Isnin, September 19

Nota dari Mersing

Aku belajar menyondol ni dari Ryoq. Gunung Peninjau je pun. Dengan berbekalkan sekeping kertas lakaran cakar ayam dari Ryoq, semua selamat sampai puncak.

Itu cerita berbelas tahun lepas. Bak kata orang putih, the rest is history.

Mungkin dah terbiasa menyondol, atau orang lain kata, main langgar. Ia dah jadi tabiat. Main jalan je. Tiada bas, naik keretapi. Tiada keretapi, cari bas ke destinasi terdekat. Tidur kat stesen bas tu jarang-jarang la.

Oh ye, main langgar aku pun, aku bekalkan diri dengan maklumat. Era sekarang, kau google je semua.

Backup plan selalunya kalau benda yang tak di jangka berlaku. Macam aku sekarang. Perancangan nak bertolak pagi esok, tapi terpaksa bertolak malam ni.

Aku tengah nak pikiaq apa aku nak buat malam ni.....

Sabtu, September 17

Tiada kata-kata

Perasan yang berbagai ni sukar betul nak di hadam.

Dalam keterujaan, ada sedih. Dalam kesedihan, ada gembira.

Bayangkan, dalam keterujaan aku nak melihat tempat orang, ada kawan aku yang di berhentikan kerja. Dalam kesedihan kekurangan kawan di tempat kerja, ada kawan yang dah selamat dan akan bernikah.

Berbaur perasaan ini.


Powered By Blogger