Khamis, Disember 30

Aku berdialog

PAGI

Leader : Tan! U pergi issue ink ribbon dengan label sticker.

Aku : Kena issue ke benda ni Pheng? Mana nak cari kod item?

Leader : Saya panggil u duduk sini suruh u belajar takkan u tak tahu?

Aku : Saya tak tahu. Tak pernah pun Pali issue benda ni. U takkan tak tahu?

Leader : I tak tahu!

Aku : Kalau u pun tak tahu tunggu minggu depan issue!


Tengahari

Kerani : Gaji akan masuk pada 4hb. Maaf sebab esok semua bank tutup.

Aku : Sial! Tak bertahun baru aku tahun ni.


Petang

Supervisor : Lan, nanti Cikgu nak jumpa u.

Aku : Sekarang ke Man?

Supervisor : Tak, nanti balik kerja u pergi GOTT.

Aku : Ok.

Supervisor : U tools belum dapatkan.

Aku : Yup. Kenapa Man?

Supervisor : U mungkin akan buat kerja di sana nanti.

Aku : Owh.

Di GOTT

Aku : Cikgu ada tak?

Pekerja 1 : Cikgu?!

Pekerja 2 : Cigku? Hihihihi

Pekerja 3 : .........

Aku : Miss Chua?

Pekerja 3 : Dia ada kt office.

Aku : Terima kasih.

Di opis

Ting tong!
Ting tong!
TIng tong!
Ting tong!
Ting tong!

Aku : Fuck! Jadah tol! &^%$*((&%$$#

Selasa, Disember 28

Zaman Kecil

The was a farmer had a dog
And bingo was his nama-o
B I N G O
B I N G O
B I N G O
And the bingo was his name-o


Aku terkejut. Oh gosh! Pali menyanyikan lagu itu. Lalu aku pun sama-sama menyanyi dengan Pali. Aku pun tau la lagu tu Pali.

Zaman kanak-kanak yang sangat indah. Aku tak perlukan fikirkan akan cinta, duit dan kerja. Bajuku dibasuh oleh opah dan opah akan menyikatkan rambutku sebelum aku ke sekolah.

Memori kanak-kanak mendatangiku.

Zaman kanak-kanakku di habiskan di kampung dan kadang kala di bandar bila aku pulang ke rumah orang tua ku menghabiskan cuti sekolah yang panjang.Di kampung, aku teringat bila aku masuk kedalam bendang menangkap ikan di waktu musim membajak padi. Mandi di sungai dan parit. Pergi pagi dan pulang petang selepas penat menjelajahi kampung. Bermain bermacam permainan rakyat. Dan pasti akan di marahi oleh opah. Di bandar aku bermain permainan arked. Dan kadangkala bermain permainan rakyat. Jika di kampung aku ke sungai dan parit. Di bandar aku ke lombong. Lagi menarik tapi amat berbahaya.

Aku teringat di satu petang bila aku ingin bermain bola cop. Akibat nak cepat dan tak gunakan pintu masuk ke padang, tanganku terseliuh. Mengamuk bapak aku. Hahaha. Dan aku teringat di satu petang sebelum Raya Aidil Adha , tangan ku pula patah akibat ingin meniru aksi Robin Hood. Aku beraya di hospital.

Aku teringat ketika aku bersekolah asrama. Apa agaknya khabar mereka? Aku terputus hubungan bila bapaku mahu aku bersekolah di bandar. Rindunya aku pada mereka dan aku harap dapat jumpa mereka suatu hari nanti.

Pejam celik dah nak masuk 2011. Dan lagi beberapa hari lagi umurku akan 25 tahun. Dah suku abad aku hidup. Mungkin pencapaianku tidak sama seperti mereka. Aku masih lagi bernafas. Itu tandanya perjuangan harus di teruskan. Pada mereka yang mendoakan kejayaan aku, aku ucapkan terima kasih tak terhingga. Pada mereka yang menjatuhkan aku, terima kasih juga aku ucapkan. Itu tandanya aku sama seperti mereka, tidak sempurna. Diari baru akan terbuka lagi 2 3 hari. Diari lama akan disimpan bukan di buang. Kenangan itu sangat indahkan.




Aku kena nyanyi lagu ni masa sempena English Week. Huh!

Cinta Aku

Aku bukanlah seorang pencinta yang agung. Aku tidak reti menunjukkan rasa cintaku pada orang yang aku cinta. Caraku berlainan. Tidak sama seperti kamu, mereka ataupun dia. Aku suka begini. Membuat orang tertanya-tanya samada aku mencintakan mereka atau tidak.

Aku cinta dia. Sayang dia. Bagaimana aku harus mengatakan? Aku sayang padamu? Aku cinta padamu? Bagi dia adakah itu mencukupi? Aku tidak tahu dan apa yang aku tahu aku mencintai dia sepenuh hati aku.

Mungkin ia seperti cerita lama. Ungkapan membawa seribu makna. Aku lebih suka memerhati dan bermain dengan kata. Aku ingat kata seorang temanku, "Mereka menang bila dapat mengalahkan kita." Bagi aku, kalah menang aku tidak peduli. Aku hanya mengalah demi dia. Demi orang yang ku cinta. Adakah itu kesalahan besar wahai temanku?

Ego tidak membawa kita ke mana-mana. Ego hanya mencetuskan perbalahan pendapat. Tanpa ego pun boleh lagi nak hidup dan berjalan-jalan, kan.

Selasa

Hari ni hari terakhir aku becuti setelah hampir 6 hari aku bercuti. Bosan juga cuti lama-lama ni. Aku dah tak tau nak buat apa.

Tanganku dah hampir baik walaupun agak hodoh rupanya. Amaran kerajaan Malaysia, berhati-hati menggunakan air panas.

Emosi ku seperti cuaca di pagi hari. Mendung. Masih memperjudikan samada hujan ataupun akan panas kembali. Hujan ataupun panas ku tak harap ke duanya. Mendung lagi indah kerna angin itu pasti sangat banyak.

Ahad, Disember 26

Lanun ke Bola Sepak Amerika

Dari kisah pengembaraan lanun, aku ke kisah perjuangan sekumpulan pasukan bola sepak Amerika yang bernama Deimon Bat Devil. Kisah yang agak menarik dan mungkin juga aku sukakan kisah-kisah pengembaraan dan perjuangan rakan sepasukan dari kisah gadis comel atau pun cinta.

Khamis, Disember 23

22 Dec

Apa yang menarik dengan 22 Dec ni?

Bagi aku ia mungkin tarikh yang patut aku letakkan di dalam letakkan di dalam kalender aku.

22 Dec

Aku baru dapat tahu yang Din Pisang dah kahwin dan ada anak yang berusia 8 bulan. Nampak sangat aku dah lama tak jumpa dia.

22 Dec

Hari lahir Mohd Nur Aswad yang ke-30. Aku telefon dan mengucapkan selamat hari lahir tuk dia. Dari suaranya seperti dia terkejot. Makin tua hang la ni. Bila nak kahwin bro?

22 Dec

Tahniah pada Asyraan Al-Hosnainn dan Nor Salwa kerana dah dapat seorang anak perempuan. Aku telefon tuk bertanyakan tentang hal perubatan dan dia mengkhabarkan berita gembira itu pada aku. Suara yang sangat gembira. Selamat jadi papa Yan.

Kenapa nescafe?

22 Dec

Kesluruhan tapak tangan kiri aku kepanasan selepas air nescafe yang aku bancuh di dalam jug keetle tertumpah di tanganku. Menyebabkan aku tertidur di sinki selama 2 jam. Terima kasih pada Pali sebab habiskan semua air tanpa tinggalkan aku segelas cawan tuk aku.

22 Dec

Hati tuk pelbagai perasaan. Segala perasaan menjadi satu. Itulah manusia. Yang tak dapat lari perasaan.

Rabu, Disember 22

Hari Berperasaan

Kita seringkali meluahkan ekspresi pertama kita apabaila di duga. Kita seringkali terlupa tuk menyembunyikannya dan tanpa di sedari kita sedang di duga. Kenapa kita mesti melompat atau terjatuh apabila terdengar suatu berita atau khabar? Berita itu hanya tuk tika itu. Bukan tuk esok, lusa atau pun akan datang.

Aku cuba menduga di pagi hari dan apa yang aku dapat hanyalah, aku salah menduga. Tiada kata semangat tuk aku hari ini. Hanya kerana beberapa perkataan, yang aku pernah aku lakukan di tempat aku dahulu.

Jauh di sudut kecil hatiku tersembunyi satu perasaan.

Dalam masalah aku mencari masalah.

Aku bukan di tempat aku. Aku sangat jauh dari tempat aku. Aku masih di dalam ketidakstabilan. Mungkinkah aku berbuat begitu?

AKu gembira apa yang aku lalui sekarang. Aku pernah begini sebelum ini. Mengajar aku bahawa hidup tidak semudah A B C. Aku begini dan aku takkan terus begini.

Kenangan menghantui aku. Aku teringatkan akan bersiar di malam hari dari Bandar Baru, ke Tanjong, Chemor, Tasek, Bercham dan kembali ke Bandar Baru bersama Azrol. Aku teringatkan waktu aku berniaga goreng ayam di serata Ipoh. Aku teringatkan CC Azim tempat aku bermain Counter-Strike. Aku teringatkan lepak di Yik Foong selepas balik sekolah dengan Bury, Bani, Amir dan Azrol lalu berjalan kaki dari Bercham ke Bandar Baru. Aku teringatkan Mat Juan, PCP, Lan Pisang, Ata, Yop dan Din Pisang waktu melepak di Kedai Abe. Aku teringatkan akan Cure, Kein, Zul Hantu, Panjang, Mie, Boo, Pitot, Mirul waktu aku bermain Dota. Waktu menikmati angin dan kek di Taman DR. Dan aku sangat gembira hari ini bila kawan aku telah bernikah dan dapat seorang anak. Walaupun aku lewat setahun tuk mengetahuinya. Aku bersyukur dia telah berubah. Aku sangat berperasaan hari ini!!

"Yo Din, aku masih terkejut dan akan terkejut sampai aku jumpa hang nanti. Hidup ni memang indahkan."

Jumaat, Disember 17

Aku Benci Dia

Semakin hari semakin benci aku mendengar suaranya
Suara yang buat kaki tanganku ringan nak ke tubuhnya
Melihat wajahnya membuatkan aku terasa mual dan loya
Oh ya,
Aku tengah demam sekarang
Seperti ingin muntah di mukanya

Aku tidak mengerti
Puas aku fikirkan
Apa salahku padanya

Aku tidak pernah sesekali cuba mengorat anak buahnya
Masakan bisa aku mengorat sedangkan aku tak punya perasaan

Aku mampu bertahan
Sampai bila
Tidak ku pasti

Andai kemarahanan menguasai jari jemariku
Jangan ditanyakan kenapa dan mengapa

AKU MANUSIA BIASA

Isnin, Disember 13

Kisah Hari Isnin

Aku mulakan hari Isnin dengan menyudahkan proses AVG yang aku download sebelum aku tidur. Bitdefender dah tak stack dengan laptop aku.

Pagi yang penuh bersemangat tuk berkerja di bantutkan dengan perbalahan kecil antara aku dengan seorang Leader. Aku cuma nak membuang masa. Pertanyaanku pada seorang pekerja lama di balas dengan perlian dari Leader department itu. Mungkin dia takut sekiranya aku buat kerja tu akan ada banyak kesilapan. Dia tidak mahu bertanggungjawap? WTF! Tak ingin pun aku nak buat.

AKU CUMA NAK MEMBUANG MASA!!

Rabu, Disember 8

Kunci oh Kunci

Pagi ni aku rasa marah betul. Aku tak boleh pergi kerja semata tiada kunci. Sialan la semua ni. Bila di tanya kata tak nampak. Aku di tuduh orang terakhir pegang.

Bullshit!

Aku tak bangang lagi nak bawa kunci kalau ada orang kat rumah. Aku nampak lagi ada orang kat rumah. Kunci tu ada kat kawasan laptop aku. Yang kau gatal kemas kenapa?
Menyusahkan aku betul. Siapa nak bayar gaji aku hari ni?

B A N G A N G ! ! !

Sabtu, Disember 4

Game + (-Emotion) = Chaos

Ada apa yang boleh dapat kemarahan? Kepuasan? Kesenangan? Atau pun hanya menambah kesengsaraan? Mana letak otak? Di lutut ke? Kepala ke? Atau pun di tinggalkan di rumah? Oh, aku terlupa. Emosi bukan terletak di kepala. Emosi terletak pada hati. Hati dah habis buat masak lemak kot.

Aku pernah terdengar Fadzilah Kamsah berkata, "Marah itu api, api itu syaitan. Syaitan itu api, api itu marah. Bukankah ia sama?"

Bagi aku, marah kena la pada tempatnya. Tak payah la sampai nak merosakkan harta benda. Mampu tak mampu bukan masalah utama. Sekali ia dah terjadi, ia takkan boleh berpatah balik. Andai orang boleh memaafkan, itu sudah bagus. Andai orang takkan maafkan, macam mana?

Setiap orang ada ruang tersendiri. Tak kira la dah kahwin ke, baru mati suami/isteri, pasangan bercinta atau pun yang baru putus cinta. Berikan mereka ruang mereka. Mereka tahu apa itu ABC. Tangan di beri untuk membangkitkan mereka bukan untuk menghancurkan mereka.

Benda dah berlaku. Kau nak buat apa sekarang? Kawan aku ego dan keras hati sebab aku tahu apa yang dah dia lalui. Kalau kau pun tahu apa yang dah dia lalui kenapa kau cuba mengulangi benda dah berlaku?

Selasa, November 30

Aku tersedu

Arggghhhhhh!!!!!!!

Masuk ni dah hari kedua aku tersedu. Susah gila nak makan, nak minum, nak hisap rokok, nak berak, nak tidur pun susah.

"Tolonglah aku. Blah la kau dari aku wahai Sang Sedu. Aku dah tak larat nak sedawa bila kau datang. Aku nak menjalani rutin harian ku dengan bebas."

Dah berapa tahun lama tak kena sedu?

Selasa, November 23

Coke dan Sundae




Pertama kali aku jumpa novel cinta yang agak santai. Penulisan yang agak rilek. Tak perlu tercari-cari ayat-ayat cinta dan jiwang karat. Terima kasih kat Nuun sebab beli buku ni. Kalau dia tak beli mungkin aku akan anggap novel cinta semuanya penuh dengan adegan-adegan emosi.

Isnin, November 22

Tahniah dari aku

Seorang kawan sudah selamat mendirikan masjid. Ku sangkakan Ejei yang akan kahwin dahulu, maklum la dia kan seorang penjawat di jabatan kerajaan. Rupanya Kudin yang mendahului dengan 5 berbalas 0.

Aku rasa macam semalam aku ikut mereka ke majlis pertunangan Kudin. Tak sangka masa itu cepat berlari. Minggu depan Husin lak. Aku nak sangat tengok muka kawan2 aku kat rumah pengantin perempuan. Mesti menarik, tertarik. Hahahah.

Aku dah selamat sampai malam tadi. Kepenatan membuatkan aku malas tuk menaip. Terima kasih An bawa aku jalan2 kat Gurney. Dan untuk pengetahun anda, aku memang jenis tak percayakan orang melainkan orang yang rapat dengan aku. Apa pun ku ucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan.

Ucapan aku hari ini aku tujukan kat Kudin dan Norma,

"SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BERBAHAGIA KE ANAK CUCU"

Oh ye, hampir terlupa. Apa agaknya cerita Amir semalam dan cerita sayang aku hari ni ye. Jeng jeng jeng

Sabtu, November 20

aku sayang dia

Akan ku hulurkan tangan tak kira berapa kali ia terjatuh
Tangan yang tak pernah jemu tuk membangunkan dia
Dia sangat istimewa dalam hidupku
Membangkitkan aku ketika ku di dalam kelam
Aku sangat sayang dia

Rabu, November 17

Aidil Adha

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku beraya seorang diri. Ya. Betul2 seorang diri. Kawan serumahku beraya di rumah gadisnya. Aku di tinggalkan sendirian. Andai Aidil Fitri yg lalu aku pertama kalinya beraya di Ipoh dan ini pertama kalinya aku beraya di Teluk Kumbar. Dengan mereka berbaju melayu, aku berbaju biasa. Berseluar jeans. Macam mana aku boleh lupa aku nk beraya kat sini. Dan aku akan pastikan, aku ada makanan yg cukup selepas ni. Aku gila lapar. Jangan kata kedai Melayu, kedai Mamak pon aku tak jumpa sepanjang dari Teluk Kumbar ke Sungai Nibong. Nak makan makanan segera, hujung2 bulan tebal habuk dari kertas. Dah kenyang makan. Tertidur lak. Bangun, hujan lak. Tak soba dh den nk pulang ke kampung. Dalam tak sabar, malas lak aku nk ngemas barang2. Kemalasan yg teruk di tambah mood yg barai, aku seperti pasti besok aku pulang sehelai sepinggang. Dari otak serabut, jom minum nescafe bia migrain bertambah teruk.

Selasa, November 16

cerita ini cerita best




Aku dh minat baca manga ni. Ku mulakan dari bab 1. Dan tiap hari aku membaca. Baru bab 224, mungkin lagi sebulan lebih smp la ke bab yg terbaru. Cerita pengembaraan lanun yg menarik. Dalam serius ada lawak. Aku sentiasa tergelak dgn telatah Luffy dan Luffy juga mementingkan persahabatan. Sikap Zorro yg cool dan cuba menjadi seorang pemain pedang no 1. Nami yg licik tp pemandu arah bg Luffy. Usopp yg penakut, penembak yg tepat. Sanji yg sukakan perempuan cantik tapi seorang tukang masak profesional. Chopper seekor rusa yg boleh bercakap, merupakan seorang doktor dalam kapal. Nico Robin yg misteri. Cerita semakin menarik. Tak sabar meneroka lautan bersama mereka. Walupun cerita ni dh hampir 10 tahun. Aku tetap nk baca dari mula. Dulikan apa orang nk kata.

Ahad, November 14

hari ini hari ahad

Sambil2 aku menikmati makan tengahari walaupun dh kat kul 4 ptg aku membaca Metro Ahad. Banyak cite yg aku tak tau dan tak perlu aku amek tau. Aku cuma membaca tajuk dan aku rasa tertarik bila ada tajuk berkaitan dan Facebook. Dulu waktu Friendster dgn Myspace takde la sampai camni sekali. Fitnah dan lari ikut kawan alam maya. Apa dh berlaku dlm dunia yang canggih ni? Kenapa waktu zaman surat menyurat menjadi penghubung perkara camni tak berlaku? Waktu zaman telefon rumah dan awam menjadi penghubung tuk bertanya khabar juga agak kurang tuk di siarkan dalam akhbar2. Aku bertanyakan apa seorang kakak di tempat kerja ku "Kakak tak main pesbok ke? Tengok dorg tu smua dok update status dorg." Kakak tu cakap, "Akak tak pernah men pesbok. Kawan yg sedia ada pun tak terjaga. Inikan pula kawan baru." Aku lalu diam dan membuat kerja kembali. Dari fitnah dan syakwasangka berlarutan, biar aku takde pesbok. Kedamaian melanda. Tak pikir dh nak up level Mafia Wars.



Kreko baru dh kuar. Walaupun aku boleh baca dalam onemanga atau pun animefreak, aku tetap gak nk beli. Aku tak tau napa. Mari membaca bersama aku!

Sabtu, November 13

cuti itu suatu perkara yg membosankan

Hari minggu yg memenatkan badan aku. Nak keluar, tiada hala tuju. Nak melepak, kawan2 lak tade. Nak tido, tak leh pula tido. Nak sms, nset abis bateri. Makanya saya rakyat Malaysia pn membaca la manga One Piece. Dah baca lame pale makin saket lak. Nk buat air, nescafe je ade. Nak makan, macam malas turun bawah. Nak lepak tepi tingkap, smua majalah dh baca. Nak main PW, lag cam gampang lak. Bosan melanda diri.

2 bulan sudah hampir

Pejam celik pejam celik dah hampir 2 bulan aku kt perantauan. Misi yg berbeza dari dulu. Andai dulu misi aku hanya tuk tido, sekarang misi aku pula berjaga seperti abg2 sekuriti. Aku dh ke selatan menaiki motor, ke utara pn sudah, timur dan barat tunggu la ketibaan aku.

Masih byk tempat belum aku lawati. Mood aku tuk berjalan berkurangan. Mungkin tiada kawan2 yg gila2 buatkan aku malas nk berjalan.

Aku rindukan byk perkara. Rindukan kampung. Rindukan kawan2 aku. Rindukan syg aku. Rindukan gunung2 yg aku salu tgk dari zaman kanak2 hingga la ke dewasa ini. Rindu ku simpan dalam hati agar andai bertemu pasti rindu itu akan menjadi satu monumen yg menarik.

Selamat datang ke Penang untuk aku walaupun dan hampir 2 bulan. Selamatkan menjalankan misi kelas S tuk aku jugak. Selamat!

Jumaat, Ogos 20

sedikit kegembiraan

di saat aku terasa sangat celaru dan serabut memikirkan masalah dunia yg menyakitkan kepala lutut. aku menerima satu mesej berbunyi "Salam. Isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Petang semalam". oh god. tidak ku sangka. membuatkan aku teringat zaman sekolah dulu. mamat yg agak poyo + suka tergedik depan perempuan dah ada 2 orang anak. tahniah pada anda Ahmad Idzwan. dah sepasang kamu dapat. tahniah sekali lagi.

Mari menemani aku kembali ke zaman sekolah melihat telatah lucu meraka.

Khamis, Ogos 19

mengimbas kembali membuatkan aku tersenyum keriangan. di saat aku masih mentah dan mengikut kepala sendiri. kini aku sedar, andai dulu aku boleh mengawal emosi aku pasti aku takkan tersenyum hari ini. dan sekarang perlu ke aku menurut emosi aku atau mengawal emosi aku? ,mungkinkah bisa aku akan tersenyum di masa hadapan ataupun aku menyesalinya seumur hidup aku? andai doraemon itu wujud sudah pasti aku punya mesin cahaya masa tuk ke mana sahaja tapi doraemon itu tidak wujud. aku tidak perlukan semua itu. aku punya diri aku, semangat aku. kuatkan ia agar aku dapat bertahan sebelum tidurku.

hari ini mau makan apa?

Rabu, Ogos 18

hari ini puasa ke 8

hari ini aku rasa sungguh palat sekali. berkali2 palat dari semalam. kesabaran ada hadnya. andai kesabaran itu hilang aku tak pasti apa akan berlaku. adakah aku akan kembali duduk di rumah membuang masa sambil melayan leteran ibu.

peluh keluar sudah berkilo. cacian dan makian sudah berkati. puasa aku berkurangan pahalanya. kepala terbayangkan laici kotak besar. mesti enak di kala panas2 begini.

apa itu cinta? apa itu sayang? apa itu kasih? bagaimana nak membuktikan mereka? perlukah ia ditunjuk? perlukah ia diberi selalu? ajarkan aku yg bodoh ini agar aku mengerti.

Sabtu, Julai 31

Layu

di saat ku melayan lagu2 malique tuk memantapkan bahasa kata2, ku terdengar lagu Layu dari malique. terkesima aku mendengarnya.
bangsaku. bangsa yg pernah terkenal pada zaman melayu melaka. bangsa yg amat kaya pada zaman itu. bahasa bangsaku pernah menjadi lingua franca pada zaman itu.
apa telah terjadi pada bangsaku pada zaman ini. seperti perjuangan org lama di persiakan. bangsaku hanya memerintah negara ini. bangsa lain memonopoli segalanya. mengapa ia terjadi? haruskah dipersalah british yg membahagikan kerja? haruskah dipersalah british yg membawa bangsa lain ke mari? tiada penaklukan tiada kemajuan. kemajuan yg memakmurkan. memakmuran pada hanya sebutan.
tongkat selalu di beri. kenapa perlu menunggu kerusi roda yg tidak pasti bila ia akan di beri. bukan tiada yg berjaya, ramai yg berjaya. tahniah pada kamu yg berjaya. pada yg tidak berjaya boleh berusaha lagi. jangan di iri pada yg berjaya. jadikan ia satu semangat tuk berjaya. sihir itu dari syaitan. kenapa perlu mengikut syaitan yg dh tetap menjadi penghuni neraka. pada yg berjaya bantu2lah mereka yg cuba mengecapi kejayaan. bukan dipergunakan tuk lebih berjaya.
tak kira la semangat hang tuah atau semangat hang jebat yg di bawa. jadikan bangsa ini seperti satu keluarga. yg akan menolong antara satu sama lain. Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

