Sabtu, Ogos 4

1st Ramadhan


Aku bangun lewat. Aku dah janji dengan Kyo nak ambil dia kat Medan Gopeng. Salah dia jugak kenapa dia kata sampai tengah hari. Aku bangun la, tengah hari (=
Lepas mandi aku terus ke rumah Kyo. Banyak yang di bicarakan. Lama dah tak jumpa. Datang lak Bo. Mamat ni pun sama. Lama tak jumpa dia. Selatan, pantai timur, utara bertemu di Tanjong Rambutan. Macam best kan.
Kyo ajak jalan-jalan sementara tunggu pukul 5. Kami ke Jusco. Terus ke bowling berjumpa Aswad, Heri dan On. Lepak situ memang tak best. Dentam dentum bunyi pin berterabur. Maka berjalan la kami mencuci mata. Hari Sabtu tapi lengang. Agak tak menarik. Tak ramai lak gadis hari ni. Bosan.
Mat Juan call mengingatkan pukul 5. Sampai rumah beliau pukul 5 dia tak sampai lagi. Mangkok la beruang comel ni. Sampai je beliau kami terus ke Bazaar Stadium. Orang agak ramai. Jualan menghampakan. Banyak yang sama. Aku jumpa lepat labu. Kegemaran di bulan puasa. Selepas ke Bazaar Stadium kami ke Bazaar Bercham Raya lak. Masa banyak lagi. Balik awal tak boleh makan lagi. Orang sangat ramai. Best. Jumpa ramai kenalan. Aku beli bubur chacha dengan bubur pulut hitam je kat situ.
Balik ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu. Perut agak mendidih. Tak sabar nak makan.
Aku tertidur lepas makan agak banyak. Kyo call banyak kali suruh melepak. Dalam malas aku paksa mandikan diri.
Di kedai saat aku beli rokok aku terjumpa Hafazi. Katanya ramai lepak depan burger Amir Akob. Aku ke sana sebentar dan melepak sekejap dengan Azrol, Wan Abu dan Amir Akob. Kemudian datang Ejai. Mamat ni lama aku tak jumpa. Serius seronok dapat jumpa dia. Kemudian aku meminta diri tuk ke Tanjong Rambutan.
Kyo agak bising bila aku tiba lewat. Sementara tunggu Bo aku layan HBO.
Kerana terlalu bosan menunggu Bo, maka kami pun ke kedai makan dulu. Baru aku perasan minyak motor dah lebih dari takuk E. Kyo tanya, 'Cukup ke ni?' Aku jawap, 'Redha je. Karang habis kat mana-mana nanti aku tolak la.' Konfiden gila.
Bo call waktu kami baru nak gerak. Katanya dah sampai depan simpang. Aku terus balik rumah dan pesan kat Kyo nanti suruh Bo pick up aku kat rumah.
Malang memang tidak berbau. Motor kehabisan minyak ketika aku baru masuk simpang taman. Aku tergelak keseorangan. Syukur ada mamat mana tolong tolak sampai Petronas.
Aku cerita kat dorang waktu kat dalam kereta. Dorang gelak kat aku. Apakan daya. Sampai kat Abe semua baru nak makan. Pitot datang membebel. Katanya lama sangat dia tunggu. Haram seorang tak datang lagi.
Rutin biasa di kampung. Bermain dota dengan kawan-kawan. Sampai pukul 3 pagi. Dan semua balik sebab ada yang kerja pagi. Aku melepak dengan Panjang dan Kyo sebelum pulang ke rumah. Panjang mengingatkan 31hb ni dan bulan 2 tahun depan. Siapa sangka?
Dah sampai pun. Aku nak tidur. Kejap lagi dah nak kena bangun sahur lak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger