Lisabell bukanlah seperti kita. Terlalu banyak cerita dan mitos tentang beliau. Biarkan sahaja yang lama itu.
Ketika Izz sedang rancak bersembang dengan Alan tentang liga kriket India, Lisabell lalu di tepi mereka lalu Izz memanggil beliau.
'Kak. Kak. Kata nak tolong saya. Boleh tak?'
'Ohh yang hat kena tulis BI tu ke? Hang tulis la, Im sorry. Im forget to bring my keys and i promise not to do it next time.'
Rahang Izz dan Alan terasa seperti ingin jatuh ke bawah masa tu.
Ketika hendak pulang, Izz masih nak menyakat Lisabell.
'Kak! Depa tak nak surat BI saya tu. Banyak salah depa kata.'
'La.... Awat hang tak tulis BM je!!'
Yang makan, tersembur ke orang depan. Yang bercakap, berhenti bercakap. Yang sedang bergurau, ketawa berguling-guling di koridor.
Muka Izz kelihatan begitu merah.
Mujur esok cuti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan