambil 2 ketul ayam cincang dan nasi. RM4. WTF! Aku mencarut sambil makan. Aku mencarut kat kedai makan tu. Aku mencarut kat driver bas. Pundek dan Babi carutan aku hingga aku tertidur kembali. Terjaga di KL. Bas menurunkan penumpang di Hentian Duta, KL Sentral dan Pudu Raya. OMG! Tinggal aku seorang nak ke Melaka. Lain semua dah turun. Aku ingat aku tersalah naik bas dan bila aku bertanya pada driver bas, katanya bas ni memang ke Melaka. Aku sambung tidur.

Terjaga sekali lagi bila bas berhenti di Perhentian. Ok, aku tak tahu kat mana. Aku turun beli pau kacang merah dan tembikai. Sambil hisap rokok lepaskan beban dunia. Kawan aku menelefon bertanya aku di mana. Aku katakan padanya yang aku tak pasti aku di mana dan aku memberitahunya kelak andai aku jumpa mana-mana susur keluar. Dan dalam 15 minit kemudian terpampang la papan tanda "Sempadan Negeri Melaka." Aku memberitahunya dan menikmati pemandangan di luar. Ada orang kata perjalanan dari KL ke Johor adalah perjalanan yang membosankan. Hanya penuh kelapa sawit. Aku rasa orang tu salah. Tak lah bosan aku rasa. Banyak gak hijau di sana sini aku lihat.

Aku tiba di Melaka Sentral hampir pukul 5 petang. Perjalanan yang sangat memenatkan. Kenalanku datang mengambilku dan di bawanya pusing Bandar Melaka sebelum pulang ke rumah.

Bandar Melaka seperti Georgetown. Bandar Warisan Dunia yang di iktiraf oleh UNESCO. Jangan tanya aku bila di iktiraf. Aku tak buat kajian apa-apa tentang Melaka sebelum datang ke Melaka. Hanya berbekalkan pelajaran Kajian Tempatan dan Sejarah yang aku pelajari di sekolah dulu menemani aku. Di sini aku dapat membezakan di mana bangunan warisan dengan yang bukan warisan. Di cat dengan kaler merah dan menurut kenalanku, cat itu di bawa khas dari Belanda tiap-tiap tahun. Tidak seperti di Georgetown yang baru beberapa tahun di iktiraf UNESCO. Tiada kaler khas pada bangunan di Georgetown dan semuanya kelihatan sama.

Malam tu kenalanku mengajak merasa asam pedas. Katanya hanya itu masakan orang Melaka yang sedap. Dia bertanya inginkan biasa atau 'kaw'? Aku mulanya inginkan yang 'kaw' tapi akur pada pilihannya yang suruh rasa yang biasa dahulu. Sebelum ke kedai pilihannya. Aku di bawa dahulu ke perkampungan Portugis. Macam mana ye nak aku gambarkan mereka ini. Ada yang gelap seperti Indian dan ada yang cerah seperti Melayu. Sekali pandang macam Indian, dua kali pandang dah macam Melayu. Aku tak dapat bezakan. Kenalanku kata dapat di bezakan. Pundek! Dia dah menetap lama. Bolehlah.

Setelah berpusing seperti penjenayah ingin merompak rumah di perkampungan Portugis, kenalan ku membawa ke kedai pilihannya. Orang tidaklah ramai tapi menurutnya adakala kedai tersangat la penuh. Ikan pari di pilih. Yang biasa sudah buatkan aku berpeluh. Aku tak boleh bayang yang 'kaw'. Tak makan la aku.

Setelah makan, di bawanya aku ke Bandar Melaka sekali lagi. Berhenti di Kota A Famosa. Malam. Tiada apa yang nampak. Bergambar jauh sekali. Di bawanya aku ke Dataran Pahlawan. Hanya padang kecil. Aku tak pasti apa yang menarik. Katanya Perhimpunan bersih pernah di adakan di sini. Kemudian di bawanya aku ke Pulau Melaka. Pulau yang di hubungkan dengan jambatan. Terdapat Masjid Selat di sana. Memandangkan aku berseluar pendek. Aku hanya mampu melihat dari luar. Dari Masjid Selat, kami melepak di jambatan yang menghubungkan Melaka dengan Pulau Melaka. Sambil melihat orang memancing. Kami bersembang tentang kisah-kisah lama. Sampai di rumah hampir pukul 3. Memandangkan aku sangat letih, aku terus tidur.

