Bila di jemput menghadiri ke majlis budak outdoor ni sebenarnya aku sangat segan. Dah 5 tahun aku berhenti. Kesibukan mengatasi segalanya. Dan bila Palan menjemput, aku setuju tanpa berfikir. Teruja nak jumpa kenalan lama amat menebal.
Memandangkan rumah Palan ni depan rumah aku, aku tak payah nak bangun awal sangat. Perjalanan dari utara ke selatan di pandu oleh bini Palan, Cik Nini, dua orang anak mereka dan Amy. Aku tak kenal Amy ni. Katanya anak Tojol. Pak dia punya nama. Sampai ke selatan dalam tengah hari. Berjalan sana dan sini mencuci mata. Kurus pahala ibadah aku tengok macam-macam. Penat melayan anak Palan ni. Agak hyper aktif. Macam tak pernah penat.
Kami sampai ke destinasi dalam pukul 4 petang. Pertama kali berjumpa Mus selepas 4 tahun tak jumpa. Kebetulan sampai pulak Boy dan.....ok aku tak kenal mereka. Kata Palan, penganjur majlis.
Dengan bertemakan baju melayu dan ada beberapa kerat baju biasa-biasa, seorang demi seorang datang. Boleh kata 80% aku tak kenal. Kah kah kah. Ada yang baru, ramai yang lama. Mungkin aku tak sempat bergaul dengan mereka dulu. Ketika ini, hanya berkaitan outdoor sport akan kedengaran. V2, trans, racer dan bermacam lagi. Ada la sikit bosan bila tak pernah sampai tempat yang mereka perkatakan.
Majlis tamat pukul 10 lebih. Kami ke rumah abang Palan, Li Kom Li aka Shalani. Berehat sebentar sebelum kembali melepak di luar. Bermacam di bicarakan. Damn! Tak semua tempat pernah aku sampai. Rugi tinggal handphone kat rumah Li.
Pulang dalam pukul 4 dan bersahur sebelum sambung tidur dan bangun pukul 11. Keluar dari rumah Li dalam pukul 1 sebelum beramai-ramai ke kompleks membeli belah. Waktu ni aku mental aku rapuh. Esok aku kerja pagi, dan aku masih di ibu kota pada jam 4.
Sampai ke Ipoh jam 6. Masih dalam mood santai+mental rapuh, kami ke bazaar mencuci mata. Sampai di rumah mood masih barai dan berbuka lagi di rumah. Selepas berbuka, adik ku menghantar ke Aman Jaya dan bernasib baik ada bas terus ke pulau.
Pukul 12 30 aku sampai ke rumah, selepas melalui 4 negeri. Kepenatan. Kepuasan. Semua tersemat dalam memori. Oh ya! Kembali jumpa Ngai selepas lebih 5 tahun juga satu memori.
