Jumaat, Januari 20

aku merepek

Kita sering melihat orang melakukan tindakan bodoh bila terlalu di himpit dengan masalah. Mereka sanggup mencederekan diri mereka, ada juga sampai yang sanggup membunuh diri. Aku tak faham dengan mereka. Apa yang mereka dapat? Mereka tak fikirkah tindakan yang mereka ambil tu bakal menyusahkan ramai orang. Polis akan mengambil kes dan membuat siasatan. Keluarga akan kecewa dengan sikap mereka yang terlalu emosional. Tetangga akan mencemuh keluarga mereka mengatakan si keluarga tidak pandai mendidik anak. Dan aku paling kasihan kat mereka yang masih lagi bujang. Dah mesti masuk neraka. Dah la anak pun tiada lagi. Siapalah yang nak mendoakan kesejahteraan mereka? Keluarga? Mereka pasti akan mati juga. Kesian mereka, itu yang aku boleh katakan.
Aku rasa melarikan diri adalah sebaiknya yang yang paling teruk dari mencederakan diri atau membunuh diri. Melarikan diri pun bukan elok sangat. Lambat laun masalah itu akan jadi lagi besar. Tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Pasti ada banyak jawapan yang akan terungkai. Tiap jawapan punya risiko. Tiada jalan yang tak berisiko. Berani melalui jalan itu atau berhenti memerhati jalan-jalan itu semua atas diri mereka sendiri.
Aku bukanlah ingin mendabik dada mengatakan bahawa aku tak punya masalah. Tiap yang bernama manusia pasti akan ada masalah. Itu semua dah tertulis. Aku sendiri selalu berhenti berehat di persimpangan jalan. Memikir baik buruk jalan yang aku nak pilih. Aku pernah kecewa dengan jalan yang aku pilih. Tapi apa boleh aku lakukan? Menangis? Itu bukan aku. Ketawa? Aku tiada sebab tuk ketawa gembira. Aku hanya mampu tersenyum dan berkata,

"Ini jalan yang aku pilih maka aku kena laluinya."

Masa yang lepas tak boleh di kembalikan. Aku kena terus berjalan. Terus, terus dan terus berjalan. Dan bila sampai satu ketika, aku sendiri akan berkata,

"Cukuplah sampai di sini aku berjalan. Aku sudah penat dan aku ingin berehat selamanya di sini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger