Rabu, Disember 22

Hari Berperasaan

Kita seringkali meluahkan ekspresi pertama kita apabaila di duga. Kita seringkali terlupa tuk menyembunyikannya dan tanpa di sedari kita sedang di duga. Kenapa kita mesti melompat atau terjatuh apabila terdengar suatu berita atau khabar? Berita itu hanya tuk tika itu. Bukan tuk esok, lusa atau pun akan datang.

Aku cuba menduga di pagi hari dan apa yang aku dapat hanyalah, aku salah menduga. Tiada kata semangat tuk aku hari ini. Hanya kerana beberapa perkataan, yang aku pernah aku lakukan di tempat aku dahulu.

Jauh di sudut kecil hatiku tersembunyi satu perasaan.

Dalam masalah aku mencari masalah.

Aku bukan di tempat aku. Aku sangat jauh dari tempat aku. Aku masih di dalam ketidakstabilan. Mungkinkah aku berbuat begitu?

AKu gembira apa yang aku lalui sekarang. Aku pernah begini sebelum ini. Mengajar aku bahawa hidup tidak semudah A B C. Aku begini dan aku takkan terus begini.

Kenangan menghantui aku. Aku teringatkan akan bersiar di malam hari dari Bandar Baru, ke Tanjong, Chemor, Tasek, Bercham dan kembali ke Bandar Baru bersama Azrol. Aku teringatkan waktu aku berniaga goreng ayam di serata Ipoh. Aku teringatkan CC Azim tempat aku bermain Counter-Strike. Aku teringatkan lepak di Yik Foong selepas balik sekolah dengan Bury, Bani, Amir dan Azrol lalu berjalan kaki dari Bercham ke Bandar Baru. Aku teringatkan Mat Juan, PCP, Lan Pisang, Ata, Yop dan Din Pisang waktu melepak di Kedai Abe. Aku teringatkan akan Cure, Kein, Zul Hantu, Panjang, Mie, Boo, Pitot, Mirul waktu aku bermain Dota. Waktu menikmati angin dan kek di Taman DR. Dan aku sangat gembira hari ini bila kawan aku telah bernikah dan dapat seorang anak. Walaupun aku lewat setahun tuk mengetahuinya. Aku bersyukur dia telah berubah. Aku sangat berperasaan hari ini!!

"Yo Din, aku masih terkejut dan akan terkejut sampai aku jumpa hang nanti. Hidup ni memang indahkan."

Jumaat, Disember 17

Aku Benci Dia

Semakin hari semakin benci aku mendengar suaranya
Suara yang buat kaki tanganku ringan nak ke tubuhnya
Melihat wajahnya membuatkan aku terasa mual dan loya
Oh ya,
Aku tengah demam sekarang
Seperti ingin muntah di mukanya

Aku tidak mengerti
Puas aku fikirkan
Apa salahku padanya

Aku tidak pernah sesekali cuba mengorat anak buahnya
Masakan bisa aku mengorat sedangkan aku tak punya perasaan

Aku mampu bertahan
Sampai bila
Tidak ku pasti

Andai kemarahanan menguasai jari jemariku
Jangan ditanyakan kenapa dan mengapa

AKU MANUSIA BIASA

Isnin, Disember 13

Kisah Hari Isnin

Aku mulakan hari Isnin dengan menyudahkan proses AVG yang aku download sebelum aku tidur. Bitdefender dah tak stack dengan laptop aku.

Pagi yang penuh bersemangat tuk berkerja di bantutkan dengan perbalahan kecil antara aku dengan seorang Leader. Aku cuma nak membuang masa. Pertanyaanku pada seorang pekerja lama di balas dengan perlian dari Leader department itu. Mungkin dia takut sekiranya aku buat kerja tu akan ada banyak kesilapan. Dia tidak mahu bertanggungjawap? WTF! Tak ingin pun aku nak buat.

AKU CUMA NAK MEMBUANG MASA!!

Rabu, Disember 8

Kunci oh Kunci

Pagi ni aku rasa marah betul. Aku tak boleh pergi kerja semata tiada kunci. Sialan la semua ni. Bila di tanya kata tak nampak. Aku di tuduh orang terakhir pegang.

Bullshit!

Aku tak bangang lagi nak bawa kunci kalau ada orang kat rumah. Aku nampak lagi ada orang kat rumah. Kunci tu ada kat kawasan laptop aku. Yang kau gatal kemas kenapa?
Menyusahkan aku betul. Siapa nak bayar gaji aku hari ni?

B A N G A N G ! ! !

Sabtu, Disember 4

Game + (-Emotion) = Chaos

Ada apa yang boleh dapat kemarahan? Kepuasan? Kesenangan? Atau pun hanya menambah kesengsaraan? Mana letak otak? Di lutut ke? Kepala ke? Atau pun di tinggalkan di rumah? Oh, aku terlupa. Emosi bukan terletak di kepala. Emosi terletak pada hati. Hati dah habis buat masak lemak kot.

Aku pernah terdengar Fadzilah Kamsah berkata, "Marah itu api, api itu syaitan. Syaitan itu api, api itu marah. Bukankah ia sama?"

Bagi aku, marah kena la pada tempatnya. Tak payah la sampai nak merosakkan harta benda. Mampu tak mampu bukan masalah utama. Sekali ia dah terjadi, ia takkan boleh berpatah balik. Andai orang boleh memaafkan, itu sudah bagus. Andai orang takkan maafkan, macam mana?

Setiap orang ada ruang tersendiri. Tak kira la dah kahwin ke, baru mati suami/isteri, pasangan bercinta atau pun yang baru putus cinta. Berikan mereka ruang mereka. Mereka tahu apa itu ABC. Tangan di beri untuk membangkitkan mereka bukan untuk menghancurkan mereka.

Benda dah berlaku. Kau nak buat apa sekarang? Kawan aku ego dan keras hati sebab aku tahu apa yang dah dia lalui. Kalau kau pun tahu apa yang dah dia lalui kenapa kau cuba mengulangi benda dah berlaku?

Selasa, November 30

Aku tersedu

Arggghhhhhh!!!!!!!

Masuk ni dah hari kedua aku tersedu. Susah gila nak makan, nak minum, nak hisap rokok, nak berak, nak tidur pun susah.

"Tolonglah aku. Blah la kau dari aku wahai Sang Sedu. Aku dah tak larat nak sedawa bila kau datang. Aku nak menjalani rutin harian ku dengan bebas."

Dah berapa tahun lama tak kena sedu?

Selasa, November 23

Coke dan Sundae




Pertama kali aku jumpa novel cinta yang agak santai. Penulisan yang agak rilek. Tak perlu tercari-cari ayat-ayat cinta dan jiwang karat. Terima kasih kat Nuun sebab beli buku ni. Kalau dia tak beli mungkin aku akan anggap novel cinta semuanya penuh dengan adegan-adegan emosi.
Powered By Blogger