Tersebutlah sebuah hikayat akan kisahnya seorang pemuda di suatu zaman. Hidupnya biasalah sahaja. Mengerjakan hanyalah sebidang tanah milik keluarganya. Adalah Merah nama di berikan emaknya.
Rutin harian hanyalah di kebun. Menebas di sana dan sini. Bila musim buah berkunjung tiba, hasilnya di bawa ke Pasar Rakyat. Bergaullah beliau di sana. Pembesar, bangsawan mahu pun rakyat biasa adil di layannya. Namanya menjadi sebutan jelata.
Hinggalah di suatu pagi. Ternampaklah dia akan seorang gadis. Berdebar hati, rasa tertawan melihat si gadis yang sungguh rupawan. Elok rupanya dan pakainya. Ramahnya melayan sekalian jelata. Mebuat sekeliling tersenyum dan tertawa.
"Golongan bangsawan." fikirnya.
Sejak dari pertemuan itu. Hatinya sudah di tawan. Bermimiplah beliau saban malam. Berkejaran, berlarian di pantai dan taman. Ingin bertanya nama, di lihatnya pakainya, Sepertinya bagai enggang dengan pipit. Masakan boleh terbang bersama. Tiap pagi akan ke pasarlah beliau. Mengharap dapat melihat gadis idaman. Dan bergembiralah beliau di kebun andai dapat bersua dan bermuram durjalah andai tidak dapat bersua.
Bertanyalah beliau pada Pak Hitan, si penjual ikan sungai. Ingin mengetahui akan si perihal si gadis rupawan. Tertawa mengeluar air mata Pak Hitam mendengarnya.
"Gadis rupawan siapa tidak kepingin." ujar Pak Hitam.
Seri Ungu namanya akan si gadis itu. Anak kepada bangsawan namanya Seri Puteh. Tersohor akan namanya di pelusuk negeri. Kapal dan sampan hasil dagangannya.
"Lupakan Seri Ungu wahai Merah." pesan Pak Hitam. "Masakan bisa kamu milikinya. Sudah berpunya dan akan berkahwin. Carilah kamu akan orang lain wahai Merah." tambah Pak Hitam.
"Masakan bisa Merah melupakannya Pak Hitam. Siang dan malam sentiasa di hati. Tidak adakah caranya Pak Hitam? Merah sangat menyukainya." dia meluahkan segalanya.
"Rakyat biasa yang rupawan memilih bangsawan inikan pula bangsawan, Merah. Ada yang tidak memilih. Ingin mencarinya sukar. Kamu seorang yang rajin Merah. Pasti ada yang sudi menerima kamu. Andai Seri Ungu takdirmu. Ia akan tetap milikmu Merah. Andai dia buka milikmu. Doakan kebahagiannya. Itu lagi bagus dari kamu tersimpang Merah." Pak Hitam berkata.
Kembalilah beliau ke asalnya. Mebanting tulang dan berkeringat. Pesanan Pak Hitam di turutinya bulat.
Dan hadirlah beliau ke majlis Seri Ungu. Di bawakannya hadiah dan di doakannya agar mereka bahagia.
