Perjalanan hidup ni aku rasa tak seperti jalan-jalan yang di dunia. Tak lurus seperti yang di harapkan. Aku tak percayakan karma. Aku percayakan Qada' dan Qadar.
Pagi tadi aku terbangun pukul 8.30 pagi. Dan aku termenung sebentar. Patutkah aku salahkan handphone kerana tidak berbunyi? Patutkah aku hamburkan kata tidak elok pada benda yang tidak bernyawa?
Dalam sedar ku, aku melangkah ke tandas lalu bermandi-manda. Aku rasa sangat bersalah. Pagi-pagi aku menyudahkan segala urusan peribadi. Dan dengan pertolongan seorang rakan yang menolong print kan resume aku, walaupun resume itu salah, aku ke sana sini mencari kerja.
Kilang pertama aku mencuba. Sebuah kilang elektronik. Kawanku berkata ada kekosongan di sana. Aku bertanya pada pak guard. Hampa. Bulan 4 baru ade kekosongan. Mungkihkan aku tiada orang dalam seperti pengkid itu? Atau pun aku dan pak guard itu berlainan bangsa?
Aku sampai di sebuah kilang lain pada pukul 1.30 petang. Dan aku di panggil tuk di temuduga pada pukul 3.30 petang. Dan aku adalah orang pertama di temuduga. Aku cuba meminta jawatan juruteknik seperti yang tertulis di kain rentang hadapan kilang. Tapi tiada. Sedikit kecewa, aku meminta jawatan operator. Aku menerima sedikit teguran dari penemuduga. Dia berkata bidang aku bukan di sini. Dia menyuruh aku mencuba di kilang-kilang elektronik dan untuk jawatan juruteknik di kilang ini memerlukan kemahiran dalam bidang mekanikal atau pun CNC. Oh! Memang bukan bidang aku. Aku mencuba nasib. Dia berkata lagi dua minggu dia akan hubungi. Maknanya esok aku perlu berjalan lagi. Beberapa kilang sudah aku sasar. Aku harap esok bukan hari cuti tuk kilang-kilang.
Pulang di rumah agak sedikit marah bila internet tidak dapat di buka. Aku menelefon TM Center. Dan nampaknya ada orang menukar setting. Siapakah? Aku tidak mahu menuduh.
Hati masih sedikit kecewa. Esok masih ada. Aku harap nafas ku masih ada tuk esok.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan