Khamis, Januari 2

Selamat hari lahir

2013 dah berlalu. Aku rasa 2012 lagi menarik. Banyak akitiviti dan tempat aku pergi. 2013 ni mungkin aku boleh banggakan bila dapat jugak sampai Perlis. Dapat jugak lengkapkan negeri utara. Dan mungkin lagi rare bila aku dapat jugak buku Cekik. Buku ni aku dah lama cari, mungkin rezeki aku, tak payah nak kontek penulis. Hahaha.  

Azam macam biasa, tiada azam dan teruskan hidup macam biasa.  

Pejam celik pejam celik, bertambah lagi 1 angka pada umur. Masih bernafas dan masih di beri peluang. Pada Mu aku bersyukur dengan segala nikmat yang di beri. Terima kasih.  

Selamat hari lahir buat aku.  

Sabtu, November 30

Pantun 9

Sembilan satu dua tiga,
Menemani kakak mengait raga,
Tiap masa asyik berlaga,
Aku pun bosan memasang telinga.

Pantun 8

Lapan sembilan satu dua,
Tercari keldai sampai ke gua,
Bukan sekadar ingin bersua,
Moga izinNya sampai ke hari tua.

Pantun 7

Tujuh lapan sembilan satu,
Nak cari uban terjumpa kutu,
Macam mana nak hadap Dia yang Satu,
Kalau hidup asyik bersekutu.

Pantun 6

Enam tujuh lapan sembilan,
Banyaknya masa habis di jalan,
Kalau rasa hendak berkenalan,
Empunya diri namanya Nuraslan.

Pantun 5

Lima enam tujuh lapan,
Melompat Atok kerana si lipan,
Tak salah mengejar apa di hadapan,
Moga tidak melakukan kesilapan.

Pantun 4

Empat lima enam tujuh,
Meraung budak angkara terjatuh,
Bukan niat hendak berjauh,
Hanya tidak mahu bergaduh.

Powered By Blogger