Selasa, April 22

English

Lisabell bukanlah seperti kita. Terlalu banyak cerita dan mitos tentang beliau. Biarkan sahaja yang lama itu.  

Ketika Izz sedang rancak bersembang dengan Alan tentang liga kriket India, Lisabell lalu di tepi mereka lalu Izz memanggil beliau.

'Kak. Kak. Kata nak tolong saya. Boleh tak?'  

'Ohh yang hat kena tulis BI tu ke? Hang tulis la, Im sorry. Im forget to bring my keys and i promise not to do it next time.'  

Rahang Izz dan Alan terasa seperti ingin jatuh ke bawah masa tu.  

Ketika hendak pulang, Izz masih nak menyakat Lisabell.  

'Kak! Depa tak nak surat BI saya tu. Banyak salah depa kata.'  

'La.... Awat hang tak tulis BM je!!'  

Yang makan, tersembur ke orang depan. Yang bercakap, berhenti bercakap. Yang sedang bergurau, ketawa berguling-guling di koridor.  
Muka Izz kelihatan begitu merah.

Mujur esok cuti.

Ahad, April 20

Penakut

Kau pernah rasa tak, tika kau suka sesuatu, tiba-tiba ramai suka akan benda itu. Dan kau pula bukan jenis yang akan kata, 'Aku akan dapatkan ia!' atau 'Aku orang pertama akan miliki ia!'

Fuck!!

Pemerhati mungkin layak bagi aku.

Khamis, Januari 2

Selamat hari lahir

2013 dah berlalu. Aku rasa 2012 lagi menarik. Banyak akitiviti dan tempat aku pergi. 2013 ni mungkin aku boleh banggakan bila dapat jugak sampai Perlis. Dapat jugak lengkapkan negeri utara. Dan mungkin lagi rare bila aku dapat jugak buku Cekik. Buku ni aku dah lama cari, mungkin rezeki aku, tak payah nak kontek penulis. Hahaha.  

Azam macam biasa, tiada azam dan teruskan hidup macam biasa.  

Pejam celik pejam celik, bertambah lagi 1 angka pada umur. Masih bernafas dan masih di beri peluang. Pada Mu aku bersyukur dengan segala nikmat yang di beri. Terima kasih.  

Selamat hari lahir buat aku.  

Sabtu, November 30

Pantun 9

Sembilan satu dua tiga,
Menemani kakak mengait raga,
Tiap masa asyik berlaga,
Aku pun bosan memasang telinga.

Pantun 8

Lapan sembilan satu dua,
Tercari keldai sampai ke gua,
Bukan sekadar ingin bersua,
Moga izinNya sampai ke hari tua.

Pantun 7

Tujuh lapan sembilan satu,
Nak cari uban terjumpa kutu,
Macam mana nak hadap Dia yang Satu,
Kalau hidup asyik bersekutu.

Powered By Blogger