Rabu, November 17

Aidil Adha

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku beraya seorang diri. Ya. Betul2 seorang diri. Kawan serumahku beraya di rumah gadisnya. Aku di tinggalkan sendirian. Andai Aidil Fitri yg lalu aku pertama kalinya beraya di Ipoh dan ini pertama kalinya aku beraya di Teluk Kumbar. Dengan mereka berbaju melayu, aku berbaju biasa. Berseluar jeans. Macam mana aku boleh lupa aku nk beraya kat sini. Dan aku akan pastikan, aku ada makanan yg cukup selepas ni. Aku gila lapar. Jangan kata kedai Melayu, kedai Mamak pon aku tak jumpa sepanjang dari Teluk Kumbar ke Sungai Nibong. Nak makan makanan segera, hujung2 bulan tebal habuk dari kertas. Dah kenyang makan. Tertidur lak. Bangun, hujan lak. Tak soba dh den nk pulang ke kampung. Dalam tak sabar, malas lak aku nk ngemas barang2. Kemalasan yg teruk di tambah mood yg barai, aku seperti pasti besok aku pulang sehelai sepinggang. Dari otak serabut, jom minum nescafe bia migrain bertambah teruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger