Isnin, April 12

mereng

dh dekat 35jam aku tak tido. tu pon selepas di tolak 1 jam + 1 jam yang terganggu. saat2 ini pasti aku akan teringat waktu aku skolah dulu. lepak dgn pisang sampai kul 5am. balik rumah mandi2 trus tunggu depan, naik bas awal gi skolah dan hasilnya aku kerap di benci oleh cikgu sains kerna aku salu tido waktu kelasnya. aku masih teringat waktu tu dia berkata 'aslan! awak igt dgn SPM awk tu awk boleh keje bagus? awk igt awk boleh pinang ank org dgn SPM awk tu?' aku cuma memandangkannya dlm keadaan mamai. hahaha. kejam ke aku? dan hasilnya, kelas aku masih memegang rekod tnp sorg pun gagal dlm sains waktu SPM. junior aku tak tau la pa cita.
rupanya apa yg di cakap oleh cikgu sains tu betul. aku pernah rasa aku macam tak wujud dlm dunia. aku rasa seperti aku begitu kerdil sekali. andai boleh hilang, pasti aku akan hilangkan diri aku waktu itu dan memastikan aku tidak lagi wujud. terima kasih cikgu sains (lupa pula apa nama cikgu tu. hahahaha) kata2 mu itu tak pernah hilang dari pale otak aku yg degil ni.

Jumaat, April 9

aku selalu berfikir kenapa mereka perlu menangis untuk melepaskan perasaan sedih mereka. aku selalu berfikir adakah menangis mampu membuat mereka tersenyum kembali. aku selalu berfikir kalau hanya perlu menangis mampu membuangkan segala kesedihan sudah pasti tiada lawak2 spontan atau spastik dari pelawak2. kalau di fikirkan susah dan perit, tiada benda di dunia ni senang. aku pernah terbaca, kalau mahukan seseuatu yg indah, kita kenalah merasai sesuatu yg pahit dahulu. kalau asyik manis aje dan tetibe dtg sesuatu yg sgt pahit mampukah kita menangani kepahitan itu? aku tak pasti sekuat mana aku. yg pasti aku akan terus tersenyum dan bergembira walau sebesar mana ia dtg kepada ku.bak kata seorg kawan aku, sepahit2 peria ada gak org makan (btl ke ayt ni, hahahaha).

Selasa, April 6

Jubli Perak

bulan april bulan bermakna bagi aku. di mulakan dgn hari lahir mak aku yg 47, ulangtahun perkahwinan mak dan ayah aku yg ke 25 dan dan juga ulangtahun aku. hahaha. pejam celik dh 25 tahun mereka berkahwin. aku pon dh besau. aku igt dulu aku salu kene gasak dgn bapak aku. akibat kedegilan yg melampau. hahahaha. mane sungai aku tak terjun, mane parit aku tak redah, mane ban aku tak masuk. teringat lak zaman kanak2 dulu. indah. tak pikirkan pon idop ni penuh pancaroba. lagi pon aku masih teringat pesan zuri, kalo tak buat macam ni nnt takde bnd nk cite kt anak cucu. harap kertas je bergantungan tak gune gakkan. hahaha.

menanti detik dan saat berlalu

Ahad, April 4

Kemalasan

aku ke kedai melihat begitu banyk sekali ubat2 yg di jual. kepala ku berdenyut minta simpati dari aku. mampukah ubat2 itu membaiki kepala ku? omongku sendirian. arghh! dari ku membeli ubat alangkah bagusnya kalo aku membeli rokok.. kepala bertambah sakit dan boleh tido awal

Sabtu, April 3

kegirangan

setelah hampir 3 bulan berkerja akhirnya aku dapat juga menjahanamkan sebijik mesin basuh. pada mulanya ia berjaya tapi semalam ia rusak kembali. dgn hampanya aku trus pulang setelah hampir 3 jam menempek di hospital. tadi aku berjaya memerhati senior ku memjahanamkan mesin basuh itu. tidak serumit mana cuma aku tak tau rupanya dalam tu ada spring yg telah patah. pengalaman yg ku harus simpan.
petang tadi aku pergi kdai di ipoh. ku pikirkan aku kena menampal mesin rupa2nya aku kena menampal lantai baru lori. wah! apa kaitan kerja aku dgn lori, omong ku sendirian. kerja, kerja dan meneruskan kerja

Isnin, Januari 25

Kenangan AKu




ari plg sronok dan ari plg aku tak takut akan kesejukan tp bertahan 2jam lbh aje. hahahaha. dh lame tak ke intake. sekali pergi, wow!!!!!! btl ke ni intake yg pernah aku tgk dulu. tgk airnye, dh tak mcm teh tarik kdai AD. org pn ramai. adakah aku bermimpi? oh tidak. aku berpijak di dunia yg nya. kudin!!!!! ayuhh tirukkan pale ke batu. hahaha.
dh lame rasenye tak mandi sungai dgn kawan2. rindu btl aku kat aktivit2 yg aku pernah wat dulu. taun lepas aku naik gunung dgn yan, rivaldo dan adik yan, boy. 2 taun lepas aku gi pantai sambut merdeka. takkan setaun 1 aktibiti aje?
teringat mase mule2 aku join bnd2 ni. sebab utama aku leh tertarik, ari2 aku dgr ryoq berciter ttg keindahan alam. aku nk tgk dpn mata dan akhirnya aku ke pangkor taun 2002. tak ramai yg pergi tp mang best. kuar2 utan je laut dh depan mata. apa lg. terjun la. hahaha. taun berikutnya mase raye 4 aku mule kenal keindahan hutan. aku naik gunung brinchang dan gunung irau. mase tu 10 org je yg pergi. indah la rupa dr khabar. aku rase mase tu aku nk bstop bnd2 ni. memenatkan, kotor, sejuk. tp mase kt puncak, wow!!!! indahnye. aku jatuh cinta dgn hutan. bertitik tolak dr itu aku pernah smp ke gunung peninjau kt chepor, naik berempat. empat2 tak tau jalan berpandukan map kecik lakaran dr ryoq. pastu aku ke gunung bujang melaka kt kampar. trans gopeng-cameron highland. gunung berembun, jasar dan perdah kt cameron highland mase taun baru cine 2006. gunung batu puteh kt tapah. gunung rajah kt bentong pahang dan last aku gi taun pas, gunung yong belar kat cameron highland. rindunya aku kt hutan!!!!!!!!!


status : ngantok

lokasi : mapley

Selasa, Januari 19

Aku & 2010

aku dh memulakan kerja baru. kerja di gedung membeli belah telah pun aku tinggalkan kira2 sebulan lebih yg lalu. kerja di sana menyronokkan kerna aku dpt melihat berbagai ragam dan berjenis manusia. kerja di tmpt baru ni pn menarik. aku masih dpt tgk org cume agak kotor sedikit. hahahaha.
semalam kisah aku hampir tamat. sebahagian dari diri aku seperti hilang. aku seperti ingin ke kembali ke zaman lampau. mkgn ini ujian buat aku tuk membuktikan diri aku boleh atau tidak. aku masih tak tau ape akan jadi esok ari. aku tak meletakkan harapan terlalu tinggi tp aku selalu berdoa agar aku dapat apa yg aku hendaki. ujian? boleh di lalui. halangan? lompat aje. tak lepas kene la panjat. aku tak kisah di cemuh dan di hina. dunia memang begitu. andai tidak setaraf maka tidak layak la nk makan di hotel 5 star. kalo taraf yg di kejar, taraf itu perlu di jaga. aku suka aku skrg. blh buat itu ini. tak perlu takut diperhatikan dan memerhatikan org. kalo jatuh blh bgn balik. aku blh bersabar melayan kerenah mereka, mampukah dia bersabar?

status : aku bengang dgn abu

lokasi : mapley
Powered By Blogger