Isnin, November 12

Pendekar

Tersebut la kisah yang tak pernah di tulis, di catat, mahupun di rekod oleh ahli sejarah. Hanya penduduk kampung asal yang mengetahui kisah ini.

Kisah ini berlaku pada suatu zaman. Entah zaman apa tak pasti. Tak di khabarkan tepat oleh nenek moyang mereka. Adalah 2 orang pendekar yang sangat gagah ketika itu. Nak kata rapat, tak kot. Seorang bernama Kon dan seorang lagi bernama Gah.

Kon menjawat jawatan agak penting. Tiada siapa boleh sangkal. Kon antara anak kampung terawal mempunyai diploma. Kon juga penyokong setia pasukan Red Devil. Gah pula hanya menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawal. Gah hanya punya SPM pangkat 2. Menurut cerita, Gah dapat tawaran melanjutkan pelajaran. Cuma Gah sayang nak meninggalkan kampung.

Walaupun Kon dan Gah tidak berapa rapat. Tiap kali ada pertandingan futsal pasti mereka akan di dalam pasukan yang sama. Itu belum pertandingan-pertandingan sukan lain. Belum lagi bersama mengintai anak dara mandi di sungai.

Hinggalah suatu hari, Kon secara tak sengaja (ramai mengatakan Kon hanya hendak bergurau) mengomen status fesbuk Gah. Gah terus mengantar pesanan ringkas mengatakan perasan tidak puas hatinya. Maka berlakulah pergaduhan di pesanan ringkas. Kampung menjadi sunyi sepi, terasa akan aura pergaduhan mereka.

Gah menyimpan dendam. Kon masih bersahaja. Tidak punya rasa bersalah walau sekelumit. Yang menghairankan penduduk kampung, mereka masih boleh makan semeja waktu lunch break di tempat kerja. Seperti tiada apa. Tiada pekerja berani makan semeja dengan mereka melainkan kawan-kawan rapat Kon dan Gah. Dengar kata mereka juga handal.

Atas nasihat kawan-kawan, Gah beralah dan bersemuka dengan Kon. Tujuan untuk mendapatkan kepastian. Maka terbitlah aura yang sangat hebat tika mereka bersemuka. Kawasan kampung menjadi sunyi walhal waktu rehat dan menjemput anak di sekolah sudah hampir waktunya.

Maka berlakulah pertempuran batin sesama mereka. Peluh memercik di kedua-dua pihak. Urat di dahi juga timbul. Sangat hebat pertempuran ini.

Maka berjabat tanganlah mereka bila Kon menghuraikan apa yang tersimpul dan sudah tidak tahan berdiri di tengah panas. Lalu di ajaknya Gah ke kedai makan berhampiran. Waktu makan katanya.
Penduduk kampung kebingungan. Bingung melihat telatah 2 pendekar itu. Dan mereka melakukan rutin biasa setelah pasti tiada apa yang perlu di risaukan lagi.

Begitulah ceritanya. Dan cerita itu akan di ulang pada anak kampung yang bergaduh sesama mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger