Selasa, Julai 27

malam ini

malam ini aku berasa kosong sekali. semangatku hilang untuk melakukan apa saja. ingin mencari rokok, rokok sudah habis. aku mengeluh dalam penat ku. hidup ini penuh pancaroba. aku seperti tidak mampu tuk menempuh segala halangan. aku seorang pengalah. aku benar-benar mengalah. aku cuba menyimpan perasaan marah ku jauh ke lubuk hati. kecewa yang timbul. bagaimana aku hendak memberitahu dunia ini yang aku sedang berduka. aku tidak mahu jadi pemenang. aku sanggup menelan apa saja kata-kata, agar dunia tahu aku sedang bergembira.
oh dunia. lihatlah seorang lelaki yang sedang berdiri di atas mu ni sedang cuba bergembira. gembirakah ia? oh dunia. andai lelaki ini sudah tidak mampu berdiri, berikanlah ia ruang tuk berehat di pokok-pokok yang melata di atas mu itu. oh dunia. andai lelaki ini sudah tidak mampu membuat apa-apa. kau berikanlah ia menatap segala hijau dan biru yang ada pada diri mu itu. oh dunia. lelaki ini pernah membuat silap dan ia mengaku yang ia pernah buat silap. bagaimana lelaki ini ingin membuktikan yang lelaki ini hanya setia pada wanita itu. oh dunia. lelaki ini amat mencintai wanita itu dan lelaki ini tidak sempuna tuk tidak membuat wanita bersedih. oh dunia. tolong sampaikan salam sayang dan cinta lelaki ini pada wanita itu kerna wanita itu sungguh istimewa di dalam diri lelaki ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger