Aku memandang ke luar. Malam ini agak terang. Di penuhi bintang-bintang dan sinaran cahaya bulan penuh. Sangat indah. Dan keindahan ini masih tidak mampu menenangkan hatiku yang gundah.
Aku keluarkan sebatang rokok dan membakarnya.
Fuhhhh!
Asap rokok membelah gelap malam. Nikmatnya, bila dalam tekanan dapat menghisap sebatang rokok. Ada kepuasan.
Dunia semakin sukar. Untuk pergi ke universiti, kita perlukan sekeping kertas yang menyatakan kita layak memasuki universiti itu. Kita bertuah bila kita dapat jurusan yang kita hendaki, kurang bertuah bila tidak dapat jurusan yang di hendaki tapi kita tetap ambil ia. Walaupun kita tidak berminat. Bila sudah habis belajar, kita mencari pekerjaan. Mereka memilih dengan melihat apa yang ada pada kertas dan berapa keping kertas yang kita milki. Sesudah dapat kerja, tiap bulan kita perlukan lagi kertas. Kertas-kertas bernilai untuk kita bayarkan segala macam hutang.
Kertas-kertas itu buatkan aku rungsing. Sangat rungsing sampai menganggu tidur, makan dan berak aku.
Ingin sahaja aku masuk kembali ke dalam perut ibu dan berkata, "Dunia ni kejam bu, saya tak nak keluar."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan