Isnin, Februari 6

pokok

Aku melihat pokok. Ada yang besar, ada yang tinggi, ada yang kecil. Bermacam jenis pokok ada kat dunia ni. Ada apa dengan pokok?

Cikgu cakap, "Pokok membekalkan kita oksigen."

Ibu pernah pesan, "Jangan berteduh bawah pokok waktu hujan." Aku tertanya-tanya kenapa. Ibu hanya senyum padaku.

Cikgu memberi jawapan, "Waktu hujan, kilat akan memanah benda yang paling tinggi kat kawasan tu." Oh begitu rupanya. Baru aku tahu.

Aku suka tengok ayah menanam pokok. Ayah jarang bagi tahu pokok apa yang dia tanam. Opah cakap, "Tangan ayah kamu kalau tanam apa mesti jadi." Dulu aku tak percaya.

Bila dah besar sikit, aku dapat makan limau barli, cempedak, rambutan, kelapa, jambu madu, jambu air, mangga, delima, durian belanda. Semua ambil kat tepi rumah. Hasil tangan ayah. Ayah pernah tanam pokok durian, pokok tu ayah dah tebang. Ayah kata, "Bukan tak nak tengok pokok ni besar, cuma ruang tak cukup dan bila berbuah nanti akan rosakkan atap genting rumah kita." Aku mengerti.

Sekarang ayah suka tanam pokok perhiasan. Pokok limau barli, pokok cempedak, pokok mangga, pokok jambu madu, pokok jambu air semua ayah dah tebang tuk besarkan rumah. Aku rasa mungkin juga ayah tebang sebab anak-anak dia malas nak menyapu daun-daun kering kat laman.

Aku tak pasti tangan aku sama atau tak macam tangan ayah. Tangan yang memberi kehidupan.

Aku rindukan semua itu. Dan aku selalu rindukan mereka. Dan aku juga akan selalu ingat, kerana pokok, tangan aku patah dan menyebabkan aku tak layak meminta askar, bomba, polis hatta polis bantuan sekalipun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger