Khamis, November 8

Pasar malam hari khamis.

Waktu aku sekolah dulu, bila hari Khamis semacam ada satu keramaian. Semua akan berkumpul di satu tempat, iaitu Pasar Malam Taman Indah. Pasar malam ni tersangat la beso. Sampaikan kalau nak dekat raya, kau tak payah nak pergi ke Railway (dulu TKK dah wujud cuma Gerbang Malam tak wujud lagi) semata nak beli Levis Siam. Jam Boy London yang simpan dalam peti ais tukar kaler pun ada kat sini. Apa kau nak, semua ada kat sini.

Kat sini jugak kau akan berjumpa dengan group kampung lain yang satu kelas dengan kau dekat sekolah. Tiada istilah pergaduhan merebut kawasan tika ini. Yang kerap, "Kau kacau awek aku! Nah amek kau!" atau "Siapa suruh lu kawan dengan adik gua?!"

Bila dah ramai, faham-faham je la. Gadis memang banyak. Memang betul fakta yang mengatakan perempuan lagi ramai dari lelaki. Nak-nak musim cuti sekolah dengan cuti sem. Bayangkan gadis dari Tanjung, Ulu Kinta, semua Batu yang ada, Taman Perpaduan dan sekutunya hingga ke Bercham. Nikmat ke pasar malam hari Khamis memang satu memori yang indah.

Itu dulu. Sekarang ni tempat tu dah di majukan. Dah dinaikkan kawasan perumahan dan lot-lot kedai. Hanya tinggal kenangan pada penduduk lama di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger