Sabtu, Disember 31

last word in 2011

Life is suck but you must face that suck.

Khamis, Disember 29

pro atau sebaliknya

Aku melihat golongan profesional
Agak angkuh mereka berbahasa Inggeris sesama mereka
Hanya duduk sesama mereka
Mungkin segelntir
Tapi sudah jelik aku melihat mereka
Mereka seperti selesa di tempat mereka
Seperti tiada keinginan tuk menaikkan bangsa mereka

Aku suka lagi melihat pemandu teksi atau bas
Mereka membaca surat khabar berbahasa Inggeris
Mereka masih berbahasa ibunda sesama mereka
Tidak pun kisah penumpang mereka berkulit putih, hitam mahu pun sawa matang
Sedia bercerita bila di ajak berbual

Sabtu, Disember 24

Kehidupan? WTF!

Aku sering tertanya-tanya. Apa itu kehidupan. Walaupun sudah suku abad aku hidup, aku masih tidak dapat mencari kehidupan itu. Aku sering memerhati, sering mendengar dan juga sering membaca. Tiada juga jawapan yang aku dapat. Semakin mencari semakin sukar tuk aku mengenalpasti apa itu kehidupan. Tapi aku masih beruntung, walaupun aku suka menyendiri aku tidak keseorangan. Adakah itu salah satu bentuk kehidupan?

Rabu, Disember 21

blur

Semua orang suka bersendirian tapi tiada siapa suka keseorangan.

Jumaat, Disember 9

Kataku

Gembirakah aku di saat ini?
Mampukah aku ketawa di saat ini?
Sedihkah aku di saat ini?

Aku rasakan kekosongan
Itu yang aku pinta dan
Akan ku biarkan kekosongan itu selama mungkin

Kegembiraan mesti menangis di sana
Kegembiraan mesti berduka di sana

Apakah dayaku
Seluruh tenaga sudah tidak mampu
Menahan segala bebanan

Cahaya kegembiraan
Dengarlah kataku

Andai segala usaha dan doa
Sudah tidak membuahkan hasil
Berserah la padaNya
Hanya Dia mengetahui
Apa yang tersirat di alam ini

Rabu, Disember 7

Ayah

Seperti bukan dalam lena bila ayah datang beri nasihat.

"Kamu kalau nak sesuatu jawatan tu kena la usaha sampai dapat. Jangan tak dapat dah patah semangat"

Aku tersedar, sedang dalam perantauan ayah masih lagi membebel. Ayah rindukan akukah?
Aku di sini sihat-sihat sahaja dan aku akan sentiasa ingatkan ayah. Terima kasih tuk pesanan ringkas itu. Aku sangat hargai. Love u dad.

Jumaat, November 25

Bangsaku

Aku terjaga akibat aku rasakan sejuk sangat. Oh, di Butterworth rupanya. Dah nak sampai. Tak puas sangat tidur dalam bas tapi apakan daya.

Aku terjaga sekali lagi bila dah ada kat Queenbays. Hujan. Renyai-renyai. Tidur lagi best ni.

Turun dari bas lalu aku membakar rokok sebatang. Nikmatnya, dunia. Mata liar memandang kiri dan kanan. Rapid tak masuk lagi, malas la tunggu.

"Kereta dik?" tanya seorang pembawa kereta sapu. Macam tau-tau je aku malas jalan kaki.

"Flat Amnah berapa bang?"

"RM 15 dik." kata dia dengan selamba.

"Murah lagi tak boleh ke bang?"

"Tak boleh la dik." dengan muka bengis dia berkata.

"Bang, Flat Amnah berapa?"

"RM10 dik." kata pula si pembawa teksi.

"Murah sikit tak boleh ke bang."

"Adik nak berapa?" tanya beliau.

"RM5?"

"Tak boleh la dik." dengar kasar beliau berkata.

"Kalau macam tu takpe la bang. Saya jalan kaki tak sampai pun 10 minit."

Sambil berkata pada si pemandu kereta sapu dan pemandu teksi aku berlalu pergi. Niat di hati nak bantu bangsa. Bangsa lak tak bertimbang rasa. Pergi jahanam kat hang pa. Aku rela kaki aku makin sakit. Aku dapat gak makan kat Awet Muda. Tak abis pun RM 10. Dari bayar RM 10 tapi tak jauh mana.

Isnin, Oktober 24

seek the truth

Melayan seek the truth buat aku terfikir apa yang cuba di sampaikan oleh penulis. Aku rasa nak gelak guling-guling tapi takot lak dia ada pasang spy kat semua manusia dalam bumi ni. Kena cari doktor lak. Hahahaha

lepakan

Lepas puas tengok pasukan favourite aku di belasah di mekdi di campur kekenyangan air coke, aku dan Syuk ke tepi pantai Queenbays. Pelbagai kami bercerita. Dari zaman belajar kat Sri Iskandar (dulu dia senior aku kat sana), masuk ke Sepang (dah sama taraf, masuk sekali), sampai la merepek ke mana-mana tah. Agak terhibur aku di sana walaupun Pulau Jerjak agak gelap gelita malam ni. Elektrik di catu, mungkin,
Hidup ni kalau hari-hari nak pikirkan masalah, dah lama aku terjelepuk jadi sampah. Aku harap dengan menggunakan tenaga paksaan ia mampu menjana jalan-jalan penyelesaian. Rupanya jalan itu tak seindah yang aku harap sampai aku takut nak lalui jalan-jalan tu. Nak duduk termenung, dah bosan aku termenung menahan sakit kepala. Nak jalan tak berani. Nak aku buat apa ek? Biarkan? Senangnya cakap. Sampai nafas habis pun tak lalu-lalu. Aku tepu sangat. Hiburan sudah tak mampu hiburkan aku lagi. Ingin mencari rakan dan menceritakan, macam cerita dongeng lak (aku tak reti bercerita masalah aku).
Hidup mesti di teruskan.
Aku berserah padaMu tak kira apa yang akan terjadi aku akan lalui ia. PadaMu aku serahkan diri ini.

Ahad, Oktober 23


Dalam tertekan camni aku pertikaikan semua benda sampai adik aku pun di pertikaikan.

ARGHHH!!!

Aku takkan membenci perempuan kerana aku di lahirkan oleh seorang perempuan dan hidup aku akan lengkap dengan perempuam. Biarlah aku hanya jadi seorang penikai yang mempertikaian apa yang perempuan fikirkan. Betul aku akan akan kata betul, salah aku akan pertikaikan.

.............

Aku bukan suka menjadi stalker. Dan aku baru saje menjadi stalker. DAMN! Sangat panas dan mesti di tenangkan dengan segera. Jom sembahyang subuh.

tak tahu nak buat apa

Dalam kebosanan yang teramat aku men'search' di google mencari ceria-cerita menarik dan aku terjumpa 1 blog yang mempamer top 50 blog paling ramai pengikut.

Penceritaan seperti biasa, tentang seharian, fakta, makanan, cinta dan isu semasa dan ada juga repekan.

Aku merasakan mungkin sebab mereka gadis lawa dan jejaka tampan membuatkan pengikut mereka ramai. Pendapat aku mengatakan mereka memilih gambar yang di pampangkan dari isi yang ingin di sampaikan.

Aku?

Aku rasa ia menarik tuk aku baca dan tengok, aku baca dan tengok. Kalau tak menarik aku ALT+F4 aje. Hahaha

Jumaat, Oktober 21

perantaukah aku

Pejam celik dah setahun sebulan lima hari aku kat perantauan. Masih tak tahu di mana tempat menarik tuk di tuju dan aku masih menuju tempat yang sama. Mungkin aku seorang yang membosankan. Haha.

Selasa, September 27

muthu

Muthu melihat sekeliling.

Lega hatinya bila tiada siapa nampak dia membakar kertas ujian Matematiknya. Appa-nya mesti mengamuk lagi andai appa-nya tahu. Dia tak nak appa-nya marah-marah lagi. Lagi teruk kalau appa-nya mabuk. Pasti badan Muthu lebam sana dan sini.

Dia bukan tidak berusaha. Sudah puas dia bertanya pada Samad. Samad sahaja sudi temankan Muthu ke mana sahaja. Lompat pagar pun mereka bersama. Samad tempat Muthu luahkan segalanya. Samad juga menyuruh Muthu membakar kertas ujian itu.

Amma-nya sudah ada di rumah ketika ia sampai. Muka amma-nya agak tenang. Mungkin malam tadi appa tidak pulang lewat dan mabuk-mabuk.

"Muthu! Sekolah macam mana?"

"Baik amma. Hari ni Samad ajar bagaimana udara masuk melalui mulut dan keluar ikut hidung."

Isnin, September 26

Kucing

"Meow!"
"Meow!"

Seekor kucing comot mengeselkan kepalanya pada kaki seorang perempuan. Perempuan itu tunduk dan membelai kucing comot itu dengan penuh kasih sayang. Lalu di berinya lebihan ayam pada kucing comot itu, Kucing comot itu makan dengan rakusnya.

"Kesian kucing ini" getus hati perempuan itu.

Lelaki yang bersama perempuan itu sudah merah mukanya. Dia benci melihat semua orang di kedai makan itu memerhati si perempuan.

"Biarkan kucing itu. Ramai orang di sini, Pasti si tuan kedai akan bagi lebihan makanan pada kucing-kucing itu"

Si perempuan mengambil kucing comot itu dan memangku ke ribanya. Kucing comot itu makin selesa bila perempuan itu membelainya, di curahkan kasih sayangnya pada kucing comot itu.

Lelaki makin berang.

"Bang kira!"

"RM12.30"

"Keep the change!"

Perempuan tersenyum melihat telatah lelaki.

Sabtu, September 24

Gali

"Gali!!"
"Gali!!"
"Gali!!"

Arahan dari orang atasan.

Aku kadang-kadang bosan tuk terus mengali. Mengali longkang, sungai, dan parit. Semata tuk mengelakkan rumah-rumah besar di tenggelami air andai hujan lebat.

Sambil hisap rokok aku mencongak-congak. Kemana harus aku pergi andai aku tidak terus mengali. Anak bini di rumah perlu di beri makan. Rumah perlu di bayar sewa tiap-tiap bulan. Api dan air.

Aarghhhhh!!

Semuanya perlukan kertas bernilai.

Andai aku belajar bersungguh-sungguh, hidup aku mesti tak macam ni. Tengok si Leman, dah senang. Pergi kerja, bersembang sana sini, tulis sana sini, balik kerja, cukup bulan dapat duit. Si Akub pun senang, hari-hari dapat laba dari hasil kebun sawitnya. Oh ye, dia punya sijil dari universiti pertanian. Aku juga terkontang kanting membanting tulang mengali.

Orang atasan sudah menjeling. Rokok pun sudah habis di hisap. Baru pukul 3 petang. Ada lagi 2 jam sebelum pulang. Apa la yang agaknya bini aku masakkan hari ni.

"Samad! Duk wat pa lagi. Parit ni nak kena siap gali minggu ni jugak!"

"Baik boss!"

Jumaat, September 16

Tepu

Semalan aku lepak-lepak dengan Sepol kat rumah Din layan game bola. Aku berjaya kalahkan Sepol. Lepas tu dia belasah aku puas-puas dalam game wrestling. WTF!
Kemudian aku dengan Din pergi ke Gurney. Hajat nak cari buku kt MPH tapi terlupa lalu lepak layan pantai. Menarik. Banyak orang tempatan dan orang luar.
Mat sampai baru la masuk Gurney Plaza. Sebabkan nak tengok Rowan Atkinson beraksi, aku sekali lagi terlupa tujuan utama aku ke sana. Dan agak kecewa bila semua tiket hanya tuk seat hadapan yang terang-terang habis gambar, urut tengkuk terkehel. Memandangkan tidak berjaya mendapat tiket makanya kami pun turun ke bawah dan dalam kesibukan Mat memilih pelindung tuk iPhone-nya aku terpandang MPH.
Aku tersedar tujuan aku ke sini. Dengan macho-nya aku bergegas ke sana. Aku berharap aku dapat satu buku yang berat yang boleh buatkan kepala aku sakit. Aku kecewa. Buku tu tiada di sana, Lalu aku teringatkan buku yang pernah Amir katakan. Berat ku ketepikan, santai sinis ku dampingi.
Dari kedai buku ke kedai makan. Yah! A&W. Kecik dulu pernah la makan. Besar ni baru nak makan balik. Aku sedawa aiskrim vanila waktu Kyo call bertanya khabar.
Dan yang makin menarik otak aku sekarang sangat tepu. Aku tak boleh nak buat satu ayat ringkas yang kompleks. FUCK.
Dan pagi ini juga aku tetiba gatal menjoinkan diri dalam bidang stalker. Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Panas?
Rilek la, hari redup kot bro.
Lu makan cili lu rasa la itu pedas.
Dalam kemarahan aku terlupa.
"Makan selepas makan. 2 biji itu 2 biji ini. Pastikan habis dalam seminggu. Nanti bengkak surut sila jumpa kami semula."
Arghhhhh! Malas mau pigi makan.

Sabtu, September 3

sayu

Dalam gelak-gelak. Dalam riang ria minggu lepas. Tak sempat lagi nak bersalam raya minta maaf. Dapat lak perkhabaran tak enak di dengar. Semoga Allah mencucuri roh hang Farid.

Selasa, Ogos 16

selamat berpuasa

Pejam celik, dah 16 hari kita berpuasa. Tak sangka, kejap masa tu berlari.

Kalau dulu, masa ni mesti aku ada kat bazaar ramadhan melayan kerenah orang ramai. Macam tak lengkap lak hiudp tak ke bazaar ramadhan. Terasa sangat nikmat puasa selepas betul-betul penat melayan orang ramai tapi semua tu tak sesusah aku kerja tahun lepas. Lagi mencabar jiwa, Tahun ni, kerja aku santai-santai. Penat tetap ada tapi tak macam sudah-sudah. Nikmat, selepas aku mendapat makan kegemaran aku di bulan puasa ni.

Kali ni, aku berpuasa di tempat orang. Betul-betul terasa bila jauh dari keluarga. Macam tak percaya dah dekat setahun aku kat sini. Rindu betul suasana kampung yang di kelilingi bukit bukau. Tak sabar nak balik hirup udara hijau.

Ingat dulu-dulu, macam puasa ni sebab nak dapat duit raya lebih aje. Kalau puasa penuh mesti dapat bonus dari ibu, ayah dan pakcik makcik. Bila dah besar, bila tak dapat lagi bonus, selalu beno tuang puasa. Tak pernah nak penuh cam kanak-kanak dulu. Dah ngalahkan orang perempuan lak tak puasa penuh.

Kalau dulu-dulu, malam-malan macam ni belum nak balik rumah lagi. Dok tawaf kampung main meriam tin. Dok main penggosok periuk sampai lubang-lubang baju melayu. Indahnya dulu-dulu.

Sekarang semua dah berkerjaya. Siap ada yang dah beranak pinak lagi. Macam tak caya 10 tahun tu cepat berlalu. Rindunya nak macam dulu-dulu.

Jumaat, Julai 29

semak, serabut

Semalam. Dari satu ke satu masalah. Serius aku sangat kusut. Rasa nak jerit tapi malu lak. Nanti satu flat melolong. Tak tau nak buat apa. Layan je la masalah ni.

Selamat datang aku ucapkan pada masalah permasalahan.

Ahad, Julai 24

pertama kali aku tak faham

Semalam pertama kali aku naik feri dengan motor. Semalam pertama kali aku pergi Pantai Merdeka. Dan semalam pertama kali aku bersorak dengan riang rianya ketika Malaysia menentang Singapura. Mungkin di sebabkan migrain aku datang maka aku jadi bangang-bangang semalam.
Aku terdengar perbualan beberapa orang-orang tua ketika aku bersarapan pagi tadi. Mereka berbual tentang kekalahan Malaysia. Mereka mengutarakan pemain luar, mempertikaikan kewangan kelab-kelab, mereka mencongak jumalah wang yang di pakai tuk memperbaiki stadium.
Aku rasa semua tu bukan sebab kekalahan Malaysia malam tadi. Kenapa Malaysia kalah? Aku pun tak tau.

Isnin, Julai 18

kau, bangsat!!

Aku bukanlah jenis orang yang pendendam. Atas sebab-sebab terrentu aku akan jadi seorang pendendam yang paling teruk.

Fuck la!!

Lu yang ajak gua datang sini pastu lu tinggalkan gua. Tiap-tiap malam lu bertasbih kat telinga gua tanya gua tinggal sini ke tidak, lu pergi tinggalkan tanpa perkhabaran. Apa jenis manusia lu ni!!

Aku tak tau sampai bila aku nak benci hang. Aku minta maaf kalau layan hang macam gampang tadi dan aku rasa memang hang layak di layan macam tu. Aku rasa hang bukan budak-budak nak aku bagikan semua. Aku akui hang kawan yang baik, cuma hang bangsat tinggalkan aku tanpa alasan munasabah. Niat hang kesini tak sama dengan apa yang hang cakap kat mulut. Aku pun bukan tak bagi pesanan, hang tak yang tak dengar. Jadi, kalau lepas ni kalau aku blah kalau hang ada, jangan la hang nak kata aku berlagak cam gampang ke, dah senang ke.

Bara ini takkan padam.

Ahad, Julai 17

sambil lewa itu aku

Sikap sambil lewa memang tak lari dari aku. Bagi aku semua perkara mesti di buat dalam keadaan santai dan rilek dan selalunya mesti aku kelam kabut di saat akhir.

Seperti tadi, aku ingat nak balik dalam pukul 2 3 petang. Balik rumah lepas breakfast dengan Amir aku boleh bantai tidor. Hahahaha. Dalam kepala dah di set, bas sentiasa ada. Bangun pukul 4 lebih, aku sambung baca buku Antara Kau dan Aku yang aku curi dari bilik Nuun. Dah habis baca baru aku kemas-kemas sambil mesej Heri. Tak berbalas. Aku call, rupanya di tak siap lagi buat motor. Teringatkan Amir ada kat kampung, maka di bersetuju selepas aku buat satu panggilan.

Si penjual tiket beria-ria mengatakan bas itu akan singgah ke Hentian Sungai Nibong. Malas nak fikir panjang aku pun bayar la RM18. Sampai di Butterworth aku terbangun. Tinggal aku seorang dalam bas. Pakcik tu tanya, "Adik nak pergi mana?" Aku cakap la nak pergi Sungai Nibong. "Kami tak pergi pulau dik." kata pakcik tu lagi. Aku dah bara, "Apa ni pakcik, saya bayar RM18 tuk ke sana, kalau macam ni baik saya naik Seri Maju. Baru RM16.80." Pakcik tu mengelengkan kepala memandang aku. Aku lalu turun dari bas. "Naik feri la macam ni." kata aku lalu blah dari situ. Kimak betul penjual tiket tu. Tunggu aku balik nanti. Kompom carutan aku bagi.

Dalam keserabutan memikirkan bateri handphone habis, aku di sepak oleh Farid. Ada gak kawan atas feri. Dapat gak meluahkan perasaan. Aku pun dah selamat sampai. Pagi karang nak bangun lak. Simpan bara ni tuk balik nanti. Jaga kau di penjual tiket penipu!!

Sabtu, Julai 9

apa punya cerita daa

Ada orang bertanya pada aku, "Pernah tak ada orang belanja hang nasi sepinggan?"

Aku diam tersenyum.

"Kalau ada bagi tau aku, biar aku cakap terima kasih kat dia"

Aku tersenyum. Tidak mengiya dan menidakkan.

Dan dia bertanya lagi, "Ada tak orang sanggup bagi hang RM10 walaupun masa tu dia ada RM20 aje?"

Aku diam tersenyum lagi sambil kawan mamat tu berkata, "Kalau aku, sori la. Jangan harap aku nak bagi"

Aku tetap tersenyum. Bukan aku tuk menjatuhkan orang depan kenalannya.

Aku pernah ada sahabat yang pernah bagi aku makan nasi waktu aku susah. Aku juga ada sahabat yang boleh bagi RM5 walau pun tika itu ia hanya punya RM10. Dan aku juga punya sahabat yang buat aku rasa BANGSAT kat dia.

Aku perhatikan mereka. Dari bekas jururawat kerajaan ke pegawai polis, pegawai KWSP, bekas pekerja kerajaan dan orang-orang lama. Aku tak faham apa yang mereka bincangkan. Yang aku nampak, tiap kali lelaki yang datang, mesti rokok aku dorang kebas. Sorang tu siap kebas lighter aku lagi.

Aku tersenyum ketawa.

Aku di tanya satu soalan, "Hang dengan 2 orang kawan hang ada kat depan gua tapi 2 orang kawan hang tak nak masuk. Hang sorang aje masuk. Kalau hang sampai dengan selamat hang nak tak sms atau call kawan hang yang kat luar tu?"

Kawan mamat tu menyampuk, "Kalau aku, jangan harap la. Aku dah bersusah payah dalam tu, takkan senang-senang aku nak bagi tau jalan tu selamat."

Aku tak berkata apa. Tersenyum memandang mereka. Yang tau siapa aku akan tau jawapannya.

Sabtu, Julai 2

orang-orang itu aku

Aku di gelar orang KL
Hanya kerana aku makan burger dari Mc Donald

Aku di gelar orang KL
Hanya kerana aku makan kek dari Secret Recipe

Aku di gelar orang KL
Hanya kerana loghat aku

Kampungkah aku
Andai aku makan burger Malaysia?

Kampungkah aku
Andai aku makan kek lapis atau kek pisang?

Kampungkah aku
Andai aku berloghat bahasa Urdu?

Aku memang orang kampung

Aku memang orang kampung
Aku bisa makan sambal tempoyak mahu pun sambal konen

Aku memang orang kampung
Bisa mandi di parit dan bendang

Aku memang orang kampung

Pandang dari perlakuan aku
Kau silap
Sangat silap

Bertanyakan padaku
Aku malas nak jawap pertanyaan orang cam kau

Ahad, Jun 26

cerita dulu dan hari ini hari besar tuk beliau

Hari tu kawan aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tak lah teruk mana. Luka sikit je pun. Motor pun tak teruk. Tapi aku sangat tak puas hati dengan si mata sepet tu. Dah la anjing nyalak-nyalak dalam kereta. Kalau keluar kompom aku bagi Tendangan Suria Perkasa Hitam. Dah la kata tak salah, datang si laki pun 2x5. Ajak cerita kat balai tak nak pulak. Dah sampai bengkel mintak pulak kawan aku tambah RM50. Tak bersyukur, kawan aku tak minta duit ubat. Bengong.

Cerita-cerita motor buatkan aku teringat macam mana kemalangan aku pertama kali dengan motor dulu. Tak la sampai patah riuk, yang pasti buat aku ketawa.
Cerita bermula bila aku nak mengisi minyak motor arwah atok aku. Honda Cup 70 je.
Masa tu aku umur 9 10 tahun kot. Dah isi minyak motor tak boleh start lak. Dengan menggunakan kepandaian yang di ciplak dari sedara mara, aku pun menuruni bukit kecil. Dapat pun hidup. Dengan riang ria, aku mendaki bukit. Al maklum la, jalan kampung. Tepi jalan lak parit. Naik-naik bukit dengan riang ria terlupa nak brake. Maka aku pun menuruni bukit menuju ke parit. Debush!!! Selamat ada orang tolong tarikkan motor. Balik kena ceramah dengan Pak Tam aku sebab Pak Tam aku nak bawak motor tu balik ke Subang kot. Akibat berlagak nak bawak motor.

Dah besar sekali lagi berlaku. Waktu tu aku form 4. Pinjam motor Fizi nak call Mat Juan. Tengah-tengah pederas, boleh la minaci tu berhenti tengah jalan. Ke kanan kang terlanggar lak Gerai Burger Cik Zali, ke kiri dah kompom langgar divider. Aku pon brake lalu terjatuh, dan gampangnya motor minaci tu tetap statik. Aku betul-betul berhenti terseret tepi motor minaci. Tak berbaloi betul. Aku gak dapat parut kekal samapai la ni.

Dan paling best jatuh depan GM dengan Kudin sebab nak buat hensem follow gadis naik skuter gara-gara tayar di polish. Din Din..

Dan yang paling best, hari ni kawan baik aku dah selamat dapat projek tuk bina masjid. Tinggal menghitung hari menanti masjid siap di bina. Tahniah weh. Usaha keras pasti mendatangkan hasil.

Selasa, Jun 21

Selamat Hari Bapa

Mungkin terlewat tuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa. Aku tetap nak menaip walaupun aku dh terlambat 2 3 hari.

Beruntung aku di lahirkan ada bapa yang aku panggil ayah. Walaupun aku tak rapat dengan dia, aku tetap hormati dia. Banyak aku belajar dari perlakuan dia. Walaupun dia garang, ganas, kejam sebab pernah belasah aku masa aku kecik dulu, dia ada sisi yang lembut. Dia persis bapanya. Aku mungkin tak garang dan ganas macam dia tapi aku punya sisi lembut dia. Dan yang paling buat aku kagumi dia, dia peneman setia ibu aku. Tak kira seteruk mana ibu di timpa ujian, dia pasti di sisi menemani ibu. Aku berharap aku dapat yang itu dari dia. Dan juga aku berharap aku dapat melepak dengan dia di kedai kopi macam aku lepak dengan kawan-kawan.

I LOVE U WAK LAN


My Dad My Hero

Sabtu, Mei 28

senyum tak perlu kata apa apa

Malique kata, senyum tak perlu kata apa-apa. Aku boleh senyum. Sampai bila aku tak pasti. Malique juga kata bagi perempuan itu dengar lagu dia. So jom try..

Rabu, Mei 4

osama dah mati ke?

Kuala Lumpur - Setelah bertahun-tahun menjadi buronan nomor satu dunia, Osama bin Laden tewas dalam operasi rahasia AS di Pakistan. Pemerintah Malaysia menyambut kematian pemimpin jaringan teroris Al Qaeda itu.

Menteri Dalam Negeri Malaysia Hishammuddin Hussein berharap, kematian Osama akan membawa dunia menuju perdamaian.

"Saya harap itu akan menuju ke keamanan yang lebih luas, perdamaian dan harmonisasi universal, yang merupakan tanggung jawab global kita bersama," ujar Hishammudin seperti dilansir harian Malaysia, The Star, Senin (2/5/2011).

Namun Hishammuddin mengingatkan bahwa terorisme internasional tidak berpusat pada satu individu saja. Dikatakannya, meski Osama telah tewas, penting bagi semua pihak untuk memahami akar penyebab timbulnya kelompok-kelompok militan.


Petikan akhbar lalu. Apakah maksud perdamaian di situ? Dengan matinya seseorang adakah akan ada kedamaian? Bukankah ia hanya akan mencetuskan sifat balas membalas. Sampai bila nak habis kalau asyik balas membalas? Dan mengapa orang yang seagama yang dengannya berkata begitu? Tak faham aku dengan dunia ni.

Selasa, Mei 3

kerja gila, orang gila dan aku memang gila

Akhirnya selesai juga proses pemindahan rumah. Kerja gila, orang gila dan aku memang gila.
Aku angkut semua naik motor. Tapi tak la sekali angkut. Tiga kali angkut dan tiga kali angkut tu memakan masa hampir sebulan. Kemalasan aku yang nk pergi ke rumah lama yang hampir 12KM jauhnya. Paling best aku angkut waktu pagi. Waktu tu orang nak pergi kerja. Aku perasaan yang pakcik polis trafik tu pandang aku semacam bila aku bawa baldi dalam raga. Tak pun pakcik polis trafik tu fikir aku kerja lap tingkap bangunan beso-beso. Hahahah.

Sekarang aku tinggal di kawasan yang punya segalanya. Nak ke kedai makanan segera, Tesco, stesen bas nak balik kampung, semua boleh berjalan kaki. Cuma yang tak best kat sini agak panas berbanding tempat lama. Mungkin tiada bukit-bukit semulajadi buatkan tempat di sini agak panas.

Dan sekarang aku tinggal bersama tiga orang budak Kedah. Dua orang sama tempat kerja dengan aku. Lagi seorang aku tak pasti kerja di mana. Malas nak tanya orang kerja apa. Walaupun dah sebulan aku masuk rumah ni. Aku masih tidak boleh bertutur bahasa Utara. Maafkan aku kawan-kawan serumah dan setempat kerja. Bukan hendak berlagak tapi inilah aku. Tapi ada gak aku terperasaan yang seorang ni suka beno paku aku. Hahahah. Lantak hang la.

Kerja makin mencabar. Belum khatam satu benda dah kena blajo satu benda. Dan sekarang aku masih tak faham mesin yang aku baru blajo ni. Sakit pale dan aku selalu buat yang aku reti aje. Sori la Kak Ina. Bukan tak nak tolong, tapi tak tau yang mana boleh masuk Step, yang mana boleh masuk Cavity, yang mana boleh masuk Mill00 dan yang mana tak boleh masuk langsung. Tu tak kira nak kene measure cavity lagi. Takde reading langsung. Blur gile.

Apa pun, kerja ni memang best selagi ada kerja nak buat.

Sabtu, April 30

mabuk di bumi nyata

Tiada yang indah selain dapat mendengar suaranya.
Seluruh diriku di gamit kerinduan.
Amat hebat perasaan itu.
Sepertinya aku mahu mengoncangkan dunia.
Ingin aku katakan bahwa aku sangat mencintai dia.
Namun.
Aku masih berpijak di bumi yang nyata.
KetentuanNya tiada siapa dapat menjangka.
Aku merancang dan berusaha.
Tulang empat kerat kan ku banting tuk mencapainya.
Pada Mu aku berserah.
Aku menyerahkan segalanya.

Khamis, April 28

babi gila pun tak sibuk macam aku

Gila babi punya sibuk sampai tiada masa tuk berdunia. Aku terlalu sibuk dalam dunia kerja. Belajar benda-benda baru sampai aku kadang-kadang terlupa benda yang aku dah pelajari. Bull sial!
Pada orang sekeliling. Aku tetap ingatkan korang. Waktu senggang aku agak terbatas waktu ini di tambah pula bateri handset yang semakin nazak dan menunggu masa tuk di kebumikan.
Berjumpa kita waktu senggangku.
Salam rindu dari seorang anak, cucu, kekasih, sahabat, kawan, dan lawan dari aku..

Rabu, April 6

hati masih marah

Saat ini, diriku di penuhi berbagai perasaan negatif. Aku masih marah di tinggalkan begitu sahaja. Hanya perkara kecil. Ia melarikan diri dari menghadapinya. Aku sangat marah bila janji yang dia buat rupanya palsu.
Gua dah kena kencing beb. Hancing gila kau punya kencing ni!
Apa yang dapat bila berlari-lari? Kalau berlari di padang atau waktu petang mungkin kesihatan akan bertambah baik dan mengelakkan bermacam penyakit. Berlari dari masalah hanya membanyakkan masalah. Aku tak kisah kalau kawan aku jadi Mat Jenin, kena gasak tu normal la. Ada usaha mesti menjadi. Menggasak tuk menaikkan semangat. Kalau terjatuh tak yah berkawan. Pergi duk kat hutan, kawan dengan binatang dan tumbuhan kat sana. Mesti tiada kritikan di sana.
Tak usaha berkata bahawa 'aku tidak kuat' 'aku ingin cari ketenangan' itu semua ayat bangang. Ayat orang tak boleh menerima kenyataan. Kalau hari ni dah lari. Esok macam mana? Bukan satu je masalah datang. Beribu, berjuta lagi menunggu. Face it la. Pergi mampus la kat mereka. Sebelum mereka wujud ada mereka datang bagi seposen dua beli cekedis? Tade bro. Mereka beri seposen dua bila mereka dah mengenali kau. Sebelum ni kawan-kawan di belakang kau, push kau ke depan, bangunkan kau waktu kau jatuh. Kenapa sekarang kau nak ikut cakap mereka? Kawan-kawan dah pupus ke dalam dunia ni sampai kau tak boleh bangun. Mana semangat kau? Mana misi kau? Semua hilang bila kau di kecewakan? Kalau hari ni kau tak boleh nak hadapi, macam mana kalau cerita ni berulang lagi. Kau nak lari lagi? Kau nak aku gelakkan kau seumur hidup kau ke? Kau nak aku jadikan kau bahan lawak di tiap kali kita berjumpa? Kalau itu yang kau mahukan. Bersiap sedialah.

Isnin, April 4

aku tak kuat

Melihatkan mereka
Oh
Indahnya dunia mereka
Bersama teman dan keluarga

Aku keseorangan menikmati petang
Memerhatikan laut dan pulau
Cuba menikmatiki kedamaian
Kedamaian sekeliling yang aku dapat
Di dalam tiada

Aku lihat gadis itu memetik gitar
Kaawannya menyanyi bersama
Gembiranya mereka

Di kiri dan kanan
Berkelompok manusia

Si anak kecil berlari-lari
Ibu dan bapa memerhati sambil mmenikmati petang
Ada yang berkata
"Berhati-hati jangan sampai terjatuh"

Yang membawa teman
Samada kekasih atau kawan
Leka bersembang
Leka ketawa
Ada juga bergambar
Riang ria mereka di sana
Seronok hari minggu mereka

Aku keseorangan di sini
Tiada teman tuk di ajak berlibur

Kesunyian mengamit sisi lembutku
Aku sedar sekarang masa tuk bertanggungjawap
Tiada main-main seperti dulu kala

Di sisi lembutku
Aku masih perlukan mereka

Sabtu, April 2

semalam dan hari ni masih sama

Sedar-sedar dah sebulan berlalu. Pejam celik pejam celik dah sebulan ye. Tak sangka betul dan suasana ini masih tidak berubah. Indahnya.

Andai sebulan yang lalu aku melepak mengenangkan diri sebagai seorang penganggur tapi kali ini aku lepak sebagai seorang yang sudah berkerja. Kerja pun susah tak kerja pun susah. Suara hati yang sedikit merungut. Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Manusia, inilah dia.

Sambil duduk termenung menikmati laut di kala petang, kepala sibuk memikirkan macam-macam. Dari ke kecil sampai ke besar. Dunia jatuh atas kepala aku. Bedebuk! Sakit!

Aku teringat kata-kata dari Kecik, "Rezeki ada di mana-mana dan tiada hadnya. Yang penting kena rajin. Macam sale aku malam ni, RM200, tu pun datang pukul 7. Cuba aku datang pukul 5 tadi. Mesti lagi banyak." Bukan tak berusaha lebih, aku tak dapat puaskan diri aku lagi. Macam mana aku nak puaskan orang lain kalau diri sendiri pun tak puas. Orang yang menjala tu, susah gak dia. Dia berusaha ke sana ke mari tuk dapatkan ikan. Itu pun kalau dapat. Kalau tak dapat, dia masih tak putus asa. Aku bukan la jenis cepat putus asa tapi dalam diri ni banyak sangat main-main + malas. Malas dah nak malas-malas. Jom berusaha sampai tak nampak dunia. Amin.

Tengok orang bawa anak, teringin cam nak ada anak. Seronok la mereka yang ada anak. Macam-macam aku bayangkan kalau ada anak. Sampai tak tersenyum sendirian. Insya Allah ada rezeki akan sampai juga masa tu. Semoga di panjangkan umur tuk sampai masa tu.


Aku berniaga minyak wangi. WTF!

Ahad, Mac 27

ape ni


Hoyeah!!

Dah 100 dah weh!!

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun aku terlibat dalam dunia blog. Di perkenalkan oleh Amir tapi agak lewat menceburkan diri kerana terlalu sibuk membuat kajian apakah baik buruknya blog ni. Hahahaha.

Blog tempat aku meluahkan segala perasaan tentang apa yang aku rasa, aku lihat dan fikirkan tentang segala yang berlaku di sekeliling aku. Aku mungkin betul dalam semua luahan dan pendapat aku. Anda yang membaca yang menilai dan membetulkan ia. :)

Terima kasih pada yang setia mengikuti perkembangan-perkembangan yang tidak pernah berkembang dan meluangkan masa di blog ini.

TERIMA KASIH

Sabtu, Mac 26

minyak wangi

Berkawanlah dengan orang yang menjual minyak wangi maka wanginya kita akan dapat.

Lebih kurang begitulah ungkapan seorang sarjana Islam. Ia tidak salah dan benar sekali. Bijak memilih kawan, hidup tidaklah menyusahkan sangat. Mak ayah pun dah pesan waktu kita kecil-kecil dahulu. Pandai-pandai pilih kawan. Jangan kawan dengan budak nakal. Jangan kawan dengan anak si anu tu, anak si anak anu tu buas. Anak si polan tu pun jangan kawan, kuat bergaduh. Mana anak yang patuh, akan dengar kata ibu bapanya. Mana yang nakal, akan berkawan juga dengan mereka.

Apa kena mengena dengan aku? Aku tak lah memilih kawan. Aku tak kisah nak kawan dengan budak-budak baik atau nakal. Sama je mereka. Makan nasi gak. Cuma kalau kawan-kawan nakal ni agak seronok bagi aku. Mungkin aku tergolong dalam lingkungan budak nakal maka aku seronok berkawan dengan mereka tapi waktu belajar kawanlah dengan budak-budak baik baru dpat ilmu sikit. Haha. Yang best tentang budak-budak nakal ni bukan nak popular ke atau wanted ke, sebab dalam kepala mereka sama macam dalam kepala aku. Apa saja boleh jadi secara spontan. Menarik dan mencabar. Yeah! Hidup budak nakal!!

Berkawan? Hatta dia anak raja ke, bakal jadi Ultraman ke, pengemis ke, kalau mereka nak berkawan aku, aku berkawan je dengan mereka. Zahirnya aku agak pendiam bila memulakan sesi suai kenal. Bukan kerna sombong atau malu. Aku tiada idea tuk topik permulaan. Aku akan bercakap banyak bila dah kenal. Maka kenali aku dahulu tuk tengok aku bercakap banyak :p

Kawan aku seorang peniaga minyak wangi. Mengusahakan perniagaan keluarga. Dah sehari setengah kat sini dan ada lagi sehari setengah tuk memerhatikan orang ramai. Dia berniaga di pasar-pasar pagi dan malam di Kulim dan Penang. Mengikutnya mengingatkan aku kembali memori berniaga air di pasar pagi dan berniaga ayam di pasar malam. Aku tidak kekok tuk berada di sana cuma aku kekok bila aku datang sebagai pembeli. Dan pagi tadi di timpa hujan dan sedikit angin kuat. Tengok pembeli berlari-lari mendapatkan tempat teduh dan ada yang berlari ke kereta dan motor. Rindu gila kat situasi macam ni.

Diriku tidak punya sekeping kertas yang boleh aku banggakan di sana dan di sini
Diriku hanya punya memori suka dan duka aku yang boleh aku kongsikan di sana dan di sini

Khamis, Mac 24

bencik

Melihat Si Laki membuatkan benci aku bertambah saban hari. Apakah yang di mahukannya? Aku tidak faham apa yang Si Laki itu fikirkan. Si Perempuan berkerja keras sedangkan Si Laki bersantai-santai di rumah menunggu waktu makan bersama. Sepertinya Si Lelaki mahu bersama-sama dengan Si Perempuan tidak kira di tempat kerja atau pun di mana-mana. Tak faham dengan Si Lelaki ni.

Si Perempuan ni kadangkala aku tengok meluat pun ada. Orangnya elok-elok aje. Cuma kadang-kadang suka main serbu. Tanpa memikirkan jiran-jiran semuanya berbangsa seperti aku, Si Lelaki dan Si Perempuan. Sudah di tegur tapi agak keras kepala. Maka lantakkan mereka. Menambahkan benci hanya merosakkan diri aku.

Hari ini dengan semangatnya Si Lelaki mandi awal. Aku sedikit terkejut. Dia kata ingin mencari kerja dan aku juga punya niat tuk mengajak beliau sambil mengambil kad bank. Rupanya Si Lelaki pergi bersama Si Perempuan. Dan Si Perempuan ingin meminta kerja juga. Aku yang mamai bertambah mamai. Kerja sebelum ni dh ok aku rasa. Dari 8 jam kenapa mahu ke 12 jam? Aku semakin tidak faham dengan mereka ini.

Biarkan mereka hanyut kerna aku sudah tidak bisa berkata apa.

Khamis, Mac 17

rindu

Di sini rindu
Di sana rindu
Hati berbunga
Saban hari

Di sini rindu
Di sana rindu
Ingin bersua
Masa mencemburui

Di sini rindu
Di sana rindu
Suka dan duka
Harungi bersama

Di sini rindu
Di sana rindu
Di sini kata 'I Love You'
Di sana kata 'I Miss You'

Di sini rindu
Di sana rindu

Selasa, Mac 15

hujan

Buka sahaja pintu, aku termenung. Alamak, hujan agak lebat. Belum boleh pulang lagi. Sambil duduk di bangku, aku teringatkan apa berlaku tadi. Setiap orang akan melakukan kesilapan. Dan semua orang belajar dari kesilapan. Umpama tersepak batu di tepi jalan, kaki pasti berdarah atau pun bengkak. Dan pengajarannya, berhati-hati jumpa si batu lepas ini.

Pagi-pagi yang hujan ini, aku termenung memikirkan bermacam-macam masalah. Tiada masalah mencari masalah. Hujan itu rahmat dari yang Satu. Membawa rezeki kepada peladang dan petani. Di kala hujan ini, aku rasakan udara di pagi ini sungguh nyaman dan tenang. Alangkah bagusnya kalau dapat ku hirup udara ini setiap hari. Tidak perlu adanya udara kotor dari bas dan lori.

Hujan sudah sedikit reda. Jam di tangan pun sudah hampir pukul 6.30 pagi. Sudah boleh pulang ke rumah.

Menikmati pagi hari yang hujan dan sedikit sejuk. Aku pulang ke rumah dengan hati agak sedikit gembira pagi ini. Kamar beradu sudah memanggilku. Masalah-masalah dunia akan ku tinggalkan sebentar.

Terima kasih hujan di pagi hari. Tidurku pasti lena.

Selasa, Mac 8

selamat hari wanita sedunia

Wanita. Definisai tuk perempuan yang dah dewasa.



Wanita disekeliling aku hebat-hebat belaka. Ke dua-dua opah aku di lahirkan di zaman Jepun dan merasa waktu zaman kecilnya di waktu komunis menakluki Malaya. Emakku mungkin anak lepasan merdeka. Hidup di zaman sesudah merdeka. Emakku juga hebat kerna dia seorang askar. Aku agak sedikit cemburu bila emakku mengatakan di pernah ke Gunung Tahan di waktu aku masih aktif bergunung dahulu. Masih cemburu sampai sekarang. Kedua makcik ku juga hebat. Kakak ayahku dan adik emakku, keduanya berkerja sebagai jururawat. Kakak ayah ku menjawat jawatan Sister kalo tak salah aku dan adik emakku kini sebagai bidan, menyambut kelahiran bayi-bayi comel. Kedua adik perempuan ku juga hebat. Mereka berdikari di dalam dunia mereka. Merungut perkara biasakan dik. Hahaha. Dan wanita terakhir dalam kamus hidupku. Orang yang aku sayang. Dia juga tak kurang hebat. Bakal bergelar siswazah tak lama lagi. Aku kagum dan sedkit cemburu (padahal banyak-ayat cover). Mereka hebat-hebat belaka. Ingin aku berdiri dan mengatakan mereka hebat dan sedikit tepukan ingin aku berikan.

Wanita zaman sekarang sudah agak canggih berbanding dulu. Wanita zaman sekarang sudah pandai mengunakan segala bentuk media tuk mengukuhkan kedudukan dan kepentingan mereka. Aku bukan nak membidas perempuan. Di sempena hari wanita ni aku cuma mahu merepek dan mengelamun sementara menanti waktu tidur. Bagi aku itu bukan salah mereka. Mereka punya hak tuk meluahkan apa terbuku dalam hati mereka. Fasakh sudah membuktikan wanita berhak menuntut hak mereka. Mungkin di zaman ini, ideologi dari barat membuatkan mereka melupakan hukum-hukum. Mereka membawa ideologi kebebasan wanita. Kebebasan dengan mengatakan mengenakan purdah atau tudung menyekat kebebasan wanita. Mereka mengatakan wanita tidak boleh menerima lelaki berkahwin empat. Apa semua tu? Ideologi dari orang yang hanya nak menikmati dunia semata. Persetankan wanita-wanita dengan ideologi mereka yang tak berapa betul tu. Wanita-wanita kita layak di kagumi dan di sanjungi daripada mereka yang tidak cukup kain.



~inspirasi dari status bo~

Isnin, Mac 7

bila aku jadi superhero

Hari ni aku berperasaan sekali bahawa aku la power ranger putih yang di gilai ramai pada akhir tahun 90an dulu. Dengan semangat waja, aku berjuang selama 12 jam. Mampus kau raksasa durjana!!

Dengan riak dan takbur menggunakan Hange No Jutsu berubah kepada hero 90an.

Hakikat sebenar yang aku sembunyikan di sebalik Hange No Jutsu. Lalalala. Masih persis power ranger putih kan. Hahahah

Jumaat, Mac 4

dunia

Dah lama tak makan Mee Sedap. Teringat lak masa kat IKBN dulu. Mesti makan Mee Sedap waktu tengah malam. Jom layan lagu ni sambil makan Mee Sedap.



Dunia-dunia yang menyesakkan nafas aku. Sama sesak seperti aku kena tahan nafas bila penyembur-penyembur nyamuk datang membuat lawatan. Mesej yang menyesakkan mindaku. Dah la baru bangun tidur. Dapat lak mesej sebegitu rupa. Esok perlu di lunaskan. Tak boleh bawa berbicara ke? Aku cuba menelefon tuk mendapat sedikit budi bicara. Panggilan pertama dengan caller ringtone lagu Siti Nurhaliza tidak di angkat. Panggilan kedua di sambut dengan kesan bunyian dan gemaan entah dari apa. Panggilan ketika telah di letakkan. Deh, aku berbicara kenapa mesti tidak dapat aku berbicara. Malam karang aku cuba sekali lagi dan kalau tiada juga. Harap maaf la.


Tak kira ia besi atau sekeping kertas. DAMN! Benda ni amat penting dan bernilai tuk zaman ni.

merepek sepam dua

Aku rasa nak berak. Tapi kefobiaan yang melampau buatkan aku takut. Tengah serabut-serabut la masa tu nak berak la, telinga minta di korek la, hidung gatai la. Ish nyampah pun ada. Kosentrasi aku membaca manga terjejas!


Aku suka watak Hinata ni. Kadang aku jadi cam dia. Terlalu pendiam. Watak dari Head House Hyuga tapi tak iktiraf oleh bapanya sebab sifatnya. Aku sedikit terkagum bila Masashi Kishimoto memberikan keberanian pada Hinata. Cayok la Hinata!!

Isnin, Februari 28

Aku dan Isnin

Hembusan bayu laut
Kicauan sang burung-burung
Hiruk pikuk deretan kenderaan yag berduyun-duyun
Di temani sistem bunyian kenderaan berat di langit biru
Indah
Bila ciptaan yang Esa dan manusia bersatu

Lautan yang beralun
Gunung utuh walau di pukul badai
Aku keseorangan melihat dunia hari Isnin

Kapal dan pelantar minyak di lautan
Membuat aku terfikir
Bagaimana hari Isnin di sana
Mengamit perasaan aku ingin tahu apa berlaku disana

Bot-bot kecil berdayung perlahan
Berdayung menghampiri Jerejak di depan mata
Jambatan megah sayup dari pandangan mata
Seperti sayupnya destinasi tujuan aku

Desiran angin pantai menepuk-nepuk pipiku
Membangkitkan aku dari khayalan dunia
Bingkas aku bangun menuju destinasi
Hariku sangat indah

Khamis, Februari 24

minda kosong

Hati tuk melibur sudah tiada
Lagu sudah seperti hilang bunyinya
Kedengaran hanya suara dari radio yang kehilangan siaran
Aku tepu dalam duniaku
Menanti ajal yang takut tuk ku hadapi

Aku cuba kembali ke semalam
Hari aku bermasam durja
Aku cuba kembali ke semalam
Aku cuma dapat kenangan semalam
Aku cuba kembali ke semalam

Corakan semalam
Mewarnakan hari ini
Corakan semalam
Mengambarkan hari ini
Corakan semalam
Aku tersilap mencongak

Bait-bait indah cuba ku semai
Lain pula jadinya
Mungkin aku belum bisa menjadi pencinta sejati
Seperti mana Arjuna dan Romeo

Lagakkan aku persis si lanun
Berhenti di satu pulau
Merompak, mencuri dan kembali ke lautan tanpa arah

Ataupun lagakku seperti pembunuh yang tidak berhati perut
Mengumpankan kata-kata sebelum membunuh

Aku rasakan aku akan merindui masa lalu
Ia sangat indah
Membuatkan aku lupa akan kesengsaraan

Aku sudah banyak melakukan kesilapan
1, 2, 3, 4
Sudah tidak terhitung dosaku

Aku memohon 10 jari meminta maaf
Aku tidak sempurna dan sempurna tidak ku harapkan.

Rabu, Februari 23

Goyang paler



Lagu yang aku dengar ketika di zaman sekolah menengah dulu. Mungkin aku sukakan Cat Farish maka aku dengar lagu ni. Ate, moh dengar lagu ni ^^,

Selasa, Februari 22

apa lu orang merepek ni

Haishhhh.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni. Sampai kes liwat pun nak canangkan satu dunia. Macam tade saudara mara. Tak malu ke kat pak menakan dengan mak menakan kat kampung. Dulu jenama sependar. Sekarang benih orang lain lak. Aiya! Tada duit ke macha sampai nak buat lagu tu. Sengkek-sengkek pun, maruah tu jaga la. Dah la jatuhkan maruah orang, maruah diri bertambah hina. Memalukan kaum Adam betul la lu ni. Dulu waktu kene taram awat tak repot polis. Awat tak tak malukan diri dulu. Sebab dia ada kuasa waktu tu lu takut? Ish3. Lu tunggu orang dah jatuh baru lu berani? Itu bukan menegakkan keadilan saudara. Itu dah macam nak penuhkan kocek yang kosong. Pelik la lu orang ni. Suka abang-abang kakak-kakak wartawan menulis cerita lu orang. Bos-bos mensasarkan nombor 1. Syabas aku ucapkan.

Ahad, Februari 20

berarak mendung bak kata newboys

Pagi Ahad yang mendung. Seperti mendung dalam diri aku. Aku dan dia saling ingin berkongsikan sesuatu, masa seperti menghalang kami. Aku online di siang hari, dia online di malam hari dan begitu sebaliknya. Aku tidak punya kredit tuk menghantar pesanan ringkas. Aku takut mengunakan telefon rumah. Aku juga takut berjanji melibatkan masa. Memerhati dari jauh dan merasa perasaan sendiri tuk melihat keadaan dia tidak cukup bagi aku.

Senyumannya menggembirakan aku
Tingkah lakunya sering membuatkan aku geram padanya
Ceritanya menjanakan saraf-saraf otakku
Lawaknya membuatkan aku sering tertawa
Rajuknya membuatkan aku serba tidak duduk diam

CINTA AKU HANYA DIA

Dia sama seperti orang lain punya kelemahan, dalam kelemahan dia punya kekuatan sendri. Dia sering mengatakan dia tidak pandai, hakikatnya dia bukan orang yang begitu. Dia kata dia seorang pelupa, mungkin dia terlalu banyak fikirkan orang di sekelilingnya.

DIA ISTIMEWA DALAM HIDUP AKU

Sabtu, Februari 19

saya sayang awak, awak sayang saya tak?

SAYA SAYANG AWAK, AWAK SAYANG SAYA TAK?

Di mana sahaja aku jumpa ayat ni pasti aku aka rasa sedikit geli dan nak termutah. Hahahaha. Manusiakan. Walaupun hakikatnya aku pakai agak ayat ni. ~malu~

Aku kadang-kadang tak faham dengan sikap segelintir manusia. Apa yang mereka nak dari manusia lain. Taraf? Gaya hidup? Pemikiran yang sama? Aku tak faham dengan mereka kadang-kadang. Kebebasan aku milik aku. Suka hati akulah nak coretkan apa yang aku suka di mana-mana. Kalau semua tak boleh, bikin satu time machine dan kembali ke masa lampau, buatkan 1 peraturan bahawa ada undang-undang dalam kebebasan. Kalau tak boleh, ikutkan sahaja resam itu. Tunduk-tunduk padi, dah cukup masa dah boleh jadi beras. Lumpur-lumpur keladi, dalamnya putih bersih.

Tidak salah berkomen. Kritikan pembimbing ke jalan yang betul. Pada-pada berkomen. Tak dapat gasak aku jangan nak suka-suka petik orang lain. Aku aku kau kau.

Sekian, coretan yang penuh emosi dari aku.

Isnin, Februari 14

perjalanan

Perjalanan hidup ni aku rasa tak seperti jalan-jalan yang di dunia. Tak lurus seperti yang di harapkan. Aku tak percayakan karma. Aku percayakan Qada' dan Qadar.
Pagi tadi aku terbangun pukul 8.30 pagi. Dan aku termenung sebentar. Patutkah aku salahkan handphone kerana tidak berbunyi? Patutkah aku hamburkan kata tidak elok pada benda yang tidak bernyawa?
Dalam sedar ku, aku melangkah ke tandas lalu bermandi-manda. Aku rasa sangat bersalah. Pagi-pagi aku menyudahkan segala urusan peribadi. Dan dengan pertolongan seorang rakan yang menolong print kan resume aku, walaupun resume itu salah, aku ke sana sini mencari kerja.
Kilang pertama aku mencuba. Sebuah kilang elektronik. Kawanku berkata ada kekosongan di sana. Aku bertanya pada pak guard. Hampa. Bulan 4 baru ade kekosongan. Mungkihkan aku tiada orang dalam seperti pengkid itu? Atau pun aku dan pak guard itu berlainan bangsa?
Aku sampai di sebuah kilang lain pada pukul 1.30 petang. Dan aku di panggil tuk di temuduga pada pukul 3.30 petang. Dan aku adalah orang pertama di temuduga. Aku cuba meminta jawatan juruteknik seperti yang tertulis di kain rentang hadapan kilang. Tapi tiada. Sedikit kecewa, aku meminta jawatan operator. Aku menerima sedikit teguran dari penemuduga. Dia berkata bidang aku bukan di sini. Dia menyuruh aku mencuba di kilang-kilang elektronik dan untuk jawatan juruteknik di kilang ini memerlukan kemahiran dalam bidang mekanikal atau pun CNC. Oh! Memang bukan bidang aku. Aku mencuba nasib. Dia berkata lagi dua minggu dia akan hubungi. Maknanya esok aku perlu berjalan lagi. Beberapa kilang sudah aku sasar. Aku harap esok bukan hari cuti tuk kilang-kilang.
Pulang di rumah agak sedikit marah bila internet tidak dapat di buka. Aku menelefon TM Center. Dan nampaknya ada orang menukar setting. Siapakah? Aku tidak mahu menuduh.
Hati masih sedikit kecewa. Esok masih ada. Aku harap nafas ku masih ada tuk esok.

Rabu, Februari 9

protocol?? fuck off!

Ber't-shirt' lengan panjang, berseluar jeans dan berselipar mencari kerja. Oh tidak! Aku di marahi kerana berpakaian begitu. Aku biasa begitu. Diskriminasi bila aku katakan hampir 50% perempuan yang datang juga berselipar. Salahkah aku? Formal bukan cara aku dan aku datang tuk pertanyaan. Tidak di jangka aku akan di temuduga. Aku amat bersalah. Dari pengalaman, jangan mengharap sangat akan perkerjaan itu. Dan aku dapat. Alhamdulillah. Terima kasih pada yang Satu yang memurahkan rezeki hamba-hambaNya. Terima kasih pada orang yang tak putus-putus meleteri aku. Terima kasih pada mimpi ngeri yang menganggu tidur aku di pagi hari tadi. Terima kasih pada Palie menemani aku dan errrr. Asal hang tak nak kerja tu? Terima kasih pada zZZZzzzzz kengantukan. Tidur sebentar bersama Kit-Kat.

Selasa, Februari 8

aku kena ceramah

Dah sebulan lebih aku tak berkerja. Masih mencari. Terlalu memilihkah aku di tempat orang? Aku seperti ingin berkerja apa saja. Aku dah penat duduk, lihat dan tak buat apa. Bosan tahap babi kekenyangan. Ramai menyuruh aku kembali ke tempat asal. Perjuangan masih belum habis. Perlu ke aku berundur di kala perang sedang berada di kemuncaknya? Hidup ni penuh cabaran. Kadang-kadang aku terfikir macam mana Botak leh survive. Hari-hari rokok Dunhill lak tu. Haiz! Peliknya caturan perjalanan tiap manusia. Atas atau bawah? Pening bila fikir.
Dah berapa bulan tak balik kampung. Apa la jadi kat sana. Gila ah! Rindu betul kat ibu dengan ayah. Dah lama tak dengar "Bangun! Dah Maghrib ni!!' suara seorang ayah. Ibu, maaf orang belum punya kesempatan nak baiki mesin tu lagi. Nanti kalau orang balik orang betulkan mesin tu.Apa agaknya yang Kak Ngah, Aslam, Nuun, Atin buat sekarang ni. Tertanya-tanya lak aku. Curious nya. Rindu betul nak lepak-lepak. Rindu kat kawan-kawan kat sana. Apa mereka sedang lakukan agaknya. Masihkah Mat Juan di Kampung Simee? Zul Antu hari-hari kena gasak lagi ke? RINDU NAK MAIN DOTA!!
Si dia. Nurul Farhana binti Zakaria.Aku rindukan suaranya. Aku rindukan wajahnya. Aku rindukan melepak dengan dia. Dia bertanya apa aku mahukan.Apa aku mahukan?

1. Saya nak tarik pipi awak sampai pipi awak merah

2. Saya nak choc indulgence 8 biji.

3. Saya menang motor. Terima kasih Power Root.

4. Saya mahu kita berkongsi tawa dan tangisan bersama. Berkaitan apa saja.

5. Saya mahukan awak kerana saya cinta awak.

Ahad, Februari 6

......

mengelamun aku teringat akan kamu
wajah ayu jelita bak bidarari cantiknya
di malam pesta kita berdua berkelana
irama lama kita menyanyi rentak rock n roll

Selasa, Januari 18

rengekan

Merengek. Mengada-ngada. Merajuk.

Bagi aku tu semua penting. Penting tuk di minta perhatian. Kalau tak di beri perhatian nanti sawan jadinya. Tak kira la muda atau tua sama saja aku rasa.

Isnin, Januari 10

Khayalan Masa




Aku sangat berperasaan di kala mendengar lagu ini. Aku seperti ingin menangis. Aku bukanlah kuat. Mungkin bawaan ibu, yang agak mudah tuk aku berperasaan. Aku bukanlah jenis yang akan menyerang tanpa sebab dan bukti. Agak menyukarkan, tapi itulah aku.
Aku bermain-main dengan perkataan sambil menghiburkan hati.

I've got the best thing in the world cause i got u in my heart.
Let's hold hand together.
We can share forever.
Someday the sky will be coloured with our love.
Please say that u love and we'll never be apart.
U have to promise that u'll be faithful and there will be lot of love
.

Aku sukakan ayat ini. Sering membuat hatiku berbunga-bunga. Sukakan ia. Yang selalu memberi aku kegembiraan. Sangat sesuai dengan namanya. Tiada apa yang perlu aku katakan, marahkan, bisingkan cuma mungkin sedikit protesan. Sukakan ia dan cuba memilikinya. Wah! Seperti berangan di tepi tingkap. Cerminkan diri, oh! Agak tinggi aku ni rupanya. Cerminkan rupa, ada la sedikit kacak dari mapley import. Cerminkan kocek, alamak! Habuk yang banyak.

Khayalan ataupun realiti. Aku mencuba. Dia di atas menentukan. Aku terima apa yang di tentukan. Untuk kalah, bergantung pada situasi walaupun aku bukanlah suka jadi pemenang.

Isnin, Januari 3

Welcome Back To School

Seronok aku melihat kanak-kanak dan remaja ke sekolah. Ada yang menaiki basikal. Ada yang berjalan kaki. Ada yang di hantar ibu bapa dan ada juga yang menaiki motorsikal.
Bermacam reaksi muka dapat di lihat di wajah mereka. Gembira. Takut. Malas.

Dari Black Cat ke Canggih. Dari Bata ke North Star.

Agaknya brand apa budak sekarang pakai?

Ahad, Januari 2

Selamat Hari Lahir Buat Aku

Di kala orang lain sibuk bertahun baru dan mencari hala tujuan di mana nak menyambutnya. Aku sama seperti tahun-tahun yang lalu. Memikirkan tentang hari lahir ku selepas tahun baru.

Andai 10 tahun yang lalu aku berada di alam persekolahan. Sekarang aku sudah di alam perkerjaan. Pejam celik. Pejam celik dah 2011. Dah suku abad aku bernafas kat dunia yang penuh indah dan berpancaroba ni. Terima kasih pada tuhan kerna masih memberikan aku ruang tuk aku mencari ilmu didalam duniaNya ini. Terima kasih pada keluarga yang tak putus-putus mendoakan kejayaan aku. Terima kasih pada tersayang yang selalu menasihati aku di kala aku terlencong ataupun terjatuh. Terima kasih pada kawan-kawan yang selalu memberi teguran. Terima kasih pada orang sekeliling yang tak pernah jemu melayan kerenah aku. Tanpa kamu semua aku bukan aku.

Pada yang mesej, call dan tinggalkan mesej di FB, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Aku sayang korang!!

Kreditku dah tamat tempoh walaupun ada panggilan percuma xD

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-25 BUAT MOHD NURASLAN BIN ZAILAN
Powered By Blogger