Sabtu, Julai 31

Layu

di saat ku melayan lagu2 malique tuk memantapkan bahasa kata2, ku terdengar lagu Layu dari malique. terkesima aku mendengarnya.
bangsaku. bangsa yg pernah terkenal pada zaman melayu melaka. bangsa yg amat kaya pada zaman itu. bahasa bangsaku pernah menjadi lingua franca pada zaman itu.
apa telah terjadi pada bangsaku pada zaman ini. seperti perjuangan org lama di persiakan. bangsaku hanya memerintah negara ini. bangsa lain memonopoli segalanya. mengapa ia terjadi? haruskah dipersalah british yg membahagikan kerja? haruskah dipersalah british yg membawa bangsa lain ke mari? tiada penaklukan tiada kemajuan. kemajuan yg memakmurkan. memakmuran pada hanya sebutan.
tongkat selalu di beri. kenapa perlu menunggu kerusi roda yg tidak pasti bila ia akan di beri. bukan tiada yg berjaya, ramai yg berjaya. tahniah pada kamu yg berjaya. pada yg tidak berjaya boleh berusaha lagi. jangan di iri pada yg berjaya. jadikan ia satu semangat tuk berjaya. sihir itu dari syaitan. kenapa perlu mengikut syaitan yg dh tetap menjadi penghuni neraka. pada yg berjaya bantu2lah mereka yg cuba mengecapi kejayaan. bukan dipergunakan tuk lebih berjaya.
tak kira la semangat hang tuah atau semangat hang jebat yg di bawa. jadikan bangsa ini seperti satu keluarga. yg akan menolong antara satu sama lain. Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger