Khamis, Disember 30

Aku berdialog

PAGI

Leader : Tan! U pergi issue ink ribbon dengan label sticker.

Aku : Kena issue ke benda ni Pheng? Mana nak cari kod item?

Leader : Saya panggil u duduk sini suruh u belajar takkan u tak tahu?

Aku : Saya tak tahu. Tak pernah pun Pali issue benda ni. U takkan tak tahu?

Leader : I tak tahu!

Aku : Kalau u pun tak tahu tunggu minggu depan issue!


Tengahari

Kerani : Gaji akan masuk pada 4hb. Maaf sebab esok semua bank tutup.

Aku : Sial! Tak bertahun baru aku tahun ni.


Petang

Supervisor : Lan, nanti Cikgu nak jumpa u.

Aku : Sekarang ke Man?

Supervisor : Tak, nanti balik kerja u pergi GOTT.

Aku : Ok.

Supervisor : U tools belum dapatkan.

Aku : Yup. Kenapa Man?

Supervisor : U mungkin akan buat kerja di sana nanti.

Aku : Owh.

Di GOTT

Aku : Cikgu ada tak?

Pekerja 1 : Cikgu?!

Pekerja 2 : Cigku? Hihihihi

Pekerja 3 : .........

Aku : Miss Chua?

Pekerja 3 : Dia ada kt office.

Aku : Terima kasih.

Di opis

Ting tong!
Ting tong!
TIng tong!
Ting tong!
Ting tong!

Aku : Fuck! Jadah tol! &^%$*((&%$$#

Selasa, Disember 28

Zaman Kecil

The was a farmer had a dog
And bingo was his nama-o
B I N G O
B I N G O
B I N G O
And the bingo was his name-o


Aku terkejut. Oh gosh! Pali menyanyikan lagu itu. Lalu aku pun sama-sama menyanyi dengan Pali. Aku pun tau la lagu tu Pali.

Zaman kanak-kanak yang sangat indah. Aku tak perlukan fikirkan akan cinta, duit dan kerja. Bajuku dibasuh oleh opah dan opah akan menyikatkan rambutku sebelum aku ke sekolah.

Memori kanak-kanak mendatangiku.

Zaman kanak-kanakku di habiskan di kampung dan kadang kala di bandar bila aku pulang ke rumah orang tua ku menghabiskan cuti sekolah yang panjang.Di kampung, aku teringat bila aku masuk kedalam bendang menangkap ikan di waktu musim membajak padi. Mandi di sungai dan parit. Pergi pagi dan pulang petang selepas penat menjelajahi kampung. Bermain bermacam permainan rakyat. Dan pasti akan di marahi oleh opah. Di bandar aku bermain permainan arked. Dan kadangkala bermain permainan rakyat. Jika di kampung aku ke sungai dan parit. Di bandar aku ke lombong. Lagi menarik tapi amat berbahaya.

Aku teringat di satu petang bila aku ingin bermain bola cop. Akibat nak cepat dan tak gunakan pintu masuk ke padang, tanganku terseliuh. Mengamuk bapak aku. Hahaha. Dan aku teringat di satu petang sebelum Raya Aidil Adha , tangan ku pula patah akibat ingin meniru aksi Robin Hood. Aku beraya di hospital.

Aku teringat ketika aku bersekolah asrama. Apa agaknya khabar mereka? Aku terputus hubungan bila bapaku mahu aku bersekolah di bandar. Rindunya aku pada mereka dan aku harap dapat jumpa mereka suatu hari nanti.

Pejam celik dah nak masuk 2011. Dan lagi beberapa hari lagi umurku akan 25 tahun. Dah suku abad aku hidup. Mungkin pencapaianku tidak sama seperti mereka. Aku masih lagi bernafas. Itu tandanya perjuangan harus di teruskan. Pada mereka yang mendoakan kejayaan aku, aku ucapkan terima kasih tak terhingga. Pada mereka yang menjatuhkan aku, terima kasih juga aku ucapkan. Itu tandanya aku sama seperti mereka, tidak sempurna. Diari baru akan terbuka lagi 2 3 hari. Diari lama akan disimpan bukan di buang. Kenangan itu sangat indahkan.




Aku kena nyanyi lagu ni masa sempena English Week. Huh!

Cinta Aku

Aku bukanlah seorang pencinta yang agung. Aku tidak reti menunjukkan rasa cintaku pada orang yang aku cinta. Caraku berlainan. Tidak sama seperti kamu, mereka ataupun dia. Aku suka begini. Membuat orang tertanya-tanya samada aku mencintakan mereka atau tidak.

Aku cinta dia. Sayang dia. Bagaimana aku harus mengatakan? Aku sayang padamu? Aku cinta padamu? Bagi dia adakah itu mencukupi? Aku tidak tahu dan apa yang aku tahu aku mencintai dia sepenuh hati aku.

Mungkin ia seperti cerita lama. Ungkapan membawa seribu makna. Aku lebih suka memerhati dan bermain dengan kata. Aku ingat kata seorang temanku, "Mereka menang bila dapat mengalahkan kita." Bagi aku, kalah menang aku tidak peduli. Aku hanya mengalah demi dia. Demi orang yang ku cinta. Adakah itu kesalahan besar wahai temanku?

Ego tidak membawa kita ke mana-mana. Ego hanya mencetuskan perbalahan pendapat. Tanpa ego pun boleh lagi nak hidup dan berjalan-jalan, kan.

Selasa

Hari ni hari terakhir aku becuti setelah hampir 6 hari aku bercuti. Bosan juga cuti lama-lama ni. Aku dah tak tau nak buat apa.

Tanganku dah hampir baik walaupun agak hodoh rupanya. Amaran kerajaan Malaysia, berhati-hati menggunakan air panas.

Emosi ku seperti cuaca di pagi hari. Mendung. Masih memperjudikan samada hujan ataupun akan panas kembali. Hujan ataupun panas ku tak harap ke duanya. Mendung lagi indah kerna angin itu pasti sangat banyak.

Ahad, Disember 26

Lanun ke Bola Sepak Amerika

Dari kisah pengembaraan lanun, aku ke kisah perjuangan sekumpulan pasukan bola sepak Amerika yang bernama Deimon Bat Devil. Kisah yang agak menarik dan mungkin juga aku sukakan kisah-kisah pengembaraan dan perjuangan rakan sepasukan dari kisah gadis comel atau pun cinta.

Khamis, Disember 23

22 Dec

Apa yang menarik dengan 22 Dec ni?

Bagi aku ia mungkin tarikh yang patut aku letakkan di dalam letakkan di dalam kalender aku.

22 Dec

Aku baru dapat tahu yang Din Pisang dah kahwin dan ada anak yang berusia 8 bulan. Nampak sangat aku dah lama tak jumpa dia.

22 Dec

Hari lahir Mohd Nur Aswad yang ke-30. Aku telefon dan mengucapkan selamat hari lahir tuk dia. Dari suaranya seperti dia terkejot. Makin tua hang la ni. Bila nak kahwin bro?

22 Dec

Tahniah pada Asyraan Al-Hosnainn dan Nor Salwa kerana dah dapat seorang anak perempuan. Aku telefon tuk bertanyakan tentang hal perubatan dan dia mengkhabarkan berita gembira itu pada aku. Suara yang sangat gembira. Selamat jadi papa Yan.

Kenapa nescafe?

22 Dec

Kesluruhan tapak tangan kiri aku kepanasan selepas air nescafe yang aku bancuh di dalam jug keetle tertumpah di tanganku. Menyebabkan aku tertidur di sinki selama 2 jam. Terima kasih pada Pali sebab habiskan semua air tanpa tinggalkan aku segelas cawan tuk aku.

22 Dec

Hati tuk pelbagai perasaan. Segala perasaan menjadi satu. Itulah manusia. Yang tak dapat lari perasaan.

Rabu, Disember 22

Hari Berperasaan

Kita seringkali meluahkan ekspresi pertama kita apabaila di duga. Kita seringkali terlupa tuk menyembunyikannya dan tanpa di sedari kita sedang di duga. Kenapa kita mesti melompat atau terjatuh apabila terdengar suatu berita atau khabar? Berita itu hanya tuk tika itu. Bukan tuk esok, lusa atau pun akan datang.

Aku cuba menduga di pagi hari dan apa yang aku dapat hanyalah, aku salah menduga. Tiada kata semangat tuk aku hari ini. Hanya kerana beberapa perkataan, yang aku pernah aku lakukan di tempat aku dahulu.

Jauh di sudut kecil hatiku tersembunyi satu perasaan.

Dalam masalah aku mencari masalah.

Aku bukan di tempat aku. Aku sangat jauh dari tempat aku. Aku masih di dalam ketidakstabilan. Mungkinkah aku berbuat begitu?

AKu gembira apa yang aku lalui sekarang. Aku pernah begini sebelum ini. Mengajar aku bahawa hidup tidak semudah A B C. Aku begini dan aku takkan terus begini.

