di saat aku terasa sangat celaru dan serabut memikirkan masalah dunia yg menyakitkan kepala lutut. aku menerima satu mesej berbunyi "Salam. Isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Petang semalam". oh god. tidak ku sangka. membuatkan aku teringat zaman sekolah dulu. mamat yg agak poyo + suka tergedik depan perempuan dah ada 2 orang anak. tahniah pada anda Ahmad Idzwan. dah sepasang kamu dapat. tahniah sekali lagi.
Mari menemani aku kembali ke zaman sekolah melihat telatah lucu meraka.
Jumaat, Ogos 20
Khamis, Ogos 19
mengimbas kembali membuatkan aku tersenyum keriangan. di saat aku masih mentah dan mengikut kepala sendiri. kini aku sedar, andai dulu aku boleh mengawal emosi aku pasti aku takkan tersenyum hari ini. dan sekarang perlu ke aku menurut emosi aku atau mengawal emosi aku? ,mungkinkah bisa aku akan tersenyum di masa hadapan ataupun aku menyesalinya seumur hidup aku? andai doraemon itu wujud sudah pasti aku punya mesin cahaya masa tuk ke mana sahaja tapi doraemon itu tidak wujud. aku tidak perlukan semua itu. aku punya diri aku, semangat aku. kuatkan ia agar aku dapat bertahan sebelum tidurku.
hari ini mau makan apa?
hari ini mau makan apa?
Rabu, Ogos 18
hari ini puasa ke 8
hari ini aku rasa sungguh palat sekali. berkali2 palat dari semalam. kesabaran ada hadnya. andai kesabaran itu hilang aku tak pasti apa akan berlaku. adakah aku akan kembali duduk di rumah membuang masa sambil melayan leteran ibu.
peluh keluar sudah berkilo. cacian dan makian sudah berkati. puasa aku berkurangan pahalanya. kepala terbayangkan laici kotak besar. mesti enak di kala panas2 begini.
apa itu cinta? apa itu sayang? apa itu kasih? bagaimana nak membuktikan mereka? perlukah ia ditunjuk? perlukah ia diberi selalu? ajarkan aku yg bodoh ini agar aku mengerti.

Sabtu, Julai 31
Layu
di saat ku melayan lagu2 malique tuk memantapkan bahasa kata2, ku terdengar lagu Layu dari malique. terkesima aku mendengarnya.
bangsaku. bangsa yg pernah terkenal pada zaman melayu melaka. bangsa yg amat kaya pada zaman itu. bahasa bangsaku pernah menjadi lingua franca pada zaman itu.
apa telah terjadi pada bangsaku pada zaman ini. seperti perjuangan org lama di persiakan. bangsaku hanya memerintah negara ini. bangsa lain memonopoli segalanya. mengapa ia terjadi? haruskah dipersalah british yg membahagikan kerja? haruskah dipersalah british yg membawa bangsa lain ke mari? tiada penaklukan tiada kemajuan. kemajuan yg memakmurkan. memakmuran pada hanya sebutan.
tongkat selalu di beri. kenapa perlu menunggu kerusi roda yg tidak pasti bila ia akan di beri. bukan tiada yg berjaya, ramai yg berjaya. tahniah pada kamu yg berjaya. pada yg tidak berjaya boleh berusaha lagi. jangan di iri pada yg berjaya. jadikan ia satu semangat tuk berjaya. sihir itu dari syaitan. kenapa perlu mengikut syaitan yg dh tetap menjadi penghuni neraka. pada yg berjaya bantu2lah mereka yg cuba mengecapi kejayaan. bukan dipergunakan tuk lebih berjaya.
tak kira la semangat hang tuah atau semangat hang jebat yg di bawa. jadikan bangsa ini seperti satu keluarga. yg akan menolong antara satu sama lain. Takkan Melayu Hilang Di Dunia.

repekan hati
minggu ni aje dh dua kali org kene langgar lari. dan kedua2 org itu tak dapat diselamatkan. apakah punca ia? kecuaian atau tidak berhati2? bila di fikirkan. ia adalah suratan yg tak dapat di elakkan. ajal dtg dgn berbagai alasan. malaikat izrail ketika di tugaskan untuk menyabut nyawa manusia agak takut berbuat demikian kerna ia takut ia akan di salahkan oleh manusia tetapi Allah menjadikan alasan tuk manusia tidak menyalahkan malaikat maut. maut sentiasa dkt dgn kita tp pernahkah kita mendekati maut? semua agak takut bila berbicara tentang maut. berbagai alasan di utarakan. aku sendiri masih takut. haha. bermakna aku masih blm puas duniawi. aku sendiri byk mengabaikan akhirat. tuk diri aku. fikir-fikirlah. kamu mampu berfikir, kenapa kamu tak mampu membuatnya
Selasa, Julai 27
malam ini
malam ini aku berasa kosong sekali. semangatku hilang untuk melakukan apa saja. ingin mencari rokok, rokok sudah habis. aku mengeluh dalam penat ku. hidup ini penuh pancaroba. aku seperti tidak mampu tuk menempuh segala halangan. aku seorang pengalah. aku benar-benar mengalah. aku cuba menyimpan perasaan marah ku jauh ke lubuk hati. kecewa yang timbul. bagaimana aku hendak memberitahu dunia ini yang aku sedang berduka. aku tidak mahu jadi pemenang. aku sanggup menelan apa saja kata-kata, agar dunia tahu aku sedang bergembira.
oh dunia. lihatlah seorang lelaki yang sedang berdiri di atas mu ni sedang cuba bergembira. gembirakah ia? oh dunia. andai lelaki ini sudah tidak mampu berdiri, berikanlah ia ruang tuk berehat di pokok-pokok yang melata di atas mu itu. oh dunia. andai lelaki ini sudah tidak mampu membuat apa-apa. kau berikanlah ia menatap segala hijau dan biru yang ada pada diri mu itu. oh dunia. lelaki ini pernah membuat silap dan ia mengaku yang ia pernah buat silap. bagaimana lelaki ini ingin membuktikan yang lelaki ini hanya setia pada wanita itu. oh dunia. lelaki ini amat mencintai wanita itu dan lelaki ini tidak sempuna tuk tidak membuat wanita bersedih. oh dunia. tolong sampaikan salam sayang dan cinta lelaki ini pada wanita itu kerna wanita itu sungguh istimewa di dalam diri lelaki ini.

Isnin, Julai 26
Aku..
Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku, melihat alam ciptaanNya.
Sungguh indah.
Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku merenung masa lampau.
Aku tersenyum menampakkan gigi aku.
Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku memerhati orang-orang di jalanan.
Aku memikir timbul tenggalam untung nasibku.
Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Ingin aku menyatakan cinta ku pada seseorang.
Cinta ku hanya tuk dia.
Di saat ini.
Di kala aku keseorangan.
Aku...............

Langgan:
Catatan (Atom)