Rabu, Disember 21

blur

Semua orang suka bersendirian tapi tiada siapa suka keseorangan.

Jumaat, Disember 9

Kataku

Gembirakah aku di saat ini?
Mampukah aku ketawa di saat ini?
Sedihkah aku di saat ini?

Aku rasakan kekosongan
Itu yang aku pinta dan
Akan ku biarkan kekosongan itu selama mungkin

Kegembiraan mesti menangis di sana
Kegembiraan mesti berduka di sana

Apakah dayaku
Seluruh tenaga sudah tidak mampu
Menahan segala bebanan

Cahaya kegembiraan
Dengarlah kataku

Andai segala usaha dan doa
Sudah tidak membuahkan hasil
Berserah la padaNya
Hanya Dia mengetahui
Apa yang tersirat di alam ini

Rabu, Disember 7

Ayah

Seperti bukan dalam lena bila ayah datang beri nasihat.

"Kamu kalau nak sesuatu jawatan tu kena la usaha sampai dapat. Jangan tak dapat dah patah semangat"

Aku tersedar, sedang dalam perantauan ayah masih lagi membebel. Ayah rindukan akukah?
Aku di sini sihat-sihat sahaja dan aku akan sentiasa ingatkan ayah. Terima kasih tuk pesanan ringkas itu. Aku sangat hargai. Love u dad.

Jumaat, November 25

Bangsaku

Aku terjaga akibat aku rasakan sejuk sangat. Oh, di Butterworth rupanya. Dah nak sampai. Tak puas sangat tidur dalam bas tapi apakan daya.

Aku terjaga sekali lagi bila dah ada kat Queenbays. Hujan. Renyai-renyai. Tidur lagi best ni.

Turun dari bas lalu aku membakar rokok sebatang. Nikmatnya, dunia. Mata liar memandang kiri dan kanan. Rapid tak masuk lagi, malas la tunggu.

"Kereta dik?" tanya seorang pembawa kereta sapu. Macam tau-tau je aku malas jalan kaki.

"Flat Amnah berapa bang?"

"RM 15 dik." kata dia dengan selamba.

"Murah lagi tak boleh ke bang?"

"Tak boleh la dik." dengan muka bengis dia berkata.

"Bang, Flat Amnah berapa?"

"RM10 dik." kata pula si pembawa teksi.

"Murah sikit tak boleh ke bang."

"Adik nak berapa?" tanya beliau.

"RM5?"

"Tak boleh la dik." dengar kasar beliau berkata.

"Kalau macam tu takpe la bang. Saya jalan kaki tak sampai pun 10 minit."

Sambil berkata pada si pemandu kereta sapu dan pemandu teksi aku berlalu pergi. Niat di hati nak bantu bangsa. Bangsa lak tak bertimbang rasa. Pergi jahanam kat hang pa. Aku rela kaki aku makin sakit. Aku dapat gak makan kat Awet Muda. Tak abis pun RM 10. Dari bayar RM 10 tapi tak jauh mana.

Isnin, Oktober 24

seek the truth

Melayan seek the truth buat aku terfikir apa yang cuba di sampaikan oleh penulis. Aku rasa nak gelak guling-guling tapi takot lak dia ada pasang spy kat semua manusia dalam bumi ni. Kena cari doktor lak. Hahahaha

lepakan

Lepas puas tengok pasukan favourite aku di belasah di mekdi di campur kekenyangan air coke, aku dan Syuk ke tepi pantai Queenbays. Pelbagai kami bercerita. Dari zaman belajar kat Sri Iskandar (dulu dia senior aku kat sana), masuk ke Sepang (dah sama taraf, masuk sekali), sampai la merepek ke mana-mana tah. Agak terhibur aku di sana walaupun Pulau Jerjak agak gelap gelita malam ni. Elektrik di catu, mungkin,
Hidup ni kalau hari-hari nak pikirkan masalah, dah lama aku terjelepuk jadi sampah. Aku harap dengan menggunakan tenaga paksaan ia mampu menjana jalan-jalan penyelesaian. Rupanya jalan itu tak seindah yang aku harap sampai aku takut nak lalui jalan-jalan tu. Nak duduk termenung, dah bosan aku termenung menahan sakit kepala. Nak jalan tak berani. Nak aku buat apa ek? Biarkan? Senangnya cakap. Sampai nafas habis pun tak lalu-lalu. Aku tepu sangat. Hiburan sudah tak mampu hiburkan aku lagi. Ingin mencari rakan dan menceritakan, macam cerita dongeng lak (aku tak reti bercerita masalah aku).
Hidup mesti di teruskan.
Aku berserah padaMu tak kira apa yang akan terjadi aku akan lalui ia. PadaMu aku serahkan diri ini.
Powered By Blogger