Tak merancang ingin ke Kuala Lumpur pun asalnya. Farid mengajak sebab ingin hantar kereta ke rumah makciknya sambil ke rumah gadisnya di Teluk Intan. Ok. Aku tahu jalan Teluk Intan dan sebab itu Farid ajak aku.
Bagi aku Merdeka di mana-mana sama saja. Artis, bunga api, rempit, sorakan orang ramai. Tak pernah berubah dari aku kecil sampai aku besar sekarang. Perjuangan orang dahulu di sambut dengan gembira oleh orang sekarang. Agak-agak kalau Maharaja Lela, Tok Gajah, Tun Perak, Hang Tuah hidup balik, mesti mati la tu jugak. Terkejut dengan budaya orang sekarang.
Aku lagi terkejut bila ada orang seperti menganggap aku baru pertama kali ke ibu kota. Mereka mempersoalkan sama ada aku mampu pulang atau tidak. Seperti aku akan terkandas di sana. F! Aku bukan baru pertama kali ke sana. Dan aku punya ramai kawan kawan kat sana. Bukan aku nak cakap besar. Ini realiti. Dari budak sekolah, ke kawan kolej, ke budak outdoor, ke kenalan internet yang pernah aku jumpa. Banyak di sana. Orang kampung tak payah cakap. Ramai. Saudara mara, lagikan. Aku tak mati kat sana kalau aku pergi sehelai sepinggang. Ini juga bukan cakap besar. Aku cuma terkecil hati di persoalkan begitu. Dari habis sekolah sampai sekarang aku tetap ke ibu kota. Mungkin aku tak menetap di sana seperti mereka, aku juga mungkin tak tahu selok belok jalan di sana. Tapi kalau awam tu, bolehlah sampai mana nak di tuju. Betul dah tua aku ni sampai benda kecil boleh terkecil hati.
Berbalik pada Merdeka. Aku, Farid dan Kimi menikmati bunga api di KLCC. Aku rasa tak segempak waktu aku tengok bunga api awal tahun baru yang lepas. Bezanya cuma orang yang terlalu ramai dan banyak pelancong. Cuma tahun ni aku tak nak berfikir. Aku mahukan ketenangan. Kebebasan. Oh ya, aku juga rindukan seseorang.
Ahad, September 2
Khamis, Ogos 16
kegembiraan 2
| Kalau hari yang lepas aku menikmati kegembiraan di kawasan stesen bas. Hari ni aku melihat ia di pusat membeli belah pula. Sekadar coretan pendek sambil melihat gadis-gadis comel. Suasana tidaklah riang sangat. Masih terasa penat berpuasa. Masih jauh lagi tuk rasai bahang Aidil Fitri walaupun lagu-lagu sudah di dendangkan. Tetapi sudah ramai yang keluar membeli pakaian luar dan dalam. Oh ya. Hujung bulankan. Pasti gaji sudah masuk. Masa tuk membelanjakan ia Aku duduk di atas, leka memerhatikan mereka. Ada memilih seluar. Ada yang mengayakan baju sambil berpusing, sepertinya menari dengan buah hati. Ada yang mencuba kasut dan ada juga tampak selesa memperagakan selipar, macam model selipar lak awak ni.
Sales atau jualan murah. Jangan di pertikaikan. Di negara ini boleh di katakan tiap bulan pasti ada. Boleh darurat andai tiba satu bulan tiada jualan murah di mana-mana. Masa ni semua kaum pasti ada. 1M gitu. Tu belum campur warga asing. Agaknya 1W atau 1D pula akan keluar. Melalut jauh lak aku. Kita tinggalkan ideologi tu dan jom temankan aku melihat ekspresi dan reaksi orang membeli.
Aku berikan contoh. Mat, kawan aku. Kepuasan terpancar di muka beliau beli membeli seluar jeans berjenama. Aku terpaksa sambar sunglasses dari seorang mamat tuk menahan sinaran kepuasan Mat.Aku berharap aku dapat melihat seorang budak kecil memainkan peranannya tuk mendapatkan apa yang di hendakinya. Nampaknya misi gagal. Ingin ke pusat membeli belah yang lain sambil mencari tempat tuk berbuka.
