Jumaat, Julai 27

kebangsatan

Kebangsatan berlaku pabila kau nak cepat tapi kau terlambat.
Kebangsatan berlaku pabila kau berjanji masa dengan orang tapi kau terlewat 8 jam.
Kebangsatan berlaku pabila kau berjanji dengan orang tapi kau tak tunaikan janji kau tu.

Apa kena mengena kebangsatan itu dengan aku hari ni?

Hari ni aku dah berjanji dengan kawan aku. Masa yang aku jangka dapat tepati, aku mungkari ia.
Pakop!!!

Peniaga itu berjanji dengan aku yang aku akan sampai tepat pada masanya. Pakop kat kepala kau! Aku bukan lewat 2 3 minit, aku lewat 2 jam. Kalau aku atas sebab perniagaan pasti aku dah rugi begitu banyak kertas ciptaan kapitalis. Pakop!!!

Kebangsatan menguasai diri. Tidak mampu tersenyum. Tidak punya nafsu memandang gadis comel.

Ahad, Jun 10

hikayat warna

Tersebutlah sebuah hikayat akan kisahnya seorang pemuda di suatu zaman. Hidupnya biasalah sahaja. Mengerjakan hanyalah sebidang tanah milik keluarganya. Adalah Merah nama di berikan emaknya.

Rutin harian hanyalah di kebun. Menebas di sana dan sini. Bila musim buah berkunjung tiba, hasilnya di bawa ke Pasar Rakyat. Bergaullah beliau di sana. Pembesar, bangsawan mahu pun rakyat biasa adil di layannya. Namanya menjadi sebutan jelata.

 Hinggalah di suatu pagi. Ternampaklah dia akan seorang gadis. Berdebar hati, rasa tertawan melihat si gadis yang sungguh rupawan. Elok rupanya dan pakainya. Ramahnya melayan sekalian jelata. Mebuat sekeliling tersenyum dan tertawa.

 "Golongan bangsawan." fikirnya.

 Sejak dari pertemuan itu. Hatinya sudah di tawan. Bermimiplah beliau saban malam. Berkejaran, berlarian di pantai dan taman. Ingin bertanya nama, di lihatnya pakainya, Sepertinya bagai enggang dengan pipit. Masakan boleh terbang bersama. Tiap pagi akan ke pasarlah beliau. Mengharap dapat melihat gadis idaman. Dan bergembiralah beliau di kebun andai dapat bersua dan bermuram durjalah andai tidak dapat bersua.

 Bertanyalah beliau pada Pak Hitan, si penjual ikan sungai. Ingin mengetahui akan si perihal si gadis rupawan. Tertawa mengeluar air mata Pak Hitam mendengarnya.

 "Gadis rupawan siapa tidak kepingin." ujar Pak Hitam.

 Seri Ungu namanya akan si gadis itu. Anak kepada bangsawan namanya Seri Puteh. Tersohor akan namanya di pelusuk negeri. Kapal dan sampan hasil dagangannya.

 "Lupakan Seri Ungu wahai Merah." pesan Pak Hitam. "Masakan bisa kamu milikinya. Sudah berpunya dan akan berkahwin. Carilah kamu akan orang lain wahai Merah." tambah Pak Hitam.

 "Masakan bisa Merah melupakannya Pak Hitam. Siang dan malam sentiasa di hati. Tidak adakah caranya Pak Hitam? Merah sangat menyukainya." dia meluahkan segalanya.

 "Rakyat biasa yang rupawan memilih bangsawan inikan pula bangsawan, Merah. Ada yang tidak memilih. Ingin mencarinya sukar. Kamu seorang yang rajin Merah. Pasti ada yang sudi menerima kamu. Andai Seri Ungu takdirmu. Ia akan tetap milikmu Merah. Andai dia buka milikmu. Doakan kebahagiannya. Itu lagi bagus dari kamu tersimpang Merah." Pak Hitam berkata.

 Kembalilah beliau ke asalnya. Mebanting tulang dan berkeringat. Pesanan Pak Hitam di turutinya bulat. Dan hadirlah beliau ke majlis Seri Ungu. Di bawakannya hadiah dan di doakannya agar mereka bahagia.

Khamis, Mei 31

tempat ini

Disini aku, aku berdiri. Menghirup udara malam. Segar. Segala memori dan nostalgia mendatangi aku. Menceritakan kembali kepada aku tentang tempat ini. Aku sukakan tempat ini. Indah. Di kelilingi kehijauan. Aku rindukan tempat ini. Selamat pulang.

Rabu, April 18

April

Apa ada dengan bulan April ni?

Macam-macam ada. Aku cuti seminggu di awal bulan April. Aku berjumpa opah setelah hampir setahun tak jumpa beliau. Serius rindu gila kat dia. Dia nampak berisi dari setahun yang lepas. Aku kembali bertemu Atok Cu aku. Hampir 15 tahun tak jumpa beliau. Kerinduan pada arwah atok aku terubat walaupun sedikit cuma. Aku berharap aku dapat bermimpikan beliau dan bersembang dengan beliau. Ya. Muka Atok Cu aku persis arwah abangnya.

Di bulan April ini, aku juga mengalami kemalangan pertama di Kampar. Tak la teruk. Hidup lagi kan. Cuma ibu tak henti membebel dalam kereta sampai ke rumah.

Di bulan April ini juga Mak aku dah 49 tahun hidup. Ayah bertanya apakah maknanya 49 itu. Kami diam sambil aku ber'fesbuk' di BB adik aku lalu dia berkata, "Itu tandanya umur dah semakin singkat. Bila-bila masa boleh di panggil." Aku tersenyum. Bukan bermakna aku dah sedia semua itu, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Di bulan April ini, kisah-kisah lama mengamit aku. Aku tersenyum saban hari. Salahkah aku? Betulkah aku? Aku sendiri tidak pasti. Jalan ini yang aku pilih, jalan ini yang aku kena lalui. Onak duri, gelap, terang, liku, semua itu akan mewarnakan jalan aku selagi nafas masih di dada.

Di bulan April ini, aku mengharapakan kegembiraan itu selalu ada di sisi aku, keluarga aku, kawan-kawan rapat aku dan juga siapa-siapa yang merasakan mereka perlukan kegembiraan itu.

AMIN.

Sabtu, Mac 24

pening

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

"Tolong aku Mael. Kepala aku macam nak pecah ni. Aku tak boleh nak tahan dah." kata Man pada Mael.

"Kau tu degil sangat. Aku dah pesan banyak kali tapi kau degil." endah tak endah Mael berkata.

"Please Mael. Im begging you. Aku dah tak tahan ni. Tolong aku Mael. Tolong." rayu Man.

"Kejap aku nak fikir. Ermmmm." Mael mula berfikir.

"Kau jangan la kejam dengan aku Mael. Aku kan kawan kau." Man masih lagi merayu-rayu.

"Yela-yela. Aku pergi beli panadol sekarang. Kau ni betul la menyusahkan aku. Aku dah ingatkan banyak kali suruh stand by panadol tapi kau tak jugak beli-beli. Dah sakit macam ni aku jugak la kena beli. Aku luku gak kepala kau tu biar tambah sakit lagi. HUH!" Mael mula merepek.

"Hihihi. Nasi lauk ayam dengan nescafe o ais sekali ye Mael. Nah RM10" Man menambah pesanan.

"Kau ni kan!"

Rabu, Mac 14

ragam

"Kau nak tau Ra, semalam aku nak pergi makan kat satu foodcourt tu. Nak rasa la western food. Aku punya la syok pilih menu. Tanya itu, tanya ini. Kau tau apa jadi lepas tu Ra." aju Ya pada Ra.

"Apa jadi lepas tu Ya?" tanya Ra.

"Dia jawap semua dah habis." jawap Ya.

"WHAT!" Ra terkejut.

"Aku punya angin satu badan. Aku maki-maki orang tu. Tanya nak meniaga ke tak? Dah la buat muka taik waktu cakap tu. Cuba dia cakap semua dah habis waktu aku pilih tu. Tak lah aku nak angin sangat." Ya meluahkan apa yang terpendam pada Ra.

"Sabarlah Ya." Ra memujuk Ya.

"Aku geram sangat kalau teringat semalam." ujar Ya yang masih lagi tidak berpuas hati.

"Manusia punya pelbagai ragam. Ragam rencah dalam kehidupan kita Ya. Sabar ye Ya." Ra menasihati sambil memujuk Ya.

"Ragam yang buat aku rasa nak campak-campak mereka ke dinding." Ya berkata sambil memandang ke arah pelangi.

Sabtu, Mac 10

kertas

Aku memandang ke luar. Malam ini agak terang. Di penuhi bintang-bintang dan sinaran cahaya bulan penuh. Sangat indah. Dan keindahan ini masih tidak mampu menenangkan hatiku yang gundah.

Aku keluarkan sebatang rokok dan membakarnya.

Fuhhhh!

Asap rokok membelah gelap malam. Nikmatnya, bila dalam tekanan dapat menghisap sebatang rokok. Ada kepuasan.

Dunia semakin sukar. Untuk pergi ke universiti, kita perlukan sekeping kertas yang menyatakan kita layak memasuki universiti itu. Kita bertuah bila kita dapat jurusan yang kita hendaki, kurang bertuah bila tidak dapat jurusan yang di hendaki tapi kita tetap ambil ia. Walaupun kita tidak berminat. Bila sudah habis belajar, kita mencari pekerjaan. Mereka memilih dengan melihat apa yang ada pada kertas dan berapa keping kertas yang kita milki. Sesudah dapat kerja, tiap bulan kita perlukan lagi kertas. Kertas-kertas bernilai untuk kita bayarkan segala macam hutang.

Kertas-kertas itu buatkan aku rungsing. Sangat rungsing sampai menganggu tidur, makan dan berak aku.

Ingin sahaja aku masuk kembali ke dalam perut ibu dan berkata, "Dunia ni kejam bu, saya tak nak keluar."
Powered By Blogger