Khamis, Januari 31

From Me To Me

Sarkastik je tajuk aku kali ni. Kah kah kah.

Kalo nak ikotkan, hari lahir aku dah lama dah lepas. Kesibukan menghalang aku dari meraikan ia. Lagi pun aku kerja malam waktu tu.

Memandangkan hari ni hari terakhir Januari, maka aku pun meraikan untuk diri aku. Bersama Hot White Chocolate Latte dan Choc Indulgance aku menikmati petang ni bersama bayu dari laut.

Isnin, Januari 21

Perasaan

Manusia.
Walaupun tampak keras di mata orang lain,
tipulah tidak punya sisi yang lembut.

Rabu, Januari 9

Merajuk

Si adik kecil merajok.
Mana la si abang reti memujuk.
Di nyalakan sebatang rokok.
Harap ia sendiri sejuk.

Rabu, Januari 2

Tarikh ini kembali

Pejam celik pejam celik tarikh keramat ni kembali lagi. Di tarikh ini pertama kali aku melihat dunia. Di tarikh ini pertama kali aku di laungkan dengan seruan Yang Maha Esa oleh ayahku. Di tarikh ini semua ahli keluarga gembira menyambut kelahiran bayi pertama ayah dan ibu.

Umur meningkat lagi ke 1 angka. Makin banyak akan di tempuh.

Terima kasih pada mereka yang sanggup melayan kerenah bangang aku. Kalian yang rapat memang aku hargai.

Selamat hari lahir yang ke 27 anak sulung Cik Ta dan Cik Lan. Perjalanan itu tidak pasti jauh atau dekat. Selagi bernafas dan berkudrat, tempuhi la ia. Dengan izinNya pasti dapat di tempuhi, tanpa izinNya tidak bererti tuk jatuh tersungkur. 

Semoga rezeki di berkati dan di panjangkan umur.

Amin.

Khamis, Disember 27

Bangang

Bangang manusia ni bangang.

Kalau kau hendakkan kopi
Carilah di ladang kopi.

Kenapa kau ke ladang popi
Cari kopi ke cari popi?

Bangang manusia ni bangang.

Sabtu, Disember 22

John Black punya angkara.

Aku bangun awal hari ni. Sangat awal berbanding waktu kerja malam yang lepas-lepas. Aku rasa ni semua berpunca dari perasaan keterujaan nak balik kampung yang melampau.

Aku mulakan rutin selepas bangun tido seperti biasa. Bukak Burung Biru, baca isu semasa. Lepas tu akan bukak lak Smurf's Village. Cuma Ninja Royale dah 3 hari aku tak boleh main. Aku dah emel kat admin game. Jawapan yang dia bagi aku dah buat sebelum aku emel dia lagi. Hari yang bosan tanpa Ninja Royale.

Selepas tu aku bergegas ke kedai berhampiran. Lepas aku pesan apa yang aku nak, aku bukak beg duit cuma ada RM 2. Babi. Memang babi. Baki aku sarapan pagi tadi ada kat seluar lain.

Dengan muka tenang aku cakap, 'Bang. Sori. Duit tak cukup. Saya pi bank jap."

Sekarang aku tengah makan mekciken. Aku dah melantak puas nanti baru aku datang bagi duit ye Bang.

Jumaat, Disember 21

Mimpi

Aku terjaga dari lena dan terus termenung. Aku bermimpikan seseorang yang tak patut aku mimpikan. Dan juga mimpikan seorang kenalan Cina yang katanya di dalam mimpi sekarang berada di Macau. Kongsi gelap ke beliau?

Oh ya. Aku masih di tempat tidur. Bukan dalam timbunan batu. Kaum Mayan dah salah buat spekulasi. Dan ramai orang percaya. Sibuk mencari perlindungan di sana sini.

Aku dan segelintir kawan bukan cuba mencetus spekulasi. Mengiyakan pun tidak sama sekali. Kami mungkin bukan orang yang pandai dalam agama. Dan juga ramalan. Kami percaya pada 6 Rukun Iman. Kelima itu pasti. Pastinya hari Jumaat. Tanda-tanda besar belum lagi kelihatan. Kenapa mesti percaya pada ramalan kaum purba yang tidak beragama?

Niatku bukan nak mempeburukkan agamaku yang suci ini. Tidak sama sekali aku mempercayai mereka selain dari Quran dan Hadis. Niatku hanya ingin melihat extremis-extremis tegar yang hanya pandai share semua benda tanpa berfikir sejenak. Pada mereka yang suka mengkritik, aku suka pada kamu.

Jangan sesekali kamu lupa untuk membaca. Surah pertama yang turun menyuruh kita membaca. Bacalah segala yang ada di dunia ini. Jadikan Quran dan Hadis sebagai pegangan dan rujukan.

'Orang yang kaya dengan harta akan terus menjaga hartanya sepanjang hayatnya. Orang yang berilmu akan di jaga oleh ilmunya sepanjang hayatnya.'

Powered By Blogger