Jumaat, September 28

Manusia. Kadang terlupa. Bukan sengaja. Tidak sempurna.

Maafkan aku.

Jumaat, September 7

dunia sendiri

Semenjak dua menjak ni aku sibuk dalam dunia aku. Aku tak ambil port kat dunia luar. Jangan tanyakan aku hal semasa. Sumpah aku tak tau apa-apa. Kerja, untuk melengkapi hawa nafsu dunia. Membaca dan main games tika waktu cuti, melengkapi nafsu yang membuak dalam diri aku.

Kadang-kadang rasa macam senang sangat hidup ni. Aku rasa. Kadang-kadang tersangat palat. Aku terasa.

Ahad, September 2

Merdeka 2012

Tak merancang ingin ke Kuala Lumpur pun asalnya. Farid mengajak sebab ingin hantar kereta ke rumah makciknya sambil ke rumah gadisnya di Teluk Intan. Ok. Aku tahu jalan Teluk Intan dan sebab itu Farid ajak aku.

Bagi aku Merdeka di mana-mana sama saja. Artis, bunga api, rempit, sorakan orang ramai. Tak pernah berubah dari aku kecil sampai aku besar sekarang. Perjuangan orang dahulu di sambut dengan gembira oleh orang sekarang. Agak-agak kalau Maharaja Lela, Tok Gajah, Tun Perak, Hang Tuah hidup balik, mesti mati la tu jugak. Terkejut dengan budaya orang sekarang.

Aku lagi terkejut bila ada orang seperti menganggap aku baru pertama kali ke ibu kota. Mereka mempersoalkan sama ada aku mampu pulang atau tidak. Seperti aku akan terkandas di sana. F! Aku bukan baru pertama kali ke sana. Dan aku punya ramai kawan kawan kat sana. Bukan aku nak cakap besar. Ini realiti. Dari budak sekolah, ke kawan kolej, ke budak outdoor, ke kenalan internet yang pernah aku jumpa. Banyak di sana. Orang kampung tak payah cakap. Ramai. Saudara mara, lagikan. Aku tak mati kat sana kalau aku pergi sehelai sepinggang. Ini juga bukan cakap besar. Aku cuma terkecil hati di persoalkan begitu. Dari habis sekolah sampai sekarang aku tetap ke ibu kota. Mungkin aku tak menetap di sana seperti mereka, aku juga mungkin tak tahu selok belok jalan di sana. Tapi kalau awam tu, bolehlah sampai mana nak di tuju. Betul dah tua aku ni sampai benda kecil boleh terkecil hati.

Berbalik pada Merdeka. Aku, Farid dan Kimi menikmati bunga api di KLCC. Aku rasa tak segempak waktu aku tengok bunga api awal tahun baru yang lepas. Bezanya cuma orang yang terlalu ramai dan banyak pelancong. Cuma tahun ni aku tak nak berfikir. Aku mahukan ketenangan. Kebebasan. Oh ya, aku juga rindukan seseorang.
Powered By Blogger