Selasa, April 20

Pengembaraan Di Kota Duniawi

Kisah bermula bila ku mencari cuti untuk ke sana. selepas lama menelaah kalender maka aku pun memutuskan tuk ke sana selama 3 hari. 2 hari mana tahan bai, gua bukannya power rangers.

Perjalanan bermula bila Encik Amir menghantar aku ke Medan Gopeng. lepakan di mamak makan capati sebelum bergerak ke sana. dia sempat memberi syarahan pada aku. hahaha.

Ketika aku sedang berbelah bahagi hendak turun di mana (biasalah mamat ni, suka beli tiket last minute) akhirnya ke kolompo juga yg awal. atas dasar keintelektualan yg maha hebat maka aku pun tertidur dalam bas. pagi td balik pukul 3am. mentang2 cuti dh kompom. slamber aku je balik lewat. hahaha. tika sedang asyik bermimpikan arnab berlumba dgn kura2, aku di ganggu oleh encik cure. damn! gangguan. aku dah bet 10k kot kt arnab! 'dh sampai mana? kul bape nk sampai sini? tanya cure pada ku. aku dgn mamai2 menembak lokasi aku 'aku dh lepas tapah kot. lam kul 5 ke 6 ke aku smp la sana' 'dh smp kol aku' kata cure pada aku. 'orite bos' balasku lalu cube menyambung tidur kembali tetapi tidak boleh. aku terlupa untuk buang air kecil ketika di medan gopeng dan pengajarannya "BUANGLAH APA YANG PATUT SEBELUM ANDA BERJALAN JAUH KETIKA MENAIKI BAS''.

sampai di kl sentral dalam pukul 2pm. 'dimanakah anda?' baru nk kuar? alamak! ape aku nk buat kt sini. bebosanan pasti akan menyusul. lalu aku berpusing2 di setiap ceruk kl sentral. dari atas ke bawah, bawah ke atas. sampai la aku rasa kepanasan. lalu ku pergi ke food court dan mengorder ABC SPECIAL. lazat hingga menjilat sudu. penantian bukan satu yg menarik tp aku jmp sesuatu yg menarik dam penantian ini. tika aku berjalan2, aku terserempak dgn seorang tua berbangsa cina. buta orangnya. yg membuatkan terkagum bila ia mampu berbahasa inggeris dgn fasih. kekaguman itu tidak pun membuka hati aku tuk berbelas kasihan. aku cuma penonton bukan pelakon. hahaha

akhirnya ia tiba ketika aku sudah menunjukkan tanda untuk memprotes walaupun dlm hati ini amat takot andai ia membawa kawan. pasti aku akan terdiam. hahaha. aku kelaparan tapi dia berkata dia sudah makan. adoi. ini tidak adil! lalu kami pergi ke food court. tiada makanan yg mampu meningkatkan hawa nafsu aku. lalu aku dan dia ke mekdi. tidak puas hati bila begernya tidak di jamah langsung. aku pon tak abis makan beger aku. selera betul2 tiada. adakah aku kekenyangan?

dari kl sentral menuju ke mid valley. berjalan2 betul mengikut gerak hati. tak sangka hari tu ade pameran dari jobstreet.com tapi tak masuk pun. org terlalu ramai. aku terpandangkan kedai kek. cambest je ni. lalu mencari secret recipe di sane. jumpa tapi layanan agak kurang memuaskan. dia memilihkan aku kek choc indulgance. aku pon tak pernah rase. maka perjalanan mengikut gerak hati bermula lagi. ahahah. tetibe ternampak pet wonderland. aku teruja untuk lihat hamster2 yg comey2. mengecewakan. smua tak aktif. bosan di sana. ku ingatkan ku tidak akn jumpa kwn2 disana, sekali aku terjumpa org kampung. jiran aku plak tu. WTF! abis la aku pasni. pasti meletop lorong rumah aku. hahahaha. bermain game daytona dgn kesudahan aku kalah. argghhhh! tidak boleh menerimanya tp aku sudah kalah. malu gak kekalahan ni.

ketika balik seperti berat pula untuk berpisah. patukah aku mencari gam paling kuat di dunia untuk melekatkan kami? hahaha. sekadar omongan diri. aku sampai di rumah cure pukul 10pm. sampai2 aku agak kelaparan lalu aku makan beger yg ade dlm beg aku sambil menunggu cure smp. tika sampai di kedai makan, kein trus meluahkan ketidakpuasan hatinya pada aku.. hahaha. sebab aku dia tak dapat beli henset. lantak la.

aku tak tau pudu raya dh pindah. bersusah payah gak aku bertanya sana sini. terima kasih pada yg memberi jawapan (= aku sampai di ipoh pukul 1am. org yg amek aku dtg pukul 3am. hahaha.

aku sentiasa menjadi penunggu ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger