The was a farmer had a dog
And bingo was his nama-o
B I N G O
B I N G O
B I N G O
And the bingo was his name-o
Aku terkejut. Oh gosh! Pali menyanyikan lagu itu. Lalu aku pun sama-sama menyanyi dengan Pali. Aku pun tau la lagu tu Pali.
Zaman kanak-kanak yang sangat indah. Aku tak perlukan fikirkan akan cinta, duit dan kerja. Bajuku dibasuh oleh opah dan opah akan menyikatkan rambutku sebelum aku ke sekolah.
Memori kanak-kanak mendatangiku.
Zaman kanak-kanakku di habiskan di kampung dan kadang kala di bandar bila aku pulang ke rumah orang tua ku menghabiskan cuti sekolah yang panjang.Di kampung, aku teringat bila aku masuk kedalam bendang menangkap ikan di waktu musim membajak padi. Mandi di sungai dan parit. Pergi pagi dan pulang petang selepas penat menjelajahi kampung. Bermain bermacam permainan rakyat. Dan pasti akan di marahi oleh opah. Di bandar aku bermain permainan arked. Dan kadangkala bermain permainan rakyat. Jika di kampung aku ke sungai dan parit. Di bandar aku ke lombong. Lagi menarik tapi amat berbahaya.
Aku teringat di satu petang bila aku ingin bermain bola cop. Akibat nak cepat dan tak gunakan pintu masuk ke padang, tanganku terseliuh. Mengamuk bapak aku. Hahaha. Dan aku teringat di satu petang sebelum Raya Aidil Adha , tangan ku pula patah akibat ingin meniru aksi Robin Hood. Aku beraya di hospital.
Aku teringat ketika aku bersekolah asrama. Apa agaknya khabar mereka? Aku terputus hubungan bila bapaku mahu aku bersekolah di bandar. Rindunya aku pada mereka dan aku harap dapat jumpa mereka suatu hari nanti.
Pejam celik dah nak masuk 2011. Dan lagi beberapa hari lagi umurku akan 25 tahun. Dah suku abad aku hidup. Mungkin pencapaianku tidak sama seperti mereka. Aku masih lagi bernafas. Itu tandanya perjuangan harus di teruskan. Pada mereka yang mendoakan kejayaan aku, aku ucapkan terima kasih tak terhingga. Pada mereka yang menjatuhkan aku, terima kasih juga aku ucapkan. Itu tandanya aku sama seperti mereka, tidak sempurna. Diari baru akan terbuka lagi 2 3 hari. Diari lama akan disimpan bukan di buang. Kenangan itu sangat indahkan.
Aku kena nyanyi lagu ni masa sempena English Week. Huh!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan