Ahad, Februari 26

Sabtu, Februari 25

Adnan Sempit 2


Bagi aku cerita ni OK la. Kalau tak sebab orang yang belanja, bertuah aku nak tengok. Tunggu download je la. Bukan tak nak support filem Melayu, cuma, aku seorang yang memilih. Banyak scene menarik yang buat aku tergelak. Yang buat aku nak pekakkan telinga pun ada bila ayat terlalu gedik. Dah macam Bini-Biniku Gengster lak. Terima kasih, pada yang sudi belanja aku.

Isnin, Februari 20

laporan rombongan kelab dam aji ke selatan

16/02/2012

Balik kerja malam terus ke Medan Suri. Dah umpama rutin kerja malam. Balik je, mesti singgah makan nasi lemak. Bolehlah. Sedap tapi mahal. Hari ni kekurangan ahli. Muka tetap seperti Mie dan Mat tak dapat menceburkan diri. Mie dah balik Alor Setar semalam. Mat pula kena jadi tour guide, tunjuk jalan ke rumah orang. Aku cadang nak gerak terus lepas makan, memandangkan sweater tertinggal. Aku terpaksa batalkan niat aku. Kembali ke rumah dan lepak tunggu sampai pukul 9.
Chip hantar aku ke stesen bas, memandangkan dia, Farid dan Angah nak bermain badminton di Tapak Pesta. Nasib aku agak baik, aku terus dapat tiket bas. Aktiviti tidur di mulakan sebaik aku duduk di tempat aku. Terjaga aku bila bas berhenti di kawasan rehat. Aku tak pasti di mana aku berada. Lepas ke tandas dan menghabiskan rokok sebatang, aku kembali tidur. Terjaga kembali bila bas memasuki Stesen KL Sentral. Aku bersyukur. Aku tak perlu ke sana sini lagi. walaupun aku tak nak tergesa-gesa, jalan aku di permudahkan. Aku terus beli tiket ke Nilai. Menunggu agak membosankan. Terbayang keretapi laju di Jepun yang agak tepat sampai mengikut masa. Dari Nilai aku terus ke KLIA menunggu sepupu mengambil aku. Perjalanan ke KLIA cukup membuatkan memori aku berpatah balik ke tahun 2009. Aku tergelak kecil bila aku tersedar. Memori yang takkan aku lupakan sama sekali. Di KLIA aku berpusing sana dan sini sementara sepupu aku sampai. Aku rasa dunia aku bukan di sini. Andai di stesen bas, boleh aku katakan, aku boleh ke mana sahaja menaiki bas, bergantung pada kerajinan dan kemalasan aku sahaja. Di lapangan terbang, gayanya seperti aku tidak bisa ke sana dan sini walaupun pada tika itu aku sangat rajin. Sedikit cemburu aku rasakan. Aku matikan cemburu aku di situ bila sepupu aku sampai. Tiba di rumah beliau, Mak Lang agak terkejut. Anak saudaranya yang seorang ni memang begini. Datang tak pernah nak bagi tahu. Selepas bertanya khabar dan bergosip, aku tidur menghilangkan segala lelah. Terjaga bila adik sepupu aku memanggil makan. Pak Lang yang baru balik kerja agak terkejut bila aku ada di rumahnya. Selepas makan, kami bersembang panjang sambil hisap rokok berbatang-batang. Banyak perkara kami bualkan dan aku rasa aku paling senang berbual dengan beliau berbanding dengan adik-adik emak aku yang lain. Aku kembali sambung tidur bila Pak Lang mengundurkan diri tuk beradu. Kerja pagi katanya.

17/02/2012

Bangun pagi terasa nyaman. Mungkin suasana kampung. Lepas mandi, Mak Lang menjamukan aku cucur untuk hidangan sarapan. Aku berulang kali meminta maaf sebab tidak dapat lepak lama di rumah beliau. Datangku bersebab bukan tiada sebab. Aku kembali ke IKTBN Sepang semula. Tujuan utama aku ke selatan. Datang mengambil sijil. Aku terjumpa muka yang aku kenali dahulu. Aku kirakan sepatutnya mereka dah tamat belajar. Mungkin mereka menyambung lagi. Selepas mengambil sijil aku ke Nilai. Dan terus ke Serdang. Berjumpa Din Pisang. Aku terkejut dengan penampilan beliau. Aku tidak percaya ini, itu yang aku katakan pada Din. Din, kawan yang dah lama sangat aku tak melepak dan aku sangat serik melepak dengan dia bila dia betul-betul kenalkan aku erti lepak sebenar. Tak terdaya aku masa tu untuk terus melepak. Sekarang dia dah pun berkahwin dan punya 2 orang anak. Aku hanya sempat berjumpa anak sulungnya. Agak segan aku nak masuk rumah orang dah berkahwin. Bininya pun aku tak berapa kenal. Din bawa aku ke Jusco Cheras Selatan. Melepak di sana sementara menunggu Amir habis kerja. Banyak benda yang kami bualkan. Dari zaman nakal sampai ke sekarang. Benda-benda yang aku tak ingat pun aku teringat kembali. Aku gembira. Sangat-sangat gembira bila bersama orang-orang yang rapat dengan aku. Walaupun agak sukar berjumpa mereka, bila berjumpa, kepuasan itu ada. Bila Amir sampai, Amir seperti aku. Terkejut dengan penampilan Din. Aku tergelak. Siapa sangka, itu kerja tuhan. Aku dan Amir ke Downtown Mines bila bini Din dah habis kerjanya dan mereka pulang ke rumah. Downtown Mines, gelap gelita. Apa pun tak nampak dan Amir mencadangkan ke Uptown Kota Damansara. Aku macam biasa, mengikut saja. Sampai di sana, badan aku tak berapa sedap. Tak ada nafsu tengok barang. Cuma Amir yang bernafsu. Mencari selipar selepas seliparnya hilang di curi di masjid. Aku tidur lewat. Dalam pukul 5 baru tidur selepas membuat sedikit penilaian atas permintaan Amir. Oh ya, aku juga banyak membuang masa melayan muka buku dan komik Jepun.

18/02/2012

Bangun pukul 12 lebih. Rasa macam dah lama tak bangun lewat, dan memandangkan hari mendung, rasa macam pagi lagi. Amir mengajak makan nasi kukus terbaik di situ. Memang terbaik la. Aku pasti rindukan ia. Lepas makan, selepas tiada hala tuju, kami kembali ke rumah dan terus terbongkang sampai ke petang. Bangun petang, agak kelaparan sebenarnya. Amir, aku dan kawan serumah Amir, Ujang ke The Curve. Kami ke booth Fixi. Aku tertarik akan buku Sperma Cinta, bukan sebab tajuknya yang kelucahan, ceritannya yang aku baca sedikit telah membuatkan aku tersenyum kambing seorang diri. Kami ke IKEA, dan Amir tunjukkan cafe yang tak punya kerusi. Mesti tempat ni yang Iera pernah ceritakan pada aku dulu lalu aku memanaskan hati beliau dengan meng'sms' beliau dan beliau panas dengan aku. Kami ke bahagian makanan western. Ya Allah! Panjangnya barisan. Aku rasa Sarip atau Beratur punya barisan pun tak macam ni. Amir sempat berkata, "Masih ramai yang cantik kat dunia ni". Aku mengiyakan dan berkata pula, "Kita hanya mampu menjadi pemerhati mereka yang cantik dan sukar tuk milikinya". Selepas makan, Amir menjadi tour guide aku di dalam IKEA. Menarik, hanya itu mampu katakan bila melihat dekorasi bilik tidur, ruang tamu, dan dapur. Untuk milikinya, aku terbayangkan rumah yang aku duduki sekarang. Hanya tinggal angan-angan. Selepas penat berpusing, Amir menghantar aku ke Plaza Rakyat. Dan aku masih bernasib baik, tiket bas di capai dan terus ke platform menghisap rokok. Perjalanan hampir 5 jam. Mata sedikit tidak mengantuk. Aku memerhatikan ke luar. Gelap dan hujan. Bas berhenti di R & R Gunung Semanggol. Aku turun dan menghisap rokok sebatang dan cuba cari mood tuk tidur. Masih tidak boleh. Alhamdulillah. Hujan di Penang sudah berhenti. Dan sekarang aku sudah selamat tiba di rumah. Kengantukan datang. Aku perlu berkerja pagi ni.

ARGHHHHHHHHHH!!!

Selasa, Februari 7

kanak-kanak pra matang

Lain yang di kata lain pula yang di terima. Haishhh... Tak faham aku. Nak kata budak, terang-terang bangka walaupun ketinggian memang tak layak nak minta polis bantuan. Tak nak bersembang dengan aku? Ada aku kisah. Tak luak la bro kalau lu takde. Lu bukan best pon. Sembang gah sana sini. Lu hebat. Lu gagah. Baru gua pancing pakai ayat bunga, lu dah melatah macam kena tokak buaya. Kalau gua pancing lu pakai ayat budak-budak gua, gua rasa lu mesti tak nak hidup kat dunia ni lagi. Hidup sekali je bro. Lu rasa lu tak boleh kena bahan, lu jangan nak bahan orang. Lu duduk sana hutan dalam-dalam, kasi kawan sama itu binatang-binatang.

Isnin, Februari 6

pokok

Aku melihat pokok. Ada yang besar, ada yang tinggi, ada yang kecil. Bermacam jenis pokok ada kat dunia ni. Ada apa dengan pokok?

Cikgu cakap, "Pokok membekalkan kita oksigen."

Ibu pernah pesan, "Jangan berteduh bawah pokok waktu hujan." Aku tertanya-tanya kenapa. Ibu hanya senyum padaku.

Cikgu memberi jawapan, "Waktu hujan, kilat akan memanah benda yang paling tinggi kat kawasan tu." Oh begitu rupanya. Baru aku tahu.

Aku suka tengok ayah menanam pokok. Ayah jarang bagi tahu pokok apa yang dia tanam. Opah cakap, "Tangan ayah kamu kalau tanam apa mesti jadi." Dulu aku tak percaya.

Bila dah besar sikit, aku dapat makan limau barli, cempedak, rambutan, kelapa, jambu madu, jambu air, mangga, delima, durian belanda. Semua ambil kat tepi rumah. Hasil tangan ayah. Ayah pernah tanam pokok durian, pokok tu ayah dah tebang. Ayah kata, "Bukan tak nak tengok pokok ni besar, cuma ruang tak cukup dan bila berbuah nanti akan rosakkan atap genting rumah kita." Aku mengerti.

Sekarang ayah suka tanam pokok perhiasan. Pokok limau barli, pokok cempedak, pokok mangga, pokok jambu madu, pokok jambu air semua ayah dah tebang tuk besarkan rumah. Aku rasa mungkin juga ayah tebang sebab anak-anak dia malas nak menyapu daun-daun kering kat laman.

Aku tak pasti tangan aku sama atau tak macam tangan ayah. Tangan yang memberi kehidupan.

Aku rindukan semua itu. Dan aku selalu rindukan mereka. Dan aku juga akan selalu ingat, kerana pokok, tangan aku patah dan menyebabkan aku tak layak meminta askar, bomba, polis hatta polis bantuan sekalipun.

Jumaat, Februari 3

hantu

Kebelakangan ini, aku perhatikan begitu banyak cerita-cerita misteri yang di sogokkan pada masyarakat. Kebanyakkan dari siaran berbayar. Aku tak faham misteri yang cuba di sampaikan oleh mereka. Kenapa begitu banyak 'hantu'? Adakah zaman ini zaman 'hantu'? Dari zaman sebelum merdeka, kita sudah di sogokkan dengan cerita 'hantu' dari mulut ke mulut, hinggakan zaman yang moden ini masih lagi ada 'hantu'. Bukan lagi bawaan mulut ke mulut, sudah bertukar pula kepada penceritaan sebenar. Aku tak faham. Sangat tak faham. Kenapa mereka tak ungkaikan misteri yang boleh mencabar akal tuk berfikir. Kenapa misteri itu mesti 'hantu'? Mereka mengangkat 'hantu' ke tahap yang tinggi. Pasti 'hantu-hantu' berbangga. Lelucon apakah yang aku sedang lihat ini...
Powered By Blogger