Selasa, Oktober 15

Korban

Aku berlegar-legar di pusat membeli belah. Melihat akan kecantikan tuhan. Ada yang bertutup. Ada yang menayang. Aku perhatikan mereka. Aku melihat juga kecantikan buatan manusia. Ada yang mahal. Ada yang murah.

Tiba-tiba, ada suara menegur,

'Ni Abang Atan ke?'

Aku terkejut.

'Ye saya.'

Lalu menoleh.

Gadis!

'Eh! Ni Ain kan?'

Gadis bernama Ain itu hanya tersenyum dan aku meneruskan kata,

'Maaflah, awal bulan 12 nanti tak dapat datang kenduri Ain. Kerja malam. Kalo ambil cuti pun tak sempat.'

Ain masih tersenyum.

Selang beberapa saat kemudian dia berkata,

'Abang Atan kalo berambut pendek mesti handsome.'

Dan Ain berlalu pergi selepas tanpa mengucapkan selamat tinggal atau jumpa lagi.

.....................................................

Aku tersedar dari mimpi. Babi! Mimpi rupanya. Nampaknya aku perlu berkorban hari ni...

Selasa, Oktober 8

Sempurna?

Bila mereka menunjukkan kepandaian mereka, aku hanya mengangguk. Mengiyakan tidak, menidakkan pun bukan. Dan bila terpamer akan sedikit kebodohan mereka, aku tersenyum. Tersenyum aku di buatnya.

Tiada yang sempurna woi!

Aku, dia, kamu, mereka mungkin akan betul.

Mungkin akan salah.

Kain pelikat la la la la. Kain pelikat la la la la.

Dari ayah kepada anaknya mengharapkan anaknya dapat menggunakan tika menunaikan tanggungjawap. Si anak mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sejujurnya aku mana reti pakai kain pelikat ni. Dari dulu lagi aku cuba. Berkesudahan semua jadi kain selimut aku.

Jumaat, September 27

Ujian

Kau tanya aku benda apa yang paling menyakitkan?

Bila kau hanya mampu melihat, kelu untuk berkata-kata dan di dalam hati kau berdoa, 'Semoga esok kembali seperti sediakala.'

Jumaat, Ogos 2

Awak

Hai awak.
Ye, awak la.
Awak..
Saya ada sesuatu nak bagi tahu.
Tapi.. ...
Tapi saya malu.
Tengok muka saya, dah merah.
Ok. Ok.
Saya...
Saya....
Saya...
Saya rasa....
Saya rasa saya nampak kotoran kecil di atas bibir comel awak.....................

Rabu, Julai 31

Berbuka bersama outdoor geng

Bila di jemput menghadiri ke majlis budak outdoor ni sebenarnya aku sangat segan. Dah 5 tahun aku berhenti. Kesibukan mengatasi segalanya. Dan bila Palan menjemput, aku setuju tanpa berfikir. Teruja nak jumpa kenalan lama amat menebal.

Memandangkan rumah Palan ni depan rumah aku, aku tak payah nak bangun awal sangat. Perjalanan dari utara ke selatan di pandu oleh bini Palan, Cik Nini, dua orang anak mereka dan Amy. Aku tak kenal Amy ni. Katanya anak Tojol. Pak dia punya nama. Sampai ke selatan dalam tengah hari. Berjalan sana dan sini mencuci mata. Kurus pahala ibadah aku tengok macam-macam. Penat melayan anak Palan ni. Agak hyper aktif. Macam tak pernah penat.

Kami sampai ke destinasi dalam pukul 4 petang. Pertama kali berjumpa Mus selepas 4 tahun tak jumpa. Kebetulan sampai pulak Boy dan.....ok aku tak kenal mereka. Kata Palan, penganjur majlis.

Dengan bertemakan baju melayu dan ada beberapa kerat baju biasa-biasa, seorang demi seorang datang. Boleh kata 80% aku tak kenal. Kah kah kah. Ada yang baru, ramai yang lama. Mungkin aku tak sempat bergaul dengan mereka dulu. Ketika ini, hanya berkaitan outdoor sport akan kedengaran. V2, trans, racer dan bermacam lagi. Ada la sikit bosan bila tak pernah sampai tempat yang mereka perkatakan.

Majlis tamat pukul 10 lebih. Kami ke rumah abang Palan, Li Kom Li aka Shalani. Berehat sebentar sebelum kembali melepak di luar. Bermacam di bicarakan. Damn! Tak semua tempat pernah aku sampai. Rugi tinggal handphone kat rumah Li.

Pulang dalam pukul 4 dan bersahur sebelum sambung tidur dan bangun pukul 11. Keluar dari rumah Li dalam pukul 1 sebelum beramai-ramai ke kompleks membeli belah. Waktu ni aku mental aku rapuh. Esok aku kerja pagi, dan aku masih di ibu kota pada jam 4.

Sampai ke Ipoh jam 6. Masih dalam mood santai+mental rapuh, kami ke bazaar mencuci mata. Sampai di rumah mood masih barai dan berbuka lagi di rumah. Selepas berbuka, adik ku menghantar ke Aman Jaya dan bernasib baik ada bas terus ke pulau.

Pukul 12 30 aku sampai ke rumah, selepas melalui 4 negeri. Kepenatan. Kepuasan. Semua tersemat dalam memori. Oh ya! Kembali jumpa Ngai selepas lebih 5 tahun juga satu memori.

Sabtu, Julai 27

Puasa woi!

Pejam celik dah tengah bulan Ramadhan. Kejap je aku rasa. Ok aku tipu. Kejap sebab aku banyakkan habiskan waktu siang dengan tidur. Kah kah kah kah.

Powered By Blogger