Kenangan menghantui aku. Aku teringatkan akan bersiar di malam hari dari Bandar Baru, ke Tanjong, Chemor, Tasek, Bercham dan kembali ke Bandar Baru bersama Azrol. Aku teringatkan waktu aku berniaga goreng ayam di serata Ipoh. Aku teringatkan CC Azim tempat aku bermain Counter-Strike. Aku teringatkan lepak di Yik Foong selepas balik sekolah dengan Bury, Bani, Amir dan Azrol lalu berjalan kaki dari Bercham ke Bandar Baru. Aku teringatkan Mat Juan, PCP, Lan Pisang, Ata, Yop dan Din Pisang waktu melepak di Kedai Abe. Aku teringatkan akan Cure, Kein, Zul Hantu, Panjang, Mie, Boo, Pitot, Mirul waktu aku bermain Dota. Waktu menikmati angin dan kek di Taman DR. Dan aku sangat gembira hari ini bila kawan aku telah bernikah dan dapat seorang anak. Walaupun aku lewat setahun tuk mengetahuinya. Aku bersyukur dia telah berubah. Aku sangat berperasaan hari ini!!

"Yo Din, aku masih terkejut dan akan terkejut sampai aku jumpa hang nanti. Hidup ni memang indahkan."

Jumaat, Disember 17

Aku Benci Dia

Semakin hari semakin benci aku mendengar suaranya
Suara yang buat kaki tanganku ringan nak ke tubuhnya
Melihat wajahnya membuatkan aku terasa mual dan loya
Oh ya,
Aku tengah demam sekarang
Seperti ingin muntah di mukanya

Aku tidak mengerti
Puas aku fikirkan
Apa salahku padanya

Aku tidak pernah sesekali cuba mengorat anak buahnya
Masakan bisa aku mengorat sedangkan aku tak punya perasaan

Aku mampu bertahan
Sampai bila
Tidak ku pasti

Andai kemarahanan menguasai jari jemariku
Jangan ditanyakan kenapa dan mengapa

AKU MANUSIA BIASA

Isnin, Disember 13

Kisah Hari Isnin

Aku mulakan hari Isnin dengan menyudahkan proses AVG yang aku download sebelum aku tidur. Bitdefender dah tak stack dengan laptop aku.

Pagi yang penuh bersemangat tuk berkerja di bantutkan dengan perbalahan kecil antara aku dengan seorang Leader. Aku cuma nak membuang masa. Pertanyaanku pada seorang pekerja lama di balas dengan perlian dari Leader department itu. Mungkin dia takut sekiranya aku buat kerja tu akan ada banyak kesilapan. Dia tidak mahu bertanggungjawap? WTF! Tak ingin pun aku nak buat.

AKU CUMA NAK MEMBUANG MASA!!

Rabu, Disember 8

Kunci oh Kunci

Pagi ni aku rasa marah betul. Aku tak boleh pergi kerja semata tiada kunci. Sialan la semua ni. Bila di tanya kata tak nampak. Aku di tuduh orang terakhir pegang.

Bullshit!

Aku tak bangang lagi nak bawa kunci kalau ada orang kat rumah. Aku nampak lagi ada orang kat rumah. Kunci tu ada kat kawasan laptop aku. Yang kau gatal kemas kenapa?
Menyusahkan aku betul. Siapa nak bayar gaji aku hari ni?

B A N G A N G ! ! !

Sabtu, Disember 4

Game + (-Emotion) = Chaos

Ada apa yang boleh dapat kemarahan? Kepuasan? Kesenangan? Atau pun hanya menambah kesengsaraan? Mana letak otak? Di lutut ke? Kepala ke? Atau pun di tinggalkan di rumah? Oh, aku terlupa. Emosi bukan terletak di kepala. Emosi terletak pada hati. Hati dah habis buat masak lemak kot.

Aku pernah terdengar Fadzilah Kamsah berkata, "Marah itu api, api itu syaitan. Syaitan itu api, api itu marah. Bukankah ia sama?"

Bagi aku, marah kena la pada tempatnya. Tak payah la sampai nak merosakkan harta benda. Mampu tak mampu bukan masalah utama. Sekali ia dah terjadi, ia takkan boleh berpatah balik. Andai orang boleh memaafkan, itu sudah bagus. Andai orang takkan maafkan, macam mana?

Setiap orang ada ruang tersendiri. Tak kira la dah kahwin ke, baru mati suami/isteri, pasangan bercinta atau pun yang baru putus cinta. Berikan mereka ruang mereka. Mereka tahu apa itu ABC. Tangan di beri untuk membangkitkan mereka bukan untuk menghancurkan mereka.

Benda dah berlaku. Kau nak buat apa sekarang? Kawan aku ego dan keras hati sebab aku tahu apa yang dah dia lalui. Kalau kau pun tahu apa yang dah dia lalui kenapa kau cuba mengulangi benda dah berlaku?
Powered By Blogger