Kepuasan melihat kegembiraan orang, memenuhkan ruang kosong pada tangki-tangki kegembiraan dalam diri aku.
|
tiada tajuk
Bila hati mula ingin jatuh cinta. Tiada harapan yang aku berikan. Aku seperti biasa, tiada menunjukkan sedikit perasaan dan memang tidak berperasaan.
Sabtu, Ogos 4
1st Ramadhan
Aku bangun lewat. Aku dah janji dengan Kyo nak ambil dia kat Medan Gopeng. Salah dia jugak kenapa dia kata sampai tengah hari. Aku bangun la, tengah hari (=
Lepas mandi aku terus ke rumah Kyo. Banyak yang di bicarakan. Lama dah tak jumpa. Datang lak Bo. Mamat ni pun sama. Lama tak jumpa dia. Selatan, pantai timur, utara bertemu di Tanjong Rambutan. Macam best kan.
Kyo ajak jalan-jalan sementara tunggu pukul 5. Kami ke Jusco. Terus ke bowling berjumpa Aswad, Heri dan On. Lepak situ memang tak best. Dentam dentum bunyi pin berterabur. Maka berjalan la kami mencuci mata. Hari Sabtu tapi lengang. Agak tak menarik. Tak ramai lak gadis hari ni. Bosan.
Mat Juan call mengingatkan pukul 5. Sampai rumah beliau pukul 5 dia tak sampai lagi. Mangkok la beruang comel ni. Sampai je beliau kami terus ke Bazaar Stadium. Orang agak ramai. Jualan menghampakan. Banyak yang sama. Aku jumpa lepat labu. Kegemaran di bulan puasa. Selepas ke Bazaar Stadium kami ke Bazaar Bercham Raya lak. Masa banyak lagi. Balik awal tak boleh makan lagi. Orang sangat ramai. Best. Jumpa ramai kenalan. Aku beli bubur chacha dengan bubur pulut hitam je kat situ.
Balik ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu. Perut agak mendidih. Tak sabar nak makan.
Aku tertidur lepas makan agak banyak. Kyo call banyak kali suruh melepak. Dalam malas aku paksa mandikan diri.
Di kedai saat aku beli rokok aku terjumpa Hafazi. Katanya ramai lepak depan burger Amir Akob. Aku ke sana sebentar dan melepak sekejap dengan Azrol, Wan Abu dan Amir Akob. Kemudian datang Ejai. Mamat ni lama aku tak jumpa. Serius seronok dapat jumpa dia. Kemudian aku meminta diri tuk ke Tanjong Rambutan.
Kyo agak bising bila aku tiba lewat. Sementara tunggu Bo aku layan HBO.
Kerana terlalu bosan menunggu Bo, maka kami pun ke kedai makan dulu. Baru aku perasan minyak motor dah lebih dari takuk E. Kyo tanya, 'Cukup ke ni?' Aku jawap, 'Redha je. Karang habis kat mana-mana nanti aku tolak la.' Konfiden gila.
Bo call waktu kami baru nak gerak. Katanya dah sampai depan simpang. Aku terus balik rumah dan pesan kat Kyo nanti suruh Bo pick up aku kat rumah.
Malang memang tidak berbau. Motor kehabisan minyak ketika aku baru masuk simpang taman. Aku tergelak keseorangan. Syukur ada mamat mana tolong tolak sampai Petronas.
Aku cerita kat dorang waktu kat dalam kereta. Dorang gelak kat aku. Apakan daya. Sampai kat Abe semua baru nak makan. Pitot datang membebel. Katanya lama sangat dia tunggu. Haram seorang tak datang lagi.
Rutin biasa di kampung. Bermain dota dengan kawan-kawan. Sampai pukul 3 pagi. Dan semua balik sebab ada yang kerja pagi. Aku melepak dengan Panjang dan Kyo sebelum pulang ke rumah. Panjang mengingatkan 31hb ni dan bulan 2 tahun depan. Siapa sangka?
Dah sampai pun. Aku nak tidur. Kejap lagi dah nak kena bangun sahur lak.
Rabu, Ogos 1
kegembiraan
Melihat orang-orang di sekeliling gembira membuatkan aku terasa gembira. Bukan orang yang rapat dengan aku. Orang yang aku tidak pernah aku kenali. Bermacam ragam dapat aku lihat. Ber'sms' sambil tersenyum. Bercakap di telefon dengan riangnya. Dan ada juga sekumpulan yang bercerita entah apa, juga dalam keriangan. Aku terhibur. Sangat terhibur. Dunia masih ada kegembiraan. Terima kasih pada Dia.
Jumaat, Julai 27
kebangsatan
Kebangsatan berlaku pabila kau nak cepat tapi kau terlambat.
Kebangsatan berlaku pabila kau berjanji masa dengan orang tapi kau terlewat 8 jam.
Kebangsatan berlaku pabila kau berjanji dengan orang tapi kau tak tunaikan janji kau tu.
Apa kena mengena kebangsatan itu dengan aku hari ni?
Hari ni aku dah berjanji dengan kawan aku. Masa yang aku jangka dapat tepati, aku mungkari ia.
Pakop!!!
Peniaga itu berjanji dengan aku yang aku akan sampai tepat pada masanya. Pakop kat kepala kau! Aku bukan lewat 2 3 minit, aku lewat 2 jam. Kalau aku atas sebab perniagaan pasti aku dah rugi begitu banyak kertas ciptaan kapitalis. Pakop!!!
Kebangsatan menguasai diri. Tidak mampu tersenyum. Tidak punya nafsu memandang gadis comel.
Ahad, Jun 10
hikayat warna
Tersebutlah sebuah hikayat akan kisahnya seorang pemuda di suatu zaman. Hidupnya biasalah sahaja. Mengerjakan hanyalah sebidang tanah milik keluarganya. Adalah Merah nama di berikan emaknya.
Rutin harian hanyalah di kebun. Menebas di sana dan sini. Bila musim buah berkunjung tiba, hasilnya di bawa ke Pasar Rakyat. Bergaullah beliau di sana. Pembesar, bangsawan mahu pun rakyat biasa adil di layannya. Namanya menjadi sebutan jelata.
Hinggalah di suatu pagi. Ternampaklah dia akan seorang gadis. Berdebar hati, rasa tertawan melihat si gadis yang sungguh rupawan. Elok rupanya dan pakainya. Ramahnya melayan sekalian jelata. Mebuat sekeliling tersenyum dan tertawa.
"Golongan bangsawan." fikirnya.
Sejak dari pertemuan itu. Hatinya sudah di tawan. Bermimiplah beliau saban malam. Berkejaran, berlarian di pantai dan taman. Ingin bertanya nama, di lihatnya pakainya, Sepertinya bagai enggang dengan pipit. Masakan boleh terbang bersama. Tiap pagi akan ke pasarlah beliau. Mengharap dapat melihat gadis idaman. Dan bergembiralah beliau di kebun andai dapat bersua dan bermuram durjalah andai tidak dapat bersua.
Bertanyalah beliau pada Pak Hitan, si penjual ikan sungai. Ingin mengetahui akan si perihal si gadis rupawan. Tertawa mengeluar air mata Pak Hitam mendengarnya.
"Gadis rupawan siapa tidak kepingin." ujar Pak Hitam.
Seri Ungu namanya akan si gadis itu. Anak kepada bangsawan namanya Seri Puteh. Tersohor akan namanya di pelusuk negeri. Kapal dan sampan hasil dagangannya.
"Lupakan Seri Ungu wahai Merah." pesan Pak Hitam. "Masakan bisa kamu milikinya. Sudah berpunya dan akan berkahwin. Carilah kamu akan orang lain wahai Merah." tambah Pak Hitam.
"Masakan bisa Merah melupakannya Pak Hitam. Siang dan malam sentiasa di hati. Tidak adakah caranya Pak Hitam? Merah sangat menyukainya." dia meluahkan segalanya.
"Rakyat biasa yang rupawan memilih bangsawan inikan pula bangsawan, Merah. Ada yang tidak memilih. Ingin mencarinya sukar. Kamu seorang yang rajin Merah. Pasti ada yang sudi menerima kamu. Andai Seri Ungu takdirmu. Ia akan tetap milikmu Merah. Andai dia buka milikmu. Doakan kebahagiannya. Itu lagi bagus dari kamu tersimpang Merah." Pak Hitam berkata.
Kembalilah beliau ke asalnya. Mebanting tulang dan berkeringat. Pesanan Pak Hitam di turutinya bulat. Dan hadirlah beliau ke majlis Seri Ungu. Di bawakannya hadiah dan di doakannya agar mereka bahagia.

Langgan:
Catatan (Atom)