Gembirakah aku di saat ini?
Mampukah aku ketawa di saat ini?
Sedihkah aku di saat ini?
Aku rasakan kekosongan
Itu yang aku pinta dan
Akan ku biarkan kekosongan itu selama mungkin
Kegembiraan mesti menangis di sana
Kegembiraan mesti berduka di sana
Apakah dayaku
Seluruh tenaga sudah tidak mampu
Menahan segala bebanan
Cahaya kegembiraan
Dengarlah kataku
Andai segala usaha dan doa
Sudah tidak membuahkan hasil
Berserah la padaNya
Hanya Dia mengetahui
Apa yang tersirat di alam ini

separuh cahayaku...maaf jika selama ini menambah beban.bukan niat di hati nak berprasangka buruk tp kadang kala sakit di hati tuhan saja yg tahu. bahagiamu bahagiaku jua. Dalam doaku tak pnh lupakan namamu...andai mahu meluahkan kata-kata, aku di sini sedia menunggu....
BalasPadamAgar tersurat pendam tersirat yang menjadi.
BalasPadam