Sabtu, Mac 24

pening

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

"Tolong aku Mael. Kepala aku macam nak pecah ni. Aku tak boleh nak tahan dah." kata Man pada Mael.

"Kau tu degil sangat. Aku dah pesan banyak kali tapi kau degil." endah tak endah Mael berkata.

"Please Mael. Im begging you. Aku dah tak tahan ni. Tolong aku Mael. Tolong." rayu Man.

"Kejap aku nak fikir. Ermmmm." Mael mula berfikir.

"Kau jangan la kejam dengan aku Mael. Aku kan kawan kau." Man masih lagi merayu-rayu.

"Yela-yela. Aku pergi beli panadol sekarang. Kau ni betul la menyusahkan aku. Aku dah ingatkan banyak kali suruh stand by panadol tapi kau tak jugak beli-beli. Dah sakit macam ni aku jugak la kena beli. Aku luku gak kepala kau tu biar tambah sakit lagi. HUH!" Mael mula merepek.

"Hihihi. Nasi lauk ayam dengan nescafe o ais sekali ye Mael. Nah RM10" Man menambah pesanan.

"Kau ni kan!"

Rabu, Mac 14

ragam

"Kau nak tau Ra, semalam aku nak pergi makan kat satu foodcourt tu. Nak rasa la western food. Aku punya la syok pilih menu. Tanya itu, tanya ini. Kau tau apa jadi lepas tu Ra." aju Ya pada Ra.

"Apa jadi lepas tu Ya?" tanya Ra.

"Dia jawap semua dah habis." jawap Ya.

"WHAT!" Ra terkejut.

"Aku punya angin satu badan. Aku maki-maki orang tu. Tanya nak meniaga ke tak? Dah la buat muka taik waktu cakap tu. Cuba dia cakap semua dah habis waktu aku pilih tu. Tak lah aku nak angin sangat." Ya meluahkan apa yang terpendam pada Ra.

"Sabarlah Ya." Ra memujuk Ya.

"Aku geram sangat kalau teringat semalam." ujar Ya yang masih lagi tidak berpuas hati.

"Manusia punya pelbagai ragam. Ragam rencah dalam kehidupan kita Ya. Sabar ye Ya." Ra menasihati sambil memujuk Ya.

"Ragam yang buat aku rasa nak campak-campak mereka ke dinding." Ya berkata sambil memandang ke arah pelangi.

Sabtu, Mac 10

kertas

Aku memandang ke luar. Malam ini agak terang. Di penuhi bintang-bintang dan sinaran cahaya bulan penuh. Sangat indah. Dan keindahan ini masih tidak mampu menenangkan hatiku yang gundah.

Aku keluarkan sebatang rokok dan membakarnya.

Fuhhhh!

Asap rokok membelah gelap malam. Nikmatnya, bila dalam tekanan dapat menghisap sebatang rokok. Ada kepuasan.

Dunia semakin sukar. Untuk pergi ke universiti, kita perlukan sekeping kertas yang menyatakan kita layak memasuki universiti itu. Kita bertuah bila kita dapat jurusan yang kita hendaki, kurang bertuah bila tidak dapat jurusan yang di hendaki tapi kita tetap ambil ia. Walaupun kita tidak berminat. Bila sudah habis belajar, kita mencari pekerjaan. Mereka memilih dengan melihat apa yang ada pada kertas dan berapa keping kertas yang kita milki. Sesudah dapat kerja, tiap bulan kita perlukan lagi kertas. Kertas-kertas bernilai untuk kita bayarkan segala macam hutang.

Kertas-kertas itu buatkan aku rungsing. Sangat rungsing sampai menganggu tidur, makan dan berak aku.

Ingin sahaja aku masuk kembali ke dalam perut ibu dan berkata, "Dunia ni kejam bu, saya tak nak keluar."

Rabu, Mac 7

LAGU

Andai ada jodoh. Maka, aku berserah padaMu. Hanya Kamu mengetahui, aku hanya merancang.

Jumaat, Mac 2

membaca

Ayah seorang yang sangat tegas. Garang lak tu. Aku dah puas merasa penangan ayah. Ya, aku sangat nakal kecil dahulu. Cuma, ayah tak pernah bagi penampar. Aku bersyukur.

Aku ingat lagi, masa tu darjah satu. Baru balik sekolah. Penat.

Ayah keluar dari bilik.

"Abang, ayah nak kamu baca ni sampai habis." Ayah mengarah sambil berikan akhbar kat aku. "Selagi tak habis tak boleh makan malam."

OMG! Masa tu aku rasa nak nangis. Aku cuba buat muka simpati. Ayah seperti biasa, tanpa ada sedikit belas, makan tanpa pedulikan aku. Betul punya tiada perasaan.

Aku terkulat-kulat mengeja, menyebut tiap patah perkataan. Air mata mula menitis.

Ibu datang dan berkata, "Dah la tu. Tak tahu tak payah baca. Jom makan. Ibu temankan abang. Sudah-sudah la tu nangis. Orang lelaki mana boleh nangis." Ibu terus menerus memujuk aku.

Dari sejak peristiwa itu, aku terus gila membaca. Aku membaca apa sahaja. Terima kasih ayah. Walaupun waktu tu ayah sangat kejam macam Zionis.
Powered By Blogger