Aku bangun agak lewat. Pukul 12 aku rasa. Kali ini kenalanku mengajak melepak di Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Pengunjung agak ramai. Mungkin hari cuti. Esok pun cuti lagi. Tiada yang menarik bagi aku. Aku rasa semua kompleks membeli belah sama sahaja. Setelah penat berjalan kenalanku mengajak ke rumah keluarga angkatnya. Pakcik itu agak peramah. Aku bukanlah jenis peramah. Orang Negeri Sembilan yang berkahwin dengan orang Melaka. Dari apa yang di sembangkan, aku boleh nampak yang dia rindukan kampung halaman. Bermacam adat Negeri Sembilan di ceritakannya. Dan juga sedikit gaya percakapan Melaka. Katanya memang begitu. Kasar pada orang luar tapi tidak pada orang tempatan. Hawau, lahabau, musibat dan juga penyapu kontot. Sial katanya wajib di katakan oleh orang Melaka. Perkerjaannya aku rasa hanya perkerjaan kampung. Menjala ikan, menjaring ikan, memikat burung, memelihara ayam, dan adakala turun memancing. Aku yang tak minat pada semua tu hanya mendengar sahaja. Kami pulang ke rumah setelah matahari melabuhkan sinarnya.

Menyusuri Bandaraya Melaka, aku seperti kembali ke zaman silam. Melihat keagungan mereka yang terdahulu.Aku bangga bahasa aku pernah menjadi lingua franca. Aku bangga pada Hang Tuah dan saudaranya. Aku bangga pada Tun Perak. Aku bangga pada Kesultanan Melayu Melaka yang mengembalikan corak pentadbiran Khalifah Ar Rasyiddin. Aku benar-benar terhibur di sini.

Aku kembali ke utara bila aku rasakan aku sudah terlama berada di sini. Dan aku juga semakin penat bila aku merentas zaman. Kepenatan yang aku rasa sangat puas. Puas seperti berada di puncak gunung melihat alam ciptaanNya. Terima kasih Melaka. Negeri Bersejarah, memang pada namanya.

Rabu, Oktober 3

Back to nature

Lama tak ke sungai. Aku rasa kali terakhir aku ke sungai awal tahun ni. Jika nak di bandingkan antara laut dengan sungai, aku akan pilih sungai lagi. Sejuk dan menyegarkan.

Aku ke Sungai Sedim kali ni. Sangat best. Aku hampir lemas. Mati je aku nampak saat itu. Arusnya lagi deras dari sungai kat Kampar. Intake pun tak deras. Aku semakin tak berani melompat dari tempat tinggi. Aku pun dah cukup tinggi, pandang ke bawah terasa lagi tinggi. Dan mungkin faktor usia yang buatkan aku hanya duduk di batu sambil melihat para gadis comel. Hahaha.

Hujan petang tu mengingatkan aku saat berbarbeku awal tahun ni bersama kawan TAD. Sangat tak best bila nak makan hujan. Nak tak nak kena berlari mengemas barang-barang. Selepas semua menyalin pakaian, seorang rakan mengajak ke Ulu Legong tuk menikmati kolam air panas pula. Aku tertidur dan sedar sudah sampai. Kata kawan ku jarak dari Sungai Sedim ke Ulu Legong dalam 58km.

Bayaran masuk Rm 6. Kami antara kelompok pertama sampai waktu itu. Kata mereka akan ramai pada waktu malam dan dinihari. Terdapat 3 tahap kepanasan. Di tahap pertama, aku mampu berenang, tiruk dan kuak lentang. Di tahap kedua, aku sangat pada mereka yang boleh berjalan dan berenang dalam kolam tu. Aku hanya mampu duduk setengah badan. Itu pun dah berpeluh. Di tahap ketiga tiada yang nak mandi. Mungkin malam tu tiada orang yang hebat.

Kami berada di sana sampai pukul 11 lebih sebelum kembali pulang. Aku macam biasa, kembali tidur. Sampai di rumah hampir pukul 2. Dan aku berjalan pulang berkaki ayam. Seliparku hilang di bawa arus.

Powered By Blogger