Buka sahaja pintu, aku termenung. Alamak, hujan agak lebat. Belum boleh pulang lagi. Sambil duduk di bangku, aku teringatkan apa berlaku tadi. Setiap orang akan melakukan kesilapan. Dan semua orang belajar dari kesilapan. Umpama tersepak batu di tepi jalan, kaki pasti berdarah atau pun bengkak. Dan pengajarannya, berhati-hati jumpa si batu lepas ini.
Pagi-pagi yang hujan ini, aku termenung memikirkan bermacam-macam masalah. Tiada masalah mencari masalah. Hujan itu rahmat dari yang Satu. Membawa rezeki kepada peladang dan petani. Di kala hujan ini, aku rasakan udara di pagi ini sungguh nyaman dan tenang. Alangkah bagusnya kalau dapat ku hirup udara ini setiap hari. Tidak perlu adanya udara kotor dari bas dan lori.
Hujan sudah sedikit reda. Jam di tangan pun sudah hampir pukul 6.30 pagi. Sudah boleh pulang ke rumah.
Menikmati pagi hari yang hujan dan sedikit sejuk. Aku pulang ke rumah dengan hati agak sedikit gembira pagi ini. Kamar beradu sudah memanggilku. Masalah-masalah dunia akan ku tinggalkan sebentar.
Terima kasih hujan di pagi hari. Tidurku pasti lena.

abg ade prob ke??
BalasPadammanusia biasa bisa melakukan kesilapan :)
BalasPadamkesilapan di tmpt keje
BalasPadam