Selasa, November 16

cerita ini cerita best




Aku dh minat baca manga ni. Ku mulakan dari bab 1. Dan tiap hari aku membaca. Baru bab 224, mungkin lagi sebulan lebih smp la ke bab yg terbaru. Cerita pengembaraan lanun yg menarik. Dalam serius ada lawak. Aku sentiasa tergelak dgn telatah Luffy dan Luffy juga mementingkan persahabatan. Sikap Zorro yg cool dan cuba menjadi seorang pemain pedang no 1. Nami yg licik tp pemandu arah bg Luffy. Usopp yg penakut, penembak yg tepat. Sanji yg sukakan perempuan cantik tapi seorang tukang masak profesional. Chopper seekor rusa yg boleh bercakap, merupakan seorang doktor dalam kapal. Nico Robin yg misteri. Cerita semakin menarik. Tak sabar meneroka lautan bersama mereka. Walupun cerita ni dh hampir 10 tahun. Aku tetap nk baca dari mula. Dulikan apa orang nk kata.

Ahad, November 14

hari ini hari ahad

Sambil2 aku menikmati makan tengahari walaupun dh kat kul 4 ptg aku membaca Metro Ahad. Banyak cite yg aku tak tau dan tak perlu aku amek tau. Aku cuma membaca tajuk dan aku rasa tertarik bila ada tajuk berkaitan dan Facebook. Dulu waktu Friendster dgn Myspace takde la sampai camni sekali. Fitnah dan lari ikut kawan alam maya. Apa dh berlaku dlm dunia yang canggih ni? Kenapa waktu zaman surat menyurat menjadi penghubung perkara camni tak berlaku? Waktu zaman telefon rumah dan awam menjadi penghubung tuk bertanya khabar juga agak kurang tuk di siarkan dalam akhbar2. Aku bertanyakan apa seorang kakak di tempat kerja ku "Kakak tak main pesbok ke? Tengok dorg tu smua dok update status dorg." Kakak tu cakap, "Akak tak pernah men pesbok. Kawan yg sedia ada pun tak terjaga. Inikan pula kawan baru." Aku lalu diam dan membuat kerja kembali. Dari fitnah dan syakwasangka berlarutan, biar aku takde pesbok. Kedamaian melanda. Tak pikir dh nak up level Mafia Wars.



Kreko baru dh kuar. Walaupun aku boleh baca dalam onemanga atau pun animefreak, aku tetap gak nk beli. Aku tak tau napa. Mari membaca bersama aku!

Sabtu, November 13

cuti itu suatu perkara yg membosankan

Hari minggu yg memenatkan badan aku. Nak keluar, tiada hala tuju. Nak melepak, kawan2 lak tade. Nak tido, tak leh pula tido. Nak sms, nset abis bateri. Makanya saya rakyat Malaysia pn membaca la manga One Piece. Dah baca lame pale makin saket lak. Nk buat air, nescafe je ade. Nak makan, macam malas turun bawah. Nak lepak tepi tingkap, smua majalah dh baca. Nak main PW, lag cam gampang lak. Bosan melanda diri.

2 bulan sudah hampir

Pejam celik pejam celik dah hampir 2 bulan aku kt perantauan. Misi yg berbeza dari dulu. Andai dulu misi aku hanya tuk tido, sekarang misi aku pula berjaga seperti abg2 sekuriti. Aku dh ke selatan menaiki motor, ke utara pn sudah, timur dan barat tunggu la ketibaan aku.

Masih byk tempat belum aku lawati. Mood aku tuk berjalan berkurangan. Mungkin tiada kawan2 yg gila2 buatkan aku malas nk berjalan.

Aku rindukan byk perkara. Rindukan kampung. Rindukan kawan2 aku. Rindukan syg aku. Rindukan gunung2 yg aku salu tgk dari zaman kanak2 hingga la ke dewasa ini. Rindu ku simpan dalam hati agar andai bertemu pasti rindu itu akan menjadi satu monumen yg menarik.

Selamat datang ke Penang untuk aku walaupun dan hampir 2 bulan. Selamatkan menjalankan misi kelas S tuk aku jugak. Selamat!

Jumaat, Ogos 20

sedikit kegembiraan

di saat aku terasa sangat celaru dan serabut memikirkan masalah dunia yg menyakitkan kepala lutut. aku menerima satu mesej berbunyi "Salam. Isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Petang semalam". oh god. tidak ku sangka. membuatkan aku teringat zaman sekolah dulu. mamat yg agak poyo + suka tergedik depan perempuan dah ada 2 orang anak. tahniah pada anda Ahmad Idzwan. dah sepasang kamu dapat. tahniah sekali lagi.

Mari menemani aku kembali ke zaman sekolah melihat telatah lucu meraka.

Khamis, Ogos 19

mengimbas kembali membuatkan aku tersenyum keriangan. di saat aku masih mentah dan mengikut kepala sendiri. kini aku sedar, andai dulu aku boleh mengawal emosi aku pasti aku takkan tersenyum hari ini. dan sekarang perlu ke aku menurut emosi aku atau mengawal emosi aku? ,mungkinkah bisa aku akan tersenyum di masa hadapan ataupun aku menyesalinya seumur hidup aku? andai doraemon itu wujud sudah pasti aku punya mesin cahaya masa tuk ke mana sahaja tapi doraemon itu tidak wujud. aku tidak perlukan semua itu. aku punya diri aku, semangat aku. kuatkan ia agar aku dapat bertahan sebelum tidurku.

hari ini mau makan apa?

Rabu, Ogos 18

hari ini puasa ke 8

hari ini aku rasa sungguh palat sekali. berkali2 palat dari semalam. kesabaran ada hadnya. andai kesabaran itu hilang aku tak pasti apa akan berlaku. adakah aku akan kembali duduk di rumah membuang masa sambil melayan leteran ibu.

peluh keluar sudah berkilo. cacian dan makian sudah berkati. puasa aku berkurangan pahalanya. kepala terbayangkan laici kotak besar. mesti enak di kala panas2 begini.

apa itu cinta? apa itu sayang? apa itu kasih? bagaimana nak membuktikan mereka? perlukah ia ditunjuk? perlukah ia diberi selalu? ajarkan aku yg bodoh ini agar aku mengerti.
Powered By Blogger