Muthu melihat sekeliling.
Lega hatinya bila tiada siapa nampak dia membakar kertas ujian Matematiknya. Appa-nya mesti mengamuk lagi andai appa-nya tahu. Dia tak nak appa-nya marah-marah lagi. Lagi teruk kalau appa-nya mabuk. Pasti badan Muthu lebam sana dan sini.
Dia bukan tidak berusaha. Sudah puas dia bertanya pada Samad. Samad sahaja sudi temankan Muthu ke mana sahaja. Lompat pagar pun mereka bersama. Samad tempat Muthu luahkan segalanya. Samad juga menyuruh Muthu membakar kertas ujian itu.
Amma-nya sudah ada di rumah ketika ia sampai. Muka amma-nya agak tenang. Mungkin malam tadi appa tidak pulang lewat dan mabuk-mabuk.
"Muthu! Sekolah macam mana?"
"Baik amma. Hari ni Samad ajar bagaimana udara masuk melalui mulut dan keluar ikut hidung."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan