Selasa, Disember 28

Cinta Aku

Aku bukanlah seorang pencinta yang agung. Aku tidak reti menunjukkan rasa cintaku pada orang yang aku cinta. Caraku berlainan. Tidak sama seperti kamu, mereka ataupun dia. Aku suka begini. Membuat orang tertanya-tanya samada aku mencintakan mereka atau tidak.

Aku cinta dia. Sayang dia. Bagaimana aku harus mengatakan? Aku sayang padamu? Aku cinta padamu? Bagi dia adakah itu mencukupi? Aku tidak tahu dan apa yang aku tahu aku mencintai dia sepenuh hati aku.

Mungkin ia seperti cerita lama. Ungkapan membawa seribu makna. Aku lebih suka memerhati dan bermain dengan kata. Aku ingat kata seorang temanku, "Mereka menang bila dapat mengalahkan kita." Bagi aku, kalah menang aku tidak peduli. Aku hanya mengalah demi dia. Demi orang yang ku cinta. Adakah itu kesalahan besar wahai temanku?

Ego tidak membawa kita ke mana-mana. Ego hanya mencetuskan perbalahan pendapat. Tanpa ego pun boleh lagi nak hidup dan berjalan-jalan, kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger