Khamis, Ogos 16

kegembiraan 2

Kalau hari yang lepas aku menikmati kegembiraan di kawasan stesen bas. Hari ni aku melihat ia di pusat membeli belah pula. Sekadar coretan pendek sambil melihat gadis-gadis comel.
Suasana tidaklah riang sangat. Masih terasa penat berpuasa. Masih jauh lagi tuk rasai bahang Aidil Fitri walaupun lagu-lagu sudah di dendangkan. Tetapi sudah ramai yang keluar membeli pakaian luar dan dalam. Oh ya. Hujung bulankan. Pasti gaji sudah masuk. Masa tuk membelanjakan ia
Aku duduk di atas, leka memerhatikan mereka. Ada memilih seluar. Ada yang mengayakan baju sambil berpusing, sepertinya menari dengan buah hati. Ada yang mencuba kasut dan ada juga tampak selesa memperagakan selipar, macam model selipar lak awak ni.
Sales atau jualan murah. Jangan di pertikaikan. Di negara ini boleh di katakan tiap bulan pasti ada. Boleh darurat andai tiba satu bulan tiada jualan murah di mana-mana. Masa ni semua kaum pasti ada. 1M gitu. Tu belum campur warga asing. Agaknya 1W atau 1D pula akan keluar. Melalut jauh lak aku. Kita tinggalkan ideologi tu dan jom temankan aku melihat ekspresi dan reaksi orang membeli.
Aku berikan contoh. Mat, kawan aku. Kepuasan terpancar di muka beliau beli membeli seluar jeans berjenama. Aku terpaksa sambar sunglasses dari seorang mamat tuk menahan sinaran kepuasan Mat.
Aku berharap aku dapat melihat seorang budak kecil memainkan peranannya tuk mendapatkan apa yang di hendakinya. Nampaknya misi gagal. Ingin ke pusat membeli belah yang lain sambil mencari tempat tuk berbuka.
Kepuasan melihat kegembiraan orang, memenuhkan ruang kosong pada tangki-tangki kegembiraan dalam diri aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger