Sabtu, November 30

Pantun 9

Sembilan satu dua tiga,
Menemani kakak mengait raga,
Tiap masa asyik berlaga,
Aku pun bosan memasang telinga.

Pantun 8

Lapan sembilan satu dua,
Tercari keldai sampai ke gua,
Bukan sekadar ingin bersua,
Moga izinNya sampai ke hari tua.

Pantun 7

Tujuh lapan sembilan satu,
Nak cari uban terjumpa kutu,
Macam mana nak hadap Dia yang Satu,
Kalau hidup asyik bersekutu.

Pantun 6

Enam tujuh lapan sembilan,
Banyaknya masa habis di jalan,
Kalau rasa hendak berkenalan,
Empunya diri namanya Nuraslan.

Pantun 5

Lima enam tujuh lapan,
Melompat Atok kerana si lipan,
Tak salah mengejar apa di hadapan,
Moga tidak melakukan kesilapan.

Pantun 4

Empat lima enam tujuh,
Meraung budak angkara terjatuh,
Bukan niat hendak berjauh,
Hanya tidak mahu bergaduh.

Pantun 3

Tiga empat lima enam,
Asal manusia dari Adam,
Pekak kan tuli kan jangan di hadam,
Agar tidak kita terus jahanam.

Pantun 2

Dua tiga empat lima,
Teringin tekak kan buah delima,
Moga kita selalu bersama,
Di lupakan segala kisah yang lama.

Pantun 1

Satu dua tiga empat,
Manakan sama tupai melompat,
Marilah rapat marilah dekat,
Agar rindu dapat terubat.

Rabu, November 13

Kosong

Bila kekosongan begitu terasa, pasti akan ada kawan datang menyapa.

Bila kekosongan begitu terasa, pasti akan ada lawan yang mengata.

Bila kekosongan begitu terasa, Dia selalu ada.

Sejarah & Dendam

Manusia selalu mengulangi sejarah, mengulangi, mengulangi dan mengulangi. Manusia tak pernah belajar dari sejarah.

Manusia lupa akan dendam itu ada di mana-mana tatkala mereka mengulangi sejarah. Tidak hari ni, esok pasti sejarah akan berulang.

Dan sejarah itu hanya akan tinggal di dalam kamus. Di cari di kala ingin mencari maksud apa itu sejarah.

Dendam itu akan berleluasa. Dari sekecil-kecil anak hingga ke orang tua bertongkat kayu.

Sejarah hanya tinggal sejarah. Dendam semakin membara.

Jumaat, November 1

Soalan jawapan

Kadang-kadang kita bertanya, 'Apa babi semua ni?'

Kita masih tidak dapat jawapan.

Apa babi semua ni?

Rabu, Oktober 30

Oh kopi

Kopi.
Tanpa pernah jemu menghilangkan kedahagaan pada tekak.
Tanpa pernah jemu berdamping di saat burung keluar di pagi hari.
Tidak pernah jemu di samping tika menjelang dinihari.

Kopi.
Si hitam likat pahit.
Di tambah gula jadi la kopi o.
Di bubuh susu jadi la kopi susu.

Kopi oh kopi.
Aku rindukan aroma mu.
Aku rindukan pahit mu.
Aku rindukan kelat mu.

Oh kopi.

Selasa, Oktober 15

Korban

Aku berlegar-legar di pusat membeli belah. Melihat akan kecantikan tuhan. Ada yang bertutup. Ada yang menayang. Aku perhatikan mereka. Aku melihat juga kecantikan buatan manusia. Ada yang mahal. Ada yang murah.

Tiba-tiba, ada suara menegur,

'Ni Abang Atan ke?'

Aku terkejut.

'Ye saya.'

Lalu menoleh.

Gadis!

'Eh! Ni Ain kan?'

Gadis bernama Ain itu hanya tersenyum dan aku meneruskan kata,

'Maaflah, awal bulan 12 nanti tak dapat datang kenduri Ain. Kerja malam. Kalo ambil cuti pun tak sempat.'

Ain masih tersenyum.

Selang beberapa saat kemudian dia berkata,

'Abang Atan kalo berambut pendek mesti handsome.'

Dan Ain berlalu pergi selepas tanpa mengucapkan selamat tinggal atau jumpa lagi.

.....................................................

Aku tersedar dari mimpi. Babi! Mimpi rupanya. Nampaknya aku perlu berkorban hari ni...

Selasa, Oktober 8

Sempurna?

Bila mereka menunjukkan kepandaian mereka, aku hanya mengangguk. Mengiyakan tidak, menidakkan pun bukan. Dan bila terpamer akan sedikit kebodohan mereka, aku tersenyum. Tersenyum aku di buatnya.

Tiada yang sempurna woi!

Aku, dia, kamu, mereka mungkin akan betul.

Mungkin akan salah.

Kain pelikat la la la la. Kain pelikat la la la la.

Dari ayah kepada anaknya mengharapkan anaknya dapat menggunakan tika menunaikan tanggungjawap. Si anak mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sejujurnya aku mana reti pakai kain pelikat ni. Dari dulu lagi aku cuba. Berkesudahan semua jadi kain selimut aku.

Jumaat, September 27

Ujian

Kau tanya aku benda apa yang paling menyakitkan?

Bila kau hanya mampu melihat, kelu untuk berkata-kata dan di dalam hati kau berdoa, 'Semoga esok kembali seperti sediakala.'

Jumaat, Ogos 2

Awak

Hai awak.
Ye, awak la.
Awak..
Saya ada sesuatu nak bagi tahu.
Tapi.. ...
Tapi saya malu.
Tengok muka saya, dah merah.
Ok. Ok.
Saya...
Saya....
Saya...
Saya rasa....
Saya rasa saya nampak kotoran kecil di atas bibir comel awak.....................

Rabu, Julai 31

Berbuka bersama outdoor geng

Bila di jemput menghadiri ke majlis budak outdoor ni sebenarnya aku sangat segan. Dah 5 tahun aku berhenti. Kesibukan mengatasi segalanya. Dan bila Palan menjemput, aku setuju tanpa berfikir. Teruja nak jumpa kenalan lama amat menebal.

Memandangkan rumah Palan ni depan rumah aku, aku tak payah nak bangun awal sangat. Perjalanan dari utara ke selatan di pandu oleh bini Palan, Cik Nini, dua orang anak mereka dan Amy. Aku tak kenal Amy ni. Katanya anak Tojol. Pak dia punya nama. Sampai ke selatan dalam tengah hari. Berjalan sana dan sini mencuci mata. Kurus pahala ibadah aku tengok macam-macam. Penat melayan anak Palan ni. Agak hyper aktif. Macam tak pernah penat.

Kami sampai ke destinasi dalam pukul 4 petang. Pertama kali berjumpa Mus selepas 4 tahun tak jumpa. Kebetulan sampai pulak Boy dan.....ok aku tak kenal mereka. Kata Palan, penganjur majlis.

Dengan bertemakan baju melayu dan ada beberapa kerat baju biasa-biasa, seorang demi seorang datang. Boleh kata 80% aku tak kenal. Kah kah kah. Ada yang baru, ramai yang lama. Mungkin aku tak sempat bergaul dengan mereka dulu. Ketika ini, hanya berkaitan outdoor sport akan kedengaran. V2, trans, racer dan bermacam lagi. Ada la sikit bosan bila tak pernah sampai tempat yang mereka perkatakan.

Majlis tamat pukul 10 lebih. Kami ke rumah abang Palan, Li Kom Li aka Shalani. Berehat sebentar sebelum kembali melepak di luar. Bermacam di bicarakan. Damn! Tak semua tempat pernah aku sampai. Rugi tinggal handphone kat rumah Li.

Pulang dalam pukul 4 dan bersahur sebelum sambung tidur dan bangun pukul 11. Keluar dari rumah Li dalam pukul 1 sebelum beramai-ramai ke kompleks membeli belah. Waktu ni aku mental aku rapuh. Esok aku kerja pagi, dan aku masih di ibu kota pada jam 4.

Sampai ke Ipoh jam 6. Masih dalam mood santai+mental rapuh, kami ke bazaar mencuci mata. Sampai di rumah mood masih barai dan berbuka lagi di rumah. Selepas berbuka, adik ku menghantar ke Aman Jaya dan bernasib baik ada bas terus ke pulau.

Pukul 12 30 aku sampai ke rumah, selepas melalui 4 negeri. Kepenatan. Kepuasan. Semua tersemat dalam memori. Oh ya! Kembali jumpa Ngai selepas lebih 5 tahun juga satu memori.

Sabtu, Julai 27

Puasa woi!

Pejam celik dah tengah bulan Ramadhan. Kejap je aku rasa. Ok aku tipu. Kejap sebab aku banyakkan habiskan waktu siang dengan tidur. Kah kah kah kah.

Sabtu, Jun 29

Senyumlah


Hei.

Senyumlah selagi yang termampu.

Agar orang di sekeliling tertipu dengan senyuman itu.

Agar yang lara tidak terpamer pada mereka.

Senyumlah.

Agar boleh aku berpura tertipu seperti mereka.

Senyumlah.

Agar hilang kesangsian aku pada kamu.

Senyumlah.

Aku gembira melihatnya.

Selasa, Jun 25

Sukan

Apa itu SUKAN?

Kalau di tanyakan pada sudut positif aku, sukan adalah satu bentuk riadah yang menyihatkan fizikal dan mental. Dan pada sudut negatif aku pula, sukan adalah tempat paling mudah untuk menonjolkan diri sambil mempertaruhkan nasib untuk memenangi hadiah atau pun hati orang.

Sukan itu di pendekkan daripada kesukaan, perkataan yang di cipta oleh ahli bahasa dari Johor sebelum perang dahulu. Lama kelamaan menjadi sukaan tetapi tidak sedap pada sebutan, lalu di ringkaskan menjadi sukan saja. Dari segi asal usulnya sukan itu memang untuj bersukaan. Berseronok-seronok. Jika di adakan pertandingan sekalipun, tujuannya untuk berseronok-seronok pada mulanya. Kemudiannya untuk mendapatkan kemegahan, hadiah-hadiah, sanjungan, bintang-bintang, medal-medal, akhirnya jadilah macam sekarang, sukan di perniagakan. Sukan di jadikan saluran meningkatkan perniagaan. Sukan itu untuk jasmani saja. Sukan tidak menyihatakan badan. Kalau sukan untuk kesihatan, tentu kita tak dengar orang derita kerana bersukan. Dapat bermacam penyakit kerana bersukan. Mana bukti bersukan untuk kesihatan? Orang Islam di suruh beriadah. Orang Islam gunakan istilah riadah untuk melatih tubuh badan dan hati, jiwa dan ruh. Riadah itu untuk jasmani dan rohani sekali. Riadah adalah pesediaan untuk berjihad. Kita di sunatkan berenang, menunggang kuda, belajar memanah, bermain pedang dan lain-lain yang menyihatkan badan dan berguna dalam perang. Untuk bersedia bila-bila masa berjihad mempertahankan Islam. Orang bersukan mungkin sihat tubuh badannya tetapi jiwanya tidak sihat. Orang beriadah sihat tubuh badan dan hatinya sekali. Kerana niatnya. Jika kita beriadah, kita telah meletakkan ukuran-ukuran tertentu yang membuat kerja-kerja kita dapat faedah zahir dan batin. Orang beriadah sihat jasmani dan rohani. Orang bersukan seksa diri dan kontangkan jiwanya. - Tok Ayah, Pujangga Melayu.

Aku bersukan hanya untuk berseronok dan mencari kepuasan untuk diri.

Sumpah aku rindu nak naik gunung balik.

Rabu, Jun 12

Selamat Hari Besar Duan

Lama dah tak balik kampung membuatkan aku teruja nak balik kampung. Lebih-lebih lagi bila semua makcik pakcik aku pun balik. Dah lama sangat tak jumpa sekali semua.

Dan lebih teruja bila aku nak menjejakkan kaki aku ke rumah arwah Mak Long aku ni. Betul teruja.
Berbelas tahun dulu, sinilah rumah yang mengenalkan aku apa itu Dragonball, Doraemon, Misteri Naga dan komik-komik dari Hong Kong. Di sini juga aku pernah belajar melukis....errr sampai sekarang tak reti-reti. Di sini juga aku bermain permainan video. Di sinilah segalanya.

Dan menjadi masalah bila aku tak berapa kenal muka lain. Kah kah kah. Maafkan aku saudara-saudari sebelah atok.

Selamat Hari Besar Duan. Semoga selamanya.

Khamis, Mei 23

Good luck buddy!

Perpisahan tu lumrah dunia. Bila ada pertemuan pasti akan perpisahan. Tak kira la sementara atau selamanya.

Aku jenis payah nak rapat dengan orang. Bila dah rapat maka aku mempercayai mereka.

Sekarang aku rasa kehilangan kawan. Pergi merantau sampai ke Pahang pulak tu. Tiada lagi teman rehat di waktu kerja, tetamu yang kerap menyinggah ke rumah bujang aku. Dan aku sedikit terkilan tak dapat lepak dengan dia. Sial la kau ni, yang phone tu tinggal kat rumah buat apa. Kalau tak mesti aku tak pergi kerja lebih masa!

Untuk mengatakan selamat tinggal, aku hanya ucap pada yang pergi selamanya. Moga di kelapangan pada masa hadapan kita boleh melepak macam dulu.

Sabtu, Mei 4

Angkara Jeruk

Seorang kawan mencadangkan ke tempatnya untuk membeli jeruk selepas habis kerja nanti. Kerja malam bero. Mana tidor lagi ni!

Buat pertama kali, aku pertama kali menjejakkan ke Kuala Kurau. Sumpah dulu aku ingat Kuala Kurau ni dekat dengan Batu Kurau. Jauh rupanya. Niat nak beli jeruk pesanan keluarga dan terus pulang. Terbantut.

Perjalanan di penuhi dengan bendera-bendera parti. Hijau, biru, biru muda dan merah putih di sana sini. Meriah! Belum di kira lagi dengan konvoi dari pengikut parti yang setia. Menghiburkan suasana sepanjang perjalanan.

Aku dah di ajak berkali-kali. Aku sendiri menolak. Dari mulut si kawan, boleh di rasa keluarganya peramah. Aku si pemalu.

Suasananya indah. Aku teringat kampung di Teluk Intan. Penuh dengan sawah padi. Dan agak dekat dengan Selat Melaka. Bersebelahan pula dengan Sungai Kerian. Tiada kata boleh aku katakan betapa indahnya daerah ini.

Aku di jamu sarapan dengan kari ikan siakap emas. Sembilang habis. Terlewat itu norma manusia. Aku bukanlah jenis yang reti makan ikan bersaiz besar ni. Di potong kecil apatah lagi. Lapar. Makan. Kari yang sedap, itu yang boleh aku katakan. Aku bukan penggemar kari.

Melepak di rumahnya. Si bapak membuka bermacam cerita tentangnya. Di hidangkan air dan 2 pinggan buah pelam. Cibai hang Ngah. Hang paksa kami makan lagi!

Hampir sejam berborak. Dengan penuh adab, kepulangan di pinta. Berbekalkan jeruk Pak Ijai dan perkasam. Kami keluar meninggalkan bumi Kuala Kurau menuju ke Ipoh.

Walaupun singkat, aku dah memangkah satu tempat yang tak pernah aku sampai. Terima kasih jeruk!

Sabtu, Mac 23

Teater 2

Minggu lepas. Lebih kurang masa yang macam ini. Ya, yang macam ini. Aku pergi menonton teater buat kali kedua. Selepas Kotak Hitam di Stor Dewan DBP.

Teruja sebenarnya. Aku tahu pun selepas terbaca di akhbar dan kebetulan rakan serumah aku juga salah seorang pelakon. Mulanya keseorangan dan selamat Mat dan Din sudi menemankan aku.

Bertajukkan Zeus : Rise Of The Dead, aku mengharapkan aku tidak kecewa.

Hermes betul buat aku tergelak. Setiap kali dia berkata, perkataan DIUMUMKAN akan kerap menjadi pemula kata. Babi lu Hermes! Apollo dengan gaya party people nya. Ares, ok memang sesuai dengan wataknya. Zeus, di bawa oleh seorang mamu. Zeus berkulit gelap? Hahahaha. Hera, cantik. Hades tak kurang lawaknya. Poseidon? Tiada. Aku nak nangis tiada watak Poseidon. Hercules, gagah. Dan Manap. Manap? WTF!

Cerita bermula bila Mount Olympus menyambut hari raya. Ke semua watak berkumpul dan bermaafan. Dan juga sesi memberi BR1O atau Bantuan Rakyat 1 Olympus. Kepulangan Hercules mengemparkan mereka. Dan lagi gempar bila Hercules membawa Manap pulang ke Mount Olympus. Dan lagi gempar bila Manap membawa virus zombi ke Mount Olympus. Di akhir cerita, semua menerkam Zeus dan cerita berakhir di situ.

Untuk sebuah komedi, aku betul terhibur. Sangat terhibur. Untuk moral, aku tak nampak apa yang patut di teladankan. Damn!

Jumaat, Mac 15

Madah

Kalau aku bermadah hal cinta, aku di gelar seorang pencinta.

Kalau aku bermadah hal kerajaan dan pembangkang, aku di tuduh berpolitik.

Kalau aku bermadah perihal babi dan anjing, mereka memarahi aku. Tidak elok katanya.

Kalau aku bermadah tentang agama, mereka diam walaupun kadang kala mungkin ia tidak benar.

Hoi!

Manusia normal mengunakan segala tema di dalam dunia ni. Mengikut situasi dan masa.

Mungkin tema cinta untuk ibu dan bapanya bukan kekasihnya.

Mungkin tema politik untuk badan kecil di tempat kerjanya bukan kerajaan atau pembangkang.

Mungkin tema babi dan anjing untuk meluahkan perasaan geramnya.

Mungkin tema agama untuk dirinya sentiasa mengingati siapa dirinya. Bukan untuk orang jahil di luar sana.

Meet Kila

'Man. Kau ke tu?'

Perempuan? Aku lalu menoleh ke belakang.

'Eh! Kau ni Kila kan? Lama betul tak jumpa kau. Sihat ke?

'Hahahaha. Aku sihat. Jom ke rumah kau. Aku nak masakkan makanan tuk kau.'

Biar betul minah ni?

'Tak sangka aku kau ni reti masak Kila. Menyelerakan pulak tu.'

'Apa kau ingat aku bergelumang dengan buku aku tak reti masak ke Man? Tolong sikit.'

'Sorry Kila. Sedap!'

'Man, aku balik dulu.'

'Aku hantarkan kau.'

'Tak payah susah-susah Man. Public transport banyak. Kau makan bagi habis.'

'Kauuuuuuuu................'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KRINGGGGGGGGGGGGG!

Jam?

Oh tidak!

Mimpi. Aku lapar ni!

Rabu, Februari 27

Bulan Penuh

Pulang dari kerja malam,
terlihat akan bulan penuh.
Opah pernah kata yang aku ni ada kelebihan pada bulan terang.

Isnin, Februari 25

Sakit Mata

Lama dah tak rasa sakit mata. Aku rasa kali terakhir aku kena tahun 2009. Harap esok tak ok lagi. Boleh dapat cuti sakit.

Ahad, Februari 3

Pantun Babi

Babi-babi berkeliaran,
Berkeliaran di dalam hutan,
Andai tidak sudi berkawan,
Berkawan la dengan babi hutan.

Khamis, Januari 31

From Me To Me

Sarkastik je tajuk aku kali ni. Kah kah kah.

Kalo nak ikotkan, hari lahir aku dah lama dah lepas. Kesibukan menghalang aku dari meraikan ia. Lagi pun aku kerja malam waktu tu.

Memandangkan hari ni hari terakhir Januari, maka aku pun meraikan untuk diri aku. Bersama Hot White Chocolate Latte dan Choc Indulgance aku menikmati petang ni bersama bayu dari laut.

Isnin, Januari 21

Perasaan

Manusia.
Walaupun tampak keras di mata orang lain,
tipulah tidak punya sisi yang lembut.

Rabu, Januari 9

Merajuk

Si adik kecil merajok.
Mana la si abang reti memujuk.
Di nyalakan sebatang rokok.
Harap ia sendiri sejuk.

Rabu, Januari 2

Tarikh ini kembali

Pejam celik pejam celik tarikh keramat ni kembali lagi. Di tarikh ini pertama kali aku melihat dunia. Di tarikh ini pertama kali aku di laungkan dengan seruan Yang Maha Esa oleh ayahku. Di tarikh ini semua ahli keluarga gembira menyambut kelahiran bayi pertama ayah dan ibu.

Umur meningkat lagi ke 1 angka. Makin banyak akan di tempuh.

Terima kasih pada mereka yang sanggup melayan kerenah bangang aku. Kalian yang rapat memang aku hargai.

Selamat hari lahir yang ke 27 anak sulung Cik Ta dan Cik Lan. Perjalanan itu tidak pasti jauh atau dekat. Selagi bernafas dan berkudrat, tempuhi la ia. Dengan izinNya pasti dapat di tempuhi, tanpa izinNya tidak bererti tuk jatuh tersungkur. 

Semoga rezeki di berkati dan di panjangkan umur.

Amin.
Powered By Blogger