repekan hati

minggu ni aje dh dua kali org kene langgar lari. dan kedua2 org itu tak dapat diselamatkan. apakah punca ia? kecuaian atau tidak berhati2? bila di fikirkan. ia adalah suratan yg tak dapat di elakkan. ajal dtg dgn berbagai alasan. malaikat izrail ketika di tugaskan untuk menyabut nyawa manusia agak takut berbuat demikian kerna ia takut ia akan di salahkan oleh manusia tetapi Allah menjadikan alasan tuk manusia tidak menyalahkan malaikat maut. maut sentiasa dkt dgn kita tp pernahkah kita mendekati maut? semua agak takut bila berbicara tentang maut. berbagai alasan di utarakan. aku sendiri masih takut. haha. bermakna aku masih blm puas duniawi. aku sendiri byk mengabaikan akhirat. tuk diri aku. fikir-fikirlah. kamu mampu berfikir, kenapa kamu tak mampu membuatnya

Selasa, Julai 27

malam ini

malam ini aku berasa kosong sekali. semangatku hilang untuk melakukan apa saja. ingin mencari rokok, rokok sudah habis. aku mengeluh dalam penat ku. hidup ini penuh pancaroba. aku seperti tidak mampu tuk menempuh segala halangan. aku seorang pengalah. aku benar-benar mengalah. aku cuba menyimpan perasaan marah ku jauh ke lubuk hati. kecewa yang timbul. bagaimana aku hendak memberitahu dunia ini yang aku sedang berduka. aku tidak mahu jadi pemenang. aku sanggup menelan apa saja kata-kata, agar dunia tahu aku sedang bergembira.
oh dunia. lihatlah seorang lelaki yang sedang berdiri di atas mu ni sedang cuba bergembira. gembirakah ia? oh dunia. andai lelaki ini sudah tidak mampu berdiri, berikanlah ia ruang tuk berehat di pokok-pokok yang melata di atas mu itu. oh dunia. andai lelaki ini sudah tidak mampu membuat apa-apa. kau berikanlah ia menatap segala hijau dan biru yang ada pada diri mu itu. oh dunia. lelaki ini pernah membuat silap dan ia mengaku yang ia pernah buat silap. bagaimana lelaki ini ingin membuktikan yang lelaki ini hanya setia pada wanita itu. oh dunia. lelaki ini amat mencintai wanita itu dan lelaki ini tidak sempuna tuk tidak membuat wanita bersedih. oh dunia. tolong sampaikan salam sayang dan cinta lelaki ini pada wanita itu kerna wanita itu sungguh istimewa di dalam diri lelaki ini.

Isnin, Julai 26

Aku..

Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku, melihat alam ciptaanNya.
Sungguh indah.

Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku merenung masa lampau.
Aku tersenyum menampakkan gigi aku.

Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku memerhati orang-orang di jalanan.
Aku memikir timbul tenggalam untung nasibku.

Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Ingin aku menyatakan cinta ku pada seseorang.
Cinta ku hanya tuk dia.

Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku...............

Ahad, Julai 25

kenangan semalam

semalam aku berjumpa dgn kawan yg dh lama aku tak jumpa. hampir 2 tahun aku tak nmpk hidung beliau. aku di jemput ke rumahnya tuk makan2. makan2 kegemaran aku. aku dikhabarkan bahawa dia sudah berkahwin. berkahwin? oh tidak! mengapa aku tidak dijemput. belum sempat aku bertanya, kawan ku yg seorang lagi bertanya, 'majlis apa ni?.' dia menjawap 'majlis cukur rambut anak aku' oh tidak lagi! aku dgn marahnya(gurauan aje pun) mengapa aku tak dijemput? dia berkata 'aku dh jemput kawan2. mungkin mereka terlupa menjemputku'
malam itu tak byk yg kami bualkan. masa agak singkat. dia pon agak sibuk melayan tetamu.
aku terasa seperti ke belakang. memori2 lama di putarkan kembali. oh indahnya masa itu.

Jumaat, Julai 23

dalam pahit pasti ada manis

tahniah aku ucapkan. sekarang anda sudah memikul tanggungjawap yg besar. pahit sudah anda lalui. manis menyusul tiba. semoga korang berkekalan sehingga ke anak cucu.

Jumaat, Julai 16

kemurungan di saat kerinduan

didalam kerinduan yg amat mendalam nk membaca Pujangga Melayu aku di khabarkan dgn kematian gumok. seekor kucen yg selalu menemani aku. yg selalu bermain2 dgn aku. yg selalu aku buat bersembang dan yg suka sgt tido ats dada aku. terasa kehilangannya. aku sgt murung di kala ini. andai ku boleh berpatah kembali ke semalam. akn ku belai ia. ia memanjat tingkap tika nmpk ku ign keluar berkerja. aku membuka pintu lalu membawa ia ke belakang dan memberi seekor ikan goren, ia tidak memakannya. ia minta di belai. arghhh! aku blm cukup sensitif untuk memahami itu. maafkan aku gumok, aku cuma dapat membelai kamu tidak sampai 5 minit. aku rindukan kamu!

Khamis, Julai 8

2nd Change

peluang kedua dtg lagi. walaupun ia dtg, aku rasakan seperti ada sempadan yg memisahkan. aku tak suka perasaan aku sekarang. aku rasa seperti ingin menangis. patutkah aku menangis? memang patut aku menangis. smua berpunca dari aku. aku mengotorkan kisah ini. apa patut aku lakukan? meminta maaf? sudah aku lakukan. memberi penjelasan? sudah juga aku lakukan. aku buntu

Rabu, Julai 7

Cerita Semalam

semalam aku melakarkan sebuah kisah. semalam juga aku mencontengkan sebuah kisah. semalam aku mencoretkan sebuah kisah dan semalam juga kisah2 ku dipampangkan ke mata dunia. bila ia dtg dari aku maka sudah tiada peluang kedua sedangkan ia berlaku bukan semalam. aku masih ingin terus mengarang kisah2 ku. aku masih tidak tahu kisah aku akan sampai ke mana. aku harapkan ia positif, negatif mempengaruhi jiwanya. aku bukan lagi kanak2 seperti 2 tahun lepas yg byk mencari teman tuk meluahkan segala terpendam. aku mungkin bodoh dan jahil 2 tahun lepas. cahaya sudah menerangi ku. perkara lama sudah ku tinggalkan. masih adakah peluang kedua tuk aku?

Khamis, Julai 1

Cerita Bella

pagi tadi masa aku dlm kereta menemani kawan aku, aku dengar la satu rancangan ni. DJ tu memberi tajuk, Bella Kantoi. ceritanya lebuh kurang begini.

mamat ni ngah lepak dgn kawan2 dia. pastu dia ternampak yg awek dia berpegang tangan dgn mamat mane tah. pastu dia pon kol la DJ ni nk mintak tolong. DJ pon tu pon kol la si Bella. Bella pon bercerita yg mamat kol tu BF dia tp dia dah tawar hati dan mencari peluang yg sesuai tuk memberitahu.

yg wat aku terfikir, Bella berkata pada Bf dia.

awak, bile saya ajak kuar awak mesti tak nk. buku yg kau bg tu tak mampu nk bg kebahagian pada aku. make up aku pon kau tak mampu nk beli. sudahlah. aku tak rasa ada masa hadapan, hidup dgn kau. jangan ganggu aku lagi.

agak ringkas ayat Bella. hanya kerna dia seorang pekerja buku. aku berfikir, arghhh!! kepala aku sakit dan tak mampu berfikir.

Ahad, Jun 27

hopeless

di saat aku memerlukan sesuatu semangat tuk menguatkan diri aku, aku rasakan dunia ini agak sepi sekali. sesepi malam yg sunyi.

Jumaat, Jun 25

di kala malam bulan mengambang

di kala bulan mengambang, aku rindukan akan kamu
di kala bulan mengambang, aku rindukan wajahmu
di kala bulan mengambang, aku dambakan cintamu
di kala bulan mengambang, aku di penuhi cinta dan sayang

Khamis, Jun 24

Kata kata Mereka

sebuah rancangan di nilai dari berapa penonton menontonnya. sebuah rancangan boleh di berhentikan bila menyentuh sesuatu isu. penonton mempunyai kuasa besar dalam soal memilih. tgk la AF, Mentor dan lain2. semua dari penonton. terima kasih penonton. dari kamu dan saya, kita sentiasa memilih yg terbaik. hanya terbaik dari luaran bukannya bakat. kerna penonton juga lakonan aku adakala sumbang. aku cuba mengikut kehendak dari surat2 penonton. akhirnya aku yg tak mampu. woi penonton! apa lagi aku nk buat ni? aku dah penat la jadi pak guard. bila aku boleh jadi juara ABPBH?

Khamis, Jun 17

Aku Dan Hari-Hariku

bodoh punya aney! pukimak lu! itu kata2 ku bila aku smp kt Klebang. tiada niat pon nk kate camtu. emosi aku ceramuk. aku punya byk keje. bukan nk ngadap satu boiler bodoh tu. lagi pun bkn takde lagi satu boiler backup. yg lu nk cepat apa hal? hari2 ku semakin tertekan. dari boiler ke keje luar. arghhhh! aku nk santai2 membuang masa dari berkerja keras membuang peluh. aku dh bosan ke klebang. nampaknye minggu ni masa aku abis kt klebang aje. dh la jauh. nk kene makan kt kedai lak tu. tak dpt tido sejam dua. sgt la bosan!

Sabtu, Mei 29

Hari Ini Hari Sabtu

semalam takkan kembali walau susah payah kita berusaha tuk cari semalam. cakap pon begitu jugak. adakah aku tersilap berkata ataupun kata aku itu memang tajam? aku cuba bergurau. guraun aku disalahkan ertikan. aku bukanlah seorang pendamai yg bisa mendamaikan sesuatu negara yg bergolak. aku ingin bebas berkata. mampukah aku? mereka mempersoalkan itu dan ini. aku tak pedulikan semua itu. bagi aku. aku adalah aku. susah aku bukan ada org tahu. aku pon tak nak cerita kt orang. mencari pengalaman. sampai pengalaman bosan dgn org yg mencarinya

Khamis, Mei 6

kenapa?!

petang tadi lepas aje balik dari kerja aku trus ke kdai majalah yg salu aku pergi. OMG! tutup pula. dari sana aku ke bercham raya pulak untuk menjenguk ke kdai yg dulu aku salu beli utopia ngan gempak. alamak! dua2 kedai tidak menjual majalah itu. dgn penuh perasaan aku pulang ke rumah sambil memikir bagaimana ya atau tidak. lepas maghrib aje aku mencari lagi kedai majalah. yg paling berdekatan pon kt tesco extra ngan jusco. kemalasan untuk memparkir motor di sana membuatkan aku ke ipoh garden mencari kedai di sana. damn! tutup jugak. lalu aku menjenguk di fair park. samat bukak. misi aku berjaya.
kenapa la susah sgt nk jumpa kedai majalah beraneka? kenapa kedai majalah yg di jual si mata sepek hanya ada majalah dalam bahasa mata sepek? aku kehairanan. aku teringat wat projek keusahawan. kumpulan aku menggelakkan aku tika aku mencadangkan untuk kedai majalah. aku tau ape rasanya bila satu tempat yg agak besar susah nk cari majalah kesukaan.
aku seperti terfikir untuk membuka kedai majalah..

Selasa, April 20

Pengembaraan Di Kota Duniawi

Kisah bermula bila ku mencari cuti untuk ke sana. selepas lama menelaah kalender maka aku pun memutuskan tuk ke sana selama 3 hari. 2 hari mana tahan bai, gua bukannya power rangers.

Perjalanan bermula bila Encik Amir menghantar aku ke Medan Gopeng. lepakan di mamak makan capati sebelum bergerak ke sana. dia sempat memberi syarahan pada aku. hahaha.

Ketika aku sedang berbelah bahagi hendak turun di mana (biasalah mamat ni, suka beli tiket last minute) akhirnya ke kolompo juga yg awal. atas dasar keintelektualan yg maha hebat maka aku pun tertidur dalam bas. pagi td balik pukul 3am. mentang2 cuti dh kompom. slamber aku je balik lewat. hahaha. tika sedang asyik bermimpikan arnab berlumba dgn kura2, aku di ganggu oleh encik cure. damn! gangguan. aku dah bet 10k kot kt arnab! 'dh sampai mana? kul bape nk sampai sini? tanya cure pada ku. aku dgn mamai2 menembak lokasi aku 'aku dh lepas tapah kot. lam kul 5 ke 6 ke aku smp la sana' 'dh smp kol aku' kata cure pada aku. 'orite bos' balasku lalu cube menyambung tidur kembali tetapi tidak boleh. aku terlupa untuk buang air kecil ketika di medan gopeng dan pengajarannya "BUANGLAH APA YANG PATUT SEBELUM ANDA BERJALAN JAUH KETIKA MENAIKI BAS''.

sampai di kl sentral dalam pukul 2pm. 'dimanakah anda?' baru nk kuar? alamak! ape aku nk buat kt sini. bebosanan pasti akan menyusul. lalu aku berpusing2 di setiap ceruk kl sentral. dari atas ke bawah, bawah ke atas. sampai la aku rasa kepanasan. lalu ku pergi ke food court dan mengorder ABC SPECIAL. lazat hingga menjilat sudu. penantian bukan satu yg menarik tp aku jmp sesuatu yg menarik dam penantian ini. tika aku berjalan2, aku terserempak dgn seorang tua berbangsa cina. buta orangnya. yg membuatkan terkagum bila ia mampu berbahasa inggeris dgn fasih. kekaguman itu tidak pun membuka hati aku tuk berbelas kasihan. aku cuma penonton bukan pelakon. hahaha

akhirnya ia tiba ketika aku sudah menunjukkan tanda untuk memprotes walaupun dlm hati ini amat takot andai ia membawa kawan. pasti aku akan terdiam. hahaha. aku kelaparan tapi dia berkata dia sudah makan. adoi. ini tidak adil! lalu kami pergi ke food court. tiada makanan yg mampu meningkatkan hawa nafsu aku. lalu aku dan dia ke mekdi. tidak puas hati bila begernya tidak di jamah langsung. aku pon tak abis makan beger aku. selera betul2 tiada. adakah aku kekenyangan?

dari kl sentral menuju ke mid valley. berjalan2 betul mengikut gerak hati. tak sangka hari tu ade pameran dari jobstreet.com tapi tak masuk pun. org terlalu ramai. aku terpandangkan kedai kek. cambest je ni. lalu mencari secret recipe di sane. jumpa tapi layanan agak kurang memuaskan. dia memilihkan aku kek choc indulgance. aku pon tak pernah rase. maka perjalanan mengikut gerak hati bermula lagi. ahahah. tetibe ternampak pet wonderland. aku teruja untuk lihat hamster2 yg comey2. mengecewakan. smua tak aktif. bosan di sana. ku ingatkan ku tidak akn jumpa kwn2 disana, sekali aku terjumpa org kampung. jiran aku plak tu. WTF! abis la aku pasni. pasti meletop lorong rumah aku. hahahaha. bermain game daytona dgn kesudahan aku kalah. argghhhh! tidak boleh menerimanya tp aku sudah kalah. malu gak kekalahan ni.

ketika balik seperti berat pula untuk berpisah. patukah aku mencari gam paling kuat di dunia untuk melekatkan kami? hahaha. sekadar omongan diri. aku sampai di rumah cure pukul 10pm. sampai2 aku agak kelaparan lalu aku makan beger yg ade dlm beg aku sambil menunggu cure smp. tika sampai di kedai makan, kein trus meluahkan ketidakpuasan hatinya pada aku.. hahaha. sebab aku dia tak dapat beli henset. lantak la.

aku tak tau pudu raya dh pindah. bersusah payah gak aku bertanya sana sini. terima kasih pada yg memberi jawapan (= aku sampai di ipoh pukul 1am. org yg amek aku dtg pukul 3am. hahaha.

aku sentiasa menjadi penunggu ~

Sabtu, April 17

...........

kebelakangan ni aku agak perasa orangnya. aku tak tau bagaimana ini boleh berlaku. perasa bukan la sifat aku. silap sikit rasa nk merajuk+menghempas. aku harapkan ia bukan semulajadi yg akan membentuk dalam diri aku. aku tak perlukan sifat ini. aku byk lagi nk buat dari merajuk tak tentu hala.
bulan 4 dh masuk tgh bulan. lagi beberapa hari aje lagi senior aku nk blah bukak bisnes sendiri. apakah yg akan terjadi pada lan dan fauzi? bolehkan lan dan fauzi buat kerja di penang? kesimpulannya, aku malas.

Isnin, April 12

mereng

dh dekat 35jam aku tak tido. tu pon selepas di tolak 1 jam + 1 jam yang terganggu. saat2 ini pasti aku akan teringat waktu aku skolah dulu. lepak dgn pisang sampai kul 5am. balik rumah mandi2 trus tunggu depan, naik bas awal gi skolah dan hasilnya aku kerap di benci oleh cikgu sains kerna aku salu tido waktu kelasnya. aku masih teringat waktu tu dia berkata 'aslan! awak igt dgn SPM awk tu awk boleh keje bagus? awk igt awk boleh pinang ank org dgn SPM awk tu?' aku cuma memandangkannya dlm keadaan mamai. hahaha. kejam ke aku? dan hasilnya, kelas aku masih memegang rekod tnp sorg pun gagal dlm sains waktu SPM. junior aku tak tau la pa cita.
rupanya apa yg di cakap oleh cikgu sains tu betul. aku pernah rasa aku macam tak wujud dlm dunia. aku rasa seperti aku begitu kerdil sekali. andai boleh hilang, pasti aku akan hilangkan diri aku waktu itu dan memastikan aku tidak lagi wujud. terima kasih cikgu sains (lupa pula apa nama cikgu tu. hahahaha) kata2 mu itu tak pernah hilang dari pale otak aku yg degil ni.

Jumaat, April 9

aku selalu berfikir kenapa mereka perlu menangis untuk melepaskan perasaan sedih mereka. aku selalu berfikir adakah menangis mampu membuat mereka tersenyum kembali. aku selalu berfikir kalau hanya perlu menangis mampu membuangkan segala kesedihan sudah pasti tiada lawak2 spontan atau spastik dari pelawak2. kalau di fikirkan susah dan perit, tiada benda di dunia ni senang. aku pernah terbaca, kalau mahukan seseuatu yg indah, kita kenalah merasai sesuatu yg pahit dahulu. kalau asyik manis aje dan tetibe dtg sesuatu yg sgt pahit mampukah kita menangani kepahitan itu? aku tak pasti sekuat mana aku. yg pasti aku akan terus tersenyum dan bergembira walau sebesar mana ia dtg kepada ku.bak kata seorg kawan aku, sepahit2 peria ada gak org makan (btl ke ayt ni, hahahaha).

Selasa, April 6

Jubli Perak

bulan april bulan bermakna bagi aku. di mulakan dgn hari lahir mak aku yg 47, ulangtahun perkahwinan mak dan ayah aku yg ke 25 dan dan juga ulangtahun aku. hahaha. pejam celik dh 25 tahun mereka berkahwin. aku pon dh besau. aku igt dulu aku salu kene gasak dgn bapak aku. akibat kedegilan yg melampau. hahahaha. mane sungai aku tak terjun, mane parit aku tak redah, mane ban aku tak masuk. teringat lak zaman kanak2 dulu. indah. tak pikirkan pon idop ni penuh pancaroba. lagi pon aku masih teringat pesan zuri, kalo tak buat macam ni nnt takde bnd nk cite kt anak cucu. harap kertas je bergantungan tak gune gakkan. hahaha.

menanti detik dan saat berlalu

Ahad, April 4

Kemalasan

aku ke kedai melihat begitu banyk sekali ubat2 yg di jual. kepala ku berdenyut minta simpati dari aku. mampukah ubat2 itu membaiki kepala ku? omongku sendirian. arghh! dari ku membeli ubat alangkah bagusnya kalo aku membeli rokok.. kepala bertambah sakit dan boleh tido awal

Sabtu, April 3

kegirangan

setelah hampir 3 bulan berkerja akhirnya aku dapat juga menjahanamkan sebijik mesin basuh. pada mulanya ia berjaya tapi semalam ia rusak kembali. dgn hampanya aku trus pulang setelah hampir 3 jam menempek di hospital. tadi aku berjaya memerhati senior ku memjahanamkan mesin basuh itu. tidak serumit mana cuma aku tak tau rupanya dalam tu ada spring yg telah patah. pengalaman yg ku harus simpan.
petang tadi aku pergi kdai di ipoh. ku pikirkan aku kena menampal mesin rupa2nya aku kena menampal lantai baru lori. wah! apa kaitan kerja aku dgn lori, omong ku sendirian. kerja, kerja dan meneruskan kerja

Isnin, Januari 25

Kenangan AKu




ari plg sronok dan ari plg aku tak takut akan kesejukan tp bertahan 2jam lbh aje. hahahaha. dh lame tak ke intake. sekali pergi, wow!!!!!! btl ke ni intake yg pernah aku tgk dulu. tgk airnye, dh tak mcm teh tarik kdai AD. org pn ramai. adakah aku bermimpi? oh tidak. aku berpijak di dunia yg nya. kudin!!!!! ayuhh tirukkan pale ke batu. hahaha.
dh lame rasenye tak mandi sungai dgn kawan2. rindu btl aku kat aktivit2 yg aku pernah wat dulu. taun lepas aku naik gunung dgn yan, rivaldo dan adik yan, boy. 2 taun lepas aku gi pantai sambut merdeka. takkan setaun 1 aktibiti aje?
teringat mase mule2 aku join bnd2 ni. sebab utama aku leh tertarik, ari2 aku dgr ryoq berciter ttg keindahan alam. aku nk tgk dpn mata dan akhirnya aku ke pangkor taun 2002. tak ramai yg pergi tp mang best. kuar2 utan je laut dh depan mata. apa lg. terjun la. hahaha. taun berikutnya mase raye 4 aku mule kenal keindahan hutan. aku naik gunung brinchang dan gunung irau. mase tu 10 org je yg pergi. indah la rupa dr khabar. aku rase mase tu aku nk bstop bnd2 ni. memenatkan, kotor, sejuk. tp mase kt puncak, wow!!!! indahnye. aku jatuh cinta dgn hutan. bertitik tolak dr itu aku pernah smp ke gunung peninjau kt chepor, naik berempat. empat2 tak tau jalan berpandukan map kecik lakaran dr ryoq. pastu aku ke gunung bujang melaka kt kampar. trans gopeng-cameron highland. gunung berembun, jasar dan perdah kt cameron highland mase taun baru cine 2006. gunung batu puteh kt tapah. gunung rajah kt bentong pahang dan last aku gi taun pas, gunung yong belar kat cameron highland. rindunya aku kt hutan!!!!!!!!!


status : ngantok

lokasi : mapley

Selasa, Januari 19

Aku & 2010

aku dh memulakan kerja baru. kerja di gedung membeli belah telah pun aku tinggalkan kira2 sebulan lebih yg lalu. kerja di sana menyronokkan kerna aku dpt melihat berbagai ragam dan berjenis manusia. kerja di tmpt baru ni pn menarik. aku masih dpt tgk org cume agak kotor sedikit. hahahaha.
semalam kisah aku hampir tamat. sebahagian dari diri aku seperti hilang. aku seperti ingin ke kembali ke zaman lampau. mkgn ini ujian buat aku tuk membuktikan diri aku boleh atau tidak. aku masih tak tau ape akan jadi esok ari. aku tak meletakkan harapan terlalu tinggi tp aku selalu berdoa agar aku dapat apa yg aku hendaki. ujian? boleh di lalui. halangan? lompat aje. tak lepas kene la panjat. aku tak kisah di cemuh dan di hina. dunia memang begitu. andai tidak setaraf maka tidak layak la nk makan di hotel 5 star. kalo taraf yg di kejar, taraf itu perlu di jaga. aku suka aku skrg. blh buat itu ini. tak perlu takut diperhatikan dan memerhatikan org. kalo jatuh blh bgn balik. aku blh bersabar melayan kerenah mereka, mampukah dia bersabar?

status : aku bengang dgn abu

lokasi : mapley
Powered By Blogger