Jumaat, Ogos 2

Awak

Hai awak.
Ye, awak la.
Awak..
Saya ada sesuatu nak bagi tahu.
Tapi.. ...
Tapi saya malu.
Tengok muka saya, dah merah.
Ok. Ok.
Saya...
Saya....
Saya...
Saya rasa....
Saya rasa saya nampak kotoran kecil di atas bibir comel awak.....................

Rabu, Julai 31

Berbuka bersama outdoor geng

Bila di jemput menghadiri ke majlis budak outdoor ni sebenarnya aku sangat segan. Dah 5 tahun aku berhenti. Kesibukan mengatasi segalanya. Dan bila Palan menjemput, aku setuju tanpa berfikir. Teruja nak jumpa kenalan lama amat menebal.

Memandangkan rumah Palan ni depan rumah aku, aku tak payah nak bangun awal sangat. Perjalanan dari utara ke selatan di pandu oleh bini Palan, Cik Nini, dua orang anak mereka dan Amy. Aku tak kenal Amy ni. Katanya anak Tojol. Pak dia punya nama. Sampai ke selatan dalam tengah hari. Berjalan sana dan sini mencuci mata. Kurus pahala ibadah aku tengok macam-macam. Penat melayan anak Palan ni. Agak hyper aktif. Macam tak pernah penat.

Kami sampai ke destinasi dalam pukul 4 petang. Pertama kali berjumpa Mus selepas 4 tahun tak jumpa. Kebetulan sampai pulak Boy dan.....ok aku tak kenal mereka. Kata Palan, penganjur majlis.

Dengan bertemakan baju melayu dan ada beberapa kerat baju biasa-biasa, seorang demi seorang datang. Boleh kata 80% aku tak kenal. Kah kah kah. Ada yang baru, ramai yang lama. Mungkin aku tak sempat bergaul dengan mereka dulu. Ketika ini, hanya berkaitan outdoor sport akan kedengaran. V2, trans, racer dan bermacam lagi. Ada la sikit bosan bila tak pernah sampai tempat yang mereka perkatakan.

Majlis tamat pukul 10 lebih. Kami ke rumah abang Palan, Li Kom Li aka Shalani. Berehat sebentar sebelum kembali melepak di luar. Bermacam di bicarakan. Damn! Tak semua tempat pernah aku sampai. Rugi tinggal handphone kat rumah Li.

Pulang dalam pukul 4 dan bersahur sebelum sambung tidur dan bangun pukul 11. Keluar dari rumah Li dalam pukul 1 sebelum beramai-ramai ke kompleks membeli belah. Waktu ni aku mental aku rapuh. Esok aku kerja pagi, dan aku masih di ibu kota pada jam 4.

Sampai ke Ipoh jam 6. Masih dalam mood santai+mental rapuh, kami ke bazaar mencuci mata. Sampai di rumah mood masih barai dan berbuka lagi di rumah. Selepas berbuka, adik ku menghantar ke Aman Jaya dan bernasib baik ada bas terus ke pulau.

Pukul 12 30 aku sampai ke rumah, selepas melalui 4 negeri. Kepenatan. Kepuasan. Semua tersemat dalam memori. Oh ya! Kembali jumpa Ngai selepas lebih 5 tahun juga satu memori.

Sabtu, Julai 27

Puasa woi!

Pejam celik dah tengah bulan Ramadhan. Kejap je aku rasa. Ok aku tipu. Kejap sebab aku banyakkan habiskan waktu siang dengan tidur. Kah kah kah kah.

Sabtu, Jun 29

Senyumlah


Hei.

Senyumlah selagi yang termampu.

Agar orang di sekeliling tertipu dengan senyuman itu.

Agar yang lara tidak terpamer pada mereka.

Senyumlah.

Agar boleh aku berpura tertipu seperti mereka.

Senyumlah.

Agar hilang kesangsian aku pada kamu.

Senyumlah.

Aku gembira melihatnya.

Selasa, Jun 25

Sukan

Apa itu SUKAN?

Kalau di tanyakan pada sudut positif aku, sukan adalah satu bentuk riadah yang menyihatkan fizikal dan mental. Dan pada sudut negatif aku pula, sukan adalah tempat paling mudah untuk menonjolkan diri sambil mempertaruhkan nasib untuk memenangi hadiah atau pun hati orang.

Sukan itu di pendekkan daripada kesukaan, perkataan yang di cipta oleh ahli bahasa dari Johor sebelum perang dahulu. Lama kelamaan menjadi sukaan tetapi tidak sedap pada sebutan, lalu di ringkaskan menjadi sukan saja. Dari segi asal usulnya sukan itu memang untuj bersukaan. Berseronok-seronok. Jika di adakan pertandingan sekalipun, tujuannya untuk berseronok-seronok pada mulanya. Kemudiannya untuk mendapatkan kemegahan, hadiah-hadiah, sanjungan, bintang-bintang, medal-medal, akhirnya jadilah macam sekarang, sukan di perniagakan. Sukan di jadikan saluran meningkatkan perniagaan. Sukan itu untuk jasmani saja. Sukan tidak menyihatakan badan. Kalau sukan untuk kesihatan, tentu kita tak dengar orang derita kerana bersukan. Dapat bermacam penyakit kerana bersukan. Mana bukti bersukan untuk kesihatan? Orang Islam di suruh beriadah. Orang Islam gunakan istilah riadah untuk melatih tubuh badan dan hati, jiwa dan ruh. Riadah itu untuk jasmani dan rohani sekali. Riadah adalah pesediaan untuk berjihad. Kita di sunatkan berenang, menunggang kuda, belajar memanah, bermain pedang dan lain-lain yang menyihatkan badan dan berguna dalam perang. Untuk bersedia bila-bila masa berjihad mempertahankan Islam. Orang bersukan mungkin sihat tubuh badannya tetapi jiwanya tidak sihat. Orang beriadah sihat tubuh badan dan hatinya sekali. Kerana niatnya. Jika kita beriadah, kita telah meletakkan ukuran-ukuran tertentu yang membuat kerja-kerja kita dapat faedah zahir dan batin. Orang beriadah sihat jasmani dan rohani. Orang bersukan seksa diri dan kontangkan jiwanya. - Tok Ayah, Pujangga Melayu.

Aku bersukan hanya untuk berseronok dan mencari kepuasan untuk diri.

Sumpah aku rindu nak naik gunung balik.

Rabu, Jun 12

Selamat Hari Besar Duan

Lama dah tak balik kampung membuatkan aku teruja nak balik kampung. Lebih-lebih lagi bila semua makcik pakcik aku pun balik. Dah lama sangat tak jumpa sekali semua.

Dan lebih teruja bila aku nak menjejakkan kaki aku ke rumah arwah Mak Long aku ni. Betul teruja.
Berbelas tahun dulu, sinilah rumah yang mengenalkan aku apa itu Dragonball, Doraemon, Misteri Naga dan komik-komik dari Hong Kong. Di sini juga aku pernah belajar melukis....errr sampai sekarang tak reti-reti. Di sini juga aku bermain permainan video. Di sinilah segalanya.

Dan menjadi masalah bila aku tak berapa kenal muka lain. Kah kah kah. Maafkan aku saudara-saudari sebelah atok.

Selamat Hari Besar Duan. Semoga selamanya.

Khamis, Mei 23

Good luck buddy!

Perpisahan tu lumrah dunia. Bila ada pertemuan pasti akan perpisahan. Tak kira la sementara atau selamanya.

Aku jenis payah nak rapat dengan orang. Bila dah rapat maka aku mempercayai mereka.

Sekarang aku rasa kehilangan kawan. Pergi merantau sampai ke Pahang pulak tu. Tiada lagi teman rehat di waktu kerja, tetamu yang kerap menyinggah ke rumah bujang aku. Dan aku sedikit terkilan tak dapat lepak dengan dia. Sial la kau ni, yang phone tu tinggal kat rumah buat apa. Kalau tak mesti aku tak pergi kerja lebih masa!

Untuk mengatakan selamat tinggal, aku hanya ucap pada yang pergi selamanya. Moga di kelapangan pada masa hadapan kita boleh melepak macam dulu.

Powered By